BAB 9

Romance Completed 15916

Dua bulan berlalu..

“Minggu depan kampus kita ada lawatan dekat Pulau Tioman, so kau pergi tak Scha?” tanya Alia kepadaku. Hmm.. Tapi aku kenalah minta izin dengan Syafiq terlebih dahulu.

“Tengoklah.”

“Senior kita pun pergi jugak tau. Dalam 20 orang gitu.” Beritahu Alia.

“Syafiq pergi tak?” cepat aku bertanya. Haha.

“Pergi. Sebab dia yang kena handle trip ni.”

Hmm.. Mesti aku dapat pergi jugak! Yeay!

***

“Laa.. Kenapa tak boleh??” sengaja aku meleretkan suara. Kenapa Syafiq tak bagi aku mengikuti trip itu pula?

“Tak bolehlah sayang. You tu dah nak final exam. Focus on your study. Okay?”

Aku tersengih. Boleh pula lupa tarikh final exam dah dekat.

“Final exam abang pun dah dekat, so abang tak payah pergi jugaklah trip tu. Boleh?” saja aku nak menguji dia. Haha.

“Abang ditugaskan untuk handle trip tu, takkanlah abang tak ada pula . Sayang ni saja nak main-main,kan?” dia membulatkan mata. Konon nak marah. Aku tersengih lagi.

“Alah.. Tak bestlah duduk rumah sorang-sorang.” Aku memuncungkan mulut.

“Atau sayang tak nak lepaskan abang yang hensem ni? Maklumlah, abang ramai peminat. Sayang ni asyik cemburu sahaja,kan?” dia mengusikku.

Aku menjegilkan mata.

“Euww.. Perasan! Tapi cemburu abang lagi bahaya. Sampai nak marah-marah sayang. Huh. Takut sangat kalau sayang lari.” Balasku pula.

Dia tersengih malu.

“Bukan takut, tapi abang terlalu cintakan sayang.” Bisiknya ke telingaku. Huish. Meremang bulu roma.

“Prove it, scream it to the world.” Aku mengujinya.

“Ana uhibbuki fillah.” Bisiknya lagi.

“Why’d you whisper it to me?” tanyaku,pelik.

“Because you are my world.” Gemersik suaranya menggetarkan jiwaku. Hatiku terus terharu mendengar kata-kata suamiku itu. Huu.

“Hah! Baru ingat . Sayang tidur dekat rumah umi dan abah ya. Abang risau pula sayang tinggal dalam rumah ni sorang-sorang sepanjang ketiadaan abang.” Beritahunya. Umi dan abah adalah mertuaku. Memang aku bercadang nak tinggal di sana pun. Kalau nak balik rumah mama dan papa rasanya jauh sangat tu. Dekat Terengganu nuh. Rumah umi dan abah pula dekat aje dengan Shah Alam ni. Dekat Banting sahaja. Dekatlah tu ,kan? Haha.

“Okay boss!” aku buat tabik hormat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience