BAB 14

Romance Completed 15916

Selepas membasuh tangan aku merasakan ada tangan melingkari pada pinggang. Spontan terasa darah menyerbu ke muka.

“Apa abang buat ni?” marahku lantas meleraikan tangannya.

Dia terdiam.

“Dari tadi abang tengok sayang diam. Sayang ada masalah ke? Cuba share dengan abang.” Dia menyoal lembut. Anak rambutku di hadapan dibelainya. Aku jadi muak mendengar ayat dia. Dia langsung tak rasa bersalah ke? Huh. Lelaki memang macam tu, manis mulut berbicara!

“I’m okay.” Aku bergegas melarikan diri daripadanya. Diri ini terasa begitu lemah berhadapan dengannya.

Lenganku ditarik.

“Abang rindukan Scha.” Bisiknya perlahan.

Scha rindu abang jugak. Rintih hatiku.

“Rindulah sangat.” Aku mengutuk perlahan. Dia tiba-tiba ketawa.

“Kenapa dengan sayang ni? Tak nak cerita dengan abang ke?” dia menyoal lagi.

Aku hanya mengunci bibir.

“Okay. Abang tak paksa sayang. Nanti kalau sayang dah ready, sayang ceritalah, okay?”

Aku buat tak dengar. Lantas kaki ini laju menuju ke dalam bilik. Aku dah tak sanggup mendengar ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Syafiq. Aku rasa semua yang diucapkan itu semuanya dusta!

***

Alia mengeluarkan beg kecil dari dalam tas tangannya.

“Nah, ni cenderahati untuk kau. Aku beli khas untuk kau. Cantik tak?” dia menghulurkan beg kecil tersebut kepadaku.

“cantik! Thanks Alia.” Ucapku.

“You’re welcome. By the way, kau okay tak Scha? Pucat semacam je muka. Sakit ke?”

“Pucat? Mana ada.” Tiba-tiba kepalaku pusing . Dan suasana di sekeliling menjadi kabur.

Gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience