BAB 6

Romance Completed 15916

“Scha!!” jerit Alia sebaik sahaja aku keluar dari kereta. Berkerut dahi aku melihat wajah teruja Alia ni.

“Hah? Kenapa?”

“Cepat masuk kelas. Tengok meja kau cepat!” tanganku ditariknya. Langkah diatur laju menuju ke kelas.

Sampainya di dalam kelas. Ya Allah! Siapa pulak hias kerusi dengan meja aku dengan bunga ni!! Bersepah! Serius aku tak suka.

“Agak-agak kau siapa yang buat benda ni?” aku menyoal Alia.

“Syed Imran?” tekanya.

“dah tak ada nama orang lain ke kau nak sebut? Hish!” tapi boleh jadi dia jugak yang buat semua benda ni. Dia tu gila!

“Ya, memang saya yang buat . awak tak suka ke Scha?” tanya Syed Imran yang muncul di pintu kelas.

“Awak ni kenapa? Saya tak suka. Tolonglah jangan ganggu saya.” Marahku. Geram!!

“Saya buat semua ni sebab saya sukakan awak Scha. Awak je yang tak pernah buka hati tu untuk saya.” Ujarnya.

“Hati saya dah dibeli. Awak faham? So please stop doing this.” Tegas aku berbicara. Aku rasa nak lempang sahaja muka dia ni. Nasib baik aku masih waras.

“Imran, kau buat apa kat sini?” Syafiq muncul di sebelah Syed Imran. Aku terus terdiam.

“Tak ada apa-apa.” Balas Syed Imran. Syafiq merenung tajam ke arahku. Hatiku jadi tak tentu arah. Alamak! Mesti dia ingat aku ada apa-apa dengan Syed Imran! Adoi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience