BAB 16

Romance Completed 15916

Aku pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Rasa tak sabar nak khabarkan berita gembira ini kepada suami tercinta. Aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu rumah. Aik? Selipar siapa cantik sangat ni? Ada tetamu ke?

“Assalamualaikum.” Pintu rumah dikuak perlahan.

Adira?

“Scha? Kau buat apa dekat sini?” Tanya Adira.

Aku buat apa? Dah ini rumah aku. Kau tu buat apa dekat sini? Geram betul aku dibuatnya!

“Scha.” Syafiq seakan-akan terkejut melihat wajahku.

Bibirku bergetar. Air mata mula bertakung .

“Syafiq, aku ambil air soya sekotak ya!” Syed Imran muncul dari dapur. Aku tersentak. Apa yang dah berlaku ni?

“Apa semua ni?” aku menyoal Syafiq. Tajam anak mataku merenung ke arah anak mata milik Syafiq.

***

Aku masih tidak berpuas hati dengan alasan Syafiq. Katanya Adira terus-terusan menggoda Syafiq . Syafiq jadi geram lalu dia mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Tapi Adira masih tidak percaya. Kebetulan semasa dia memberitahu hal itu, Syed Imran pun terdengar sekali.

Kedatangan Syed Imran dan Adira langsung tak diduga oleh Syafiq. Mereka kata mereka mahu melihat sendiri siapakah isteri Syafiq. Akhirnya, Syafiq terpaksa akur. Dan membiarkan mereka menunggu aku pulang.

“Cerita tak masuk akal!” aku bersuara. Masih tak berpuas hati.

“Iya sayang. Sekarang ni mereka dah tahu sayang isteri abang. So, Adira tak adalah nak ganggu abang lagi. Imran pun dah tak boleh kacau sayang.” Ujarnya.

“Heh. Abang ada satu lagi cerita yang abang tak ceritakan dengan Scha. Scha masih tak nak percayakan abang. You’re liar!” Aku mengetap bibir. Laju air mata merembes keluar. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menguncinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience