BAB 12

Romance Completed 15916

Perasaan rinduku terhadap Syafiq semakin menebal, lantas aku mendail nombor telefonnya dan terus menelefon.

“Hello, Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam . Sayang apa khabar? Sorry sangat sayang sebab tak call sayang petang tadi . Abang busy sangat.”

“It’s okay. Hari ni sayang pening sikit. Tapi sekarang dah okay.” Beritahuku.

“Umi cakap sayang muntah. Sayang hamil ke?” tanyanya teruja.

“Haishh.. Tak adalah. Umi tak cakap ke yang sayang makan tengah hari lewat hari ni?”

“Lewat? Kenapa makan tengah hari lewat? Sayang kan ada gastrik. Bahaya betullah sayang ni. Lain kali jangan makan lewat-lewat. Faham?” tegas sekali nada yang dilontarkan.

“Hmm. Faham.”

“I miss you.”

I miss you too. Tiba-tiba sahaja diri ini rasa emosional gila. Rasa nak menangis sahaja.

“Sayang?” Syafiq bersuara. Mungkin dia pelik kenapa aku tiba-tiba sahaja diam.

“Ya. Scha ada je.” Aku menyahut.

“Jangan stres sangat. Study smart. Dan jangan risau, abang kat sini tak ada layan siapa-siapa pun. Hati abang hanya untuk Irdina Syahirah seorang.” Ujarnya dengan nada romantis.

Aku tersenyum.

“Hmm. Macam mana abang tahu yang Scha risau?” aku menyoal.

“Eh, of course lah I know. You tu isteri I, apa yang ada dalam kepala otak you, semua ada dalam kepala otak I. “ lantas dia ketawa. Aku mencebik.

“Iyalah tu. Nanti Scha nak suruh Alia tengok-tengokkan abang! Scha nak pasang spy!” ugutku.

“Eleh.. Pasanglah.. Tak takut. Sebab abang bukan pesalah. Takkanlah sayang curiga sampai macam tu sekali. Tak percayakan abang ke?”

“Scha gurau ajela. Scha percayakan abang. Okaylah bang. Abang mesti penat,kan? Sorry kalau Scha ganggu. Abang tidurlah.” Ujarku.

“Boleh tak kalau abang tidur sambil dengar sayang membebel di telefon? Abang rindulah nak dengar sayang bebel.” Rengeknya.

Terbeliak mataku mendengarnya.

“Hei. Jangan nak mengada. Sekarang ni sayang yang call abang. Nanti habislah kredit sayang. Tidurlah!” marahku.

Dia ketawa. Suka benar menyakat aku.

“Okay sayang. Pagi esok abang call sayang pulak. Sayang pun tidurlah. Good night. Assalamualaikum.

“Wa’alaikumussalam.” Serentak aku menekan punat merah. Terubat sikit rasa rindu ini . Bolehlah aku tidur dengan hati yang tenang. Heee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience