BAB 3

Romance Completed 15916

Kami naik kereta asing-asing. Sesampainya di kampus Syafiq sempat mengenyitkan mata kepadaku. Aku hanya tersenyum. Sengal!

“Oit! Macam mana cuti? Best??” Alia muncul lalu menghempuk bahuku.

“Hoi! Bagilah salam dulu. Terkejut aku!” marahku.

Alia tersengih.

“Sorry?”

“Dimaafkan.” Aku tersenyum. “Cuti aku? Sangat heaven!!” memanglah heaven, sebab baru sahaja kahwin! Haha.

“Amboi.. Bercuti dekat Korea ke sampai heaven sangat tu?” ujar Alia.

“Korea? Haha. Itu tempat honeymoon aku!” beritahuku. Iya, itu tempat yang aku dan Syafiq dah setuju untuk honeymoon di sana. Tapi lepas dia tamat ijazah la. Huhu.

“Gatal!! Honeymoonlah sangattt! Dengan sape? Syed Imran ke?” usik Alia.

“Euww.. Apa kelasss Syed Imran tu. Low class.” Amboi.. Sedap pula aku duk mengutuk Syed Imran. Budak tu selalu dapat dekan weh! Eceh, Syafiq pun selalu jugak dapat dekan. Hihi.

“Jahatlah kau ni. Kalau dia dengar, mampus kau. Kecik hati dia.” Beritahu Alia.

“Dia takkan dengarlah. Takut sangat kau ni.” Ujarku.

“Saya memang tak layak untuk Scha. Yang layak untuk Scha lelaki high class saja,kan?”

Suara tu?? Errr.. Perlahan aku menoleh belakang. Syed Imran! Lantas dia meninggalkan aku dan Alia yang terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience