BAB 11

Romance Completed 15916

Tamat sahaja kelas petang aku terus check telefon . Tak sabar nak baca mesej dari Syafiq. Pantas aku membuka inbox.

-Miss you.

Padahal baru beberapa jam berlalu, gedik betul Syafiq ni.

-Mengada. ??

Beberapa saat kemudian, masuk mesej baru.

-Serius ni. Sayang dah makan ke belum?

-Belum. Baru habis kelas.

-Nanti lepas makan, terus solat Asar, dan studi. Okay?

Aku menggeleng kepala perlahan. Studi lagi? Padah dapat suami yang ambil kos farmasi. Dalam kepala tu asyik ingat belajar sahaja! Nasib baiklah aku hanya diploma sains. Tapi aku tak adalah belajar sampai nak gila. Haha.

-Okay. You jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat. Jaga hati,iman, dan MATA!

Syafiq ketawa keseorangan apabila baca mesej yang dihantar oleh isterinya. Sempat lagi dia bagi warning. Aduhai..

***

Seharian aku membaca nota yang dicatit di dalam kelas semalam, tapi otak ini asyik memikirkan keadaan suami di Pulau Tioman. Apa yang Syafiq buat sekarang,ya? Dahlah pagi tadi dia tak call aku. Hmm. Sibuk sangat ke?

“Scha ni umi tengok dari pagi tadi duk baca nota tu. Exam dah dekat ke?” sampuk umi lantas duduk di sebelahku.

“Ha’ah umi. Lagi 2 minggu Scha nak final exam. Lepas tu tamat diploma!” ujarku teruja.

“Lepas ni sambung belajar lagi tak? Ijazah?”

“In Sha Allah. Kena minta izin dengan abang Syafiq dululah. “ balasku lantas tersengih.

Tiba-tiba aku rasa kepala menjadi pusing. Tekak mula loya. Rasa nak muntah. Cepat-cepat aku berlari ke tandas. Sebaik sahaja selesai muntah lalu aku keluar dari tandas. Pening!

“Scha mengandung ke?” celah umi sebaik sahaja aku keluar dari tandas.

Mengandung? Erk. Tak mungkin!

“Tak mungkin agaknya umi. Mungkin perut Scha kosong, sebab Scha belum makan tengah hari.” Aku tersengih.

“What?? Kenapa tak makan? Hish Scha ni. Kata nak makan. Jom kita makan sama-sama.” Umi menarik tangannku menuju ke dapur.

Kenapa tak makan? Hmm. Aku rindu Syafiq. Bisik hatiku perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience