BAB 15

Romance Completed 15916

Mata dibuka perlahan. Aku sudah berada di atas katil. Wajah doctor Clara muncul dan berdiri di sebelah katilku. Doktor Clara merupakan doctor yang ditugaskan untuk merawat pelajar di kampus ini.

Muka risau terpamer pada wajahnya. Kenapa ya?

Aku duduk di kerusi yang berhadapan dengan doctor Clara. Alia pun ada sekali.

“You dah kahwin ke Scha?” Tanya doctor Clara.

Aku menelan air liur. Gugup.

“Kenapa doctor?”

“Awak hamil. Kandungan awak dah dua minggu.” Beritahunya.

Wajah yang terkejut sekarang ni ialah Alia. Mataku terkebil-kebil. Aku hamil? Serious?! Alhamdulillah.

“Alhamdulillah.” Bisikku perlahan.

Alia merenung tajam ke arahku.

“Ya doctor, saya dah kahwin. Doktor tolong rahsiakan dahulu tentang berita ini ya. Saya tak nak orang lain tahu.” Pintaku.

Doktor Clara tersenyum lalu mengangguk.

Dan aku percaya doctor Clara boleh menyimpan rahsia.

Sebaik sahaja aku dan Alia keluar dari klinik , Alia merenung tajam ke arahku. Aku tersengih.

“Bila masa kau kahwin?”

“Masa cuti sem hari tu.”

“Aku ingat kau main-main! Kenapa tak ajak aku pun!!” ada nada merajuk di situ. Haha.

“Sebab aku ingat nak rahsiakan dulu perkahwinan ni. Memandangkan suami aku pun student dekat kampus ni.” Beritahuku. Hai.. Nampaknya Alia orang pertama yang tahu aku dah kahwin.

“Siapa??”

“Syafiq.” Jujur aku memberi jawapan.

Terbeliak mata Alia mendengar nama tersebut.

“Are you serious?? Syafiq senior kita tu? Oh!! Patutlah kau selalu tanya pasal Syafiq!” dia menekup mulut seakan-akan tidak percaya.

Aku tersengih lagi.

“Dan kau hamil anak dia?? Korang kena tangkap basah ke?”

Laju aku menghempuk belakang badan Alia.

“Woi mulut! Mana ada! Kami kahwin macam orang lain kahwin la! Tak adanya tangkap basah tu!” marahku.

“Sorry. Habis tu aku tak pernah Nampak korang bercinta, tup-tup kau kahwin dengan dia. Mana tak terkejut aku dibuatnya, wei!”

“Dah jodoh, nak buat macam mana. Dia yang masuk meminang aku. Aku pun tak percaya juga. Aku pun tak tahu kenapa aku senang-senang sahaja boleh terima dia.”

“Kalau dah jodoh, semua jadi mudah. Untunglahh..” Ujar Alia lantas tersenyum nakal.

Aku berkerut dahi. Tang mana pulak si Alia ni belajar bermadah pujangga ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience