BAB 17

Romance Completed 15916

Jam menunjukkan pukul 12.05 a.m. Aku jadi serba salah membiarkan Syafiq tidur di ruang tamu. Perlahan pintu bilik dibuka. Hatiku tiba-tiba tersentuh melihat Syafiq tidur di kaki lima bersebelahan pintu bilik. Aku menggoncang tubuh Syafiq perlahan.

“Abang..” aku memanggilnya.

Dia memisat-misat mata. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Lantas dia menarikku ke dalam dakapannya. Aku tersentak.

“Abang minta maaf. “ bisiknya perlahan.

“dahlah. Masuk bilik.” Aku masih berkeras tidak mahu memaafkan dia.

Syafiq masuk ke dalam bilik air dan mencuci muka. Aku sekadar memerhati tingkahnya. Dia kembali duduk di atas katil dan memandang wajahku.

“Abang dengan Adira tak ada apa-apa hubungan. Ya, abang ada satu cerita yang abang rahsiakan dari Scha. Abang terpaksa buat CPR dekat Adira. Sebab masa tu tak ada seorang pun berani buat CPR. Abang terpaksa sayang. Demi menyelamatkan nyawanya. Abang tak ada niat pun nak merahsiakan hal ini. Abang tak nak sayang risau.” Dia menceritakan panjang lebar.

Aku hanya diam.

“Sayang.. Abang betul-betul minta maaf.” Rayunya lagi.

“Hmm.”

“Sayang maafkan abang tak?” dia menyoal.

“Dengan satu syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Jangan kaitkan diri abang dengan Adira lagi lepas ni. Boleh?”

Dia tersenyum nakal.

“Sayang cemburu ek?”

“Bukan tahap cemburu dah ni. Ni tahap nak pi bunuh si Adira tu.” Spontan aku bersuara.

Pecah ketawa Syafiq melihat muka jahat isterinya itu.

“Sayang ni cemburu tahap merah dah ni. Period ke??” usiknya.

Period?? Hah! Hampir lupa nak beritahu dia tentang berita gembira ni.

“Mana ada period. Ni dalam rahim ada nyawa.” Perlahan aku menutur. Malu sebenarnya. Hee.

“Serius ?? sayang hamil ke??” muka dia . seakan-akan bercahaya. Gembira betul!

Aku tersenyum. Lantas mengangguk perlahan.

“Bila lagi?” Tanya dia.

“Doktor cakap dah dua minggu. Tapi hari ni baru tahu yang saya hamil.” Beritahuku.

“Laa.. Habis tu boleh tak nak jawab exam ? Abang takut sayang pening pulak masa jawab exam tu nanti.” Dia jadi risau.

Aku tersenyum lagi.

“In Shaa Allah tak ada apa-apa. Fighting!”

“Patutlah sensitif aje sayang lately ni. Rupanya ada baby dalam ni..”

Syafiq tersenyum. Sungguh dia bersyukur kerana memiliki isteri setabah ini.

“Lepas ni jangan cemburu lagi.” Pesan Syafiq.

“Aik? Bukan ke abang suka kalau sayang cemburu? Cemburukan tanda cinta..” aku menyindirnya. Dia tersengih malu.

“Cemburu sikit-sikit tak apa.” Ujarnya masih nak menang.

“Cehh.. Ana uhibbuka fillah..” bisikku ke telinganya.

Dan ayat itu menjadi kalimah berharga buatku sampai ke akhir nafas kerana ia adalah ayat pertama yang aku dengar sebaik sahaja akad nikah. Ayat itulah yang dilafazkan olehnya. Dan aku merasakan dialah cinta pertama dan terakhir buatku. Semoga kita berjumpa di syurga, Muhammad Syafiq bin Zahiran. Bersama anak-anak yang soleh di Firdausi. Bumi dan sekalian isi di dalamnya adalah milk Allah, tapi di dalam rumah yang serba serbi cukup ini, bagi seorang isteri, ini adalah universe miliknya, kerana tempat isteri adalah di sisi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience