BAB 7

Romance Completed 15916

“Saya dengan Imran tak ada apa-apa hubungan.” Cepat aku menarik tangan Syafiq yang baru sahaja ingin masuk masuk ke dalam kereta.

“Saya tak tanya pun.” Balasnya tanpa memandang wajahku.

‘Saya’? Mana pergi perkataan ‘abang’ tu?

Lantas dia masuk ke dalam kereta. Aku dibiarkan di luar kereta begitu sahaja. Mata ini tiba-tiba sahaja ingin mengeluarkan air mata. Cepat-cepat aku beredar dari situ.

***

Selesai memarkir kereta di halaman rumah, aku melihat kereta Syafiq sudahpun ada . Hmm. Mesti Syafiq sahaja buat-buat merajuk. Think positive Scha!

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

“Wa’alaikumussalam.” Jawab Syafiq dingin. Dia terus menumpukan perhatian pada ensiklopedia ubat.

“Abang marah Scha ke?” aku menyentuh perlahan bahunya.

Dia melarikan sedikit bahunya. Seakan-akan masih marah.

“Nope. Jangan ganggu abang.” Ujarnya serius. Aku menggigit bibir. Sudah! Ni memang marah benar. Mana tidaknya, aku tak pernah ceritakan padanya yang Syed Imran tergila-gilakan aku. Sebab Syed Imran tu boleh dikatakan sahabat karib Syafiq jugaklah.

“Abang dah minum? Nak Scha buatkan milo?” aku masih cuba memujuknya.

“Tak payah. Abang dah buatkan. Scha pergilah solat Asar dulu.” Suruhnya tapi masih tidak memandang wajahku. Erk. Marah benar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience