BAB 8

Romance Completed 15916

Aku kembali ke ruang tamu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Asar. Syafiq masih membaca ensiklopedia itu.

“Abang!” aku menyergahnya dari belakang. Dia memang terkejut benar. Sampai beristighfar berkali-kali. Aku pula terus pecah gelak

“Scha! Boleh tak jangan ganggu abang?!” dia meninggikan suara. Aku jadi tersentap dan terus terdiam. Rasa membahang sahaja wajah ini. Tubir mataku menjadi panas. Terasa air mata mula berlinangan. Lantas aku berpaling dan mengatur langkah masuk ke dalam bilik.

Terasa diri ditarik. Tubuhku dipeluk dari belakang ,erat.

“I’m sorry.” Bisiknya perlahan. Air mataku sudahpun mengalir ke pipi.

Tubuhku dipusing menghadap wajahnya.

“Abang tak tahu syaitan apa yang mengawal marah abang ni. I’m really sorry sayang.” Dia turut mengalirkan air mata. Aku hanya mendiamkan diri. Kali pertama aku tengok dia menangis. Dada ini bergetar laju apabila merenung tepat ke dalam matanya.

“Sayang nak minta maaf jugak sebab tak cerita pasal Syed Imran tu. Sayang tak sukakan Imran tu. Dia tu yang gila. Dah banyak kali sayang cakap jangan ganggu sayang, tapi dia tetap dengan perangai gila dia tu.” Ceritaku kepada Syafiq.

“Abang tahu. Tapi abang tak boleh nak kawal marah abang masa tengok meja dan kerusi sayang penuh dengan bunga tu. Abang jadi..”

“cemburu. Kan?” tebakku. Tak habis-habis dengan cemburu dia tu.

Dia mengangguk perlahan.

“Abang.. Janganlah asyik nak cemburu sahaja. Cemburu ni kadang-kadang memanglah baik. Saidatina Aisyah sendiri cemburu tengok Rasulullah S.A.W.. Tapi janganlah sampai cemburu tu memakan diri kita. “ aku menasihati Syafiq dengan lembut. Dia tersenyum.

“Abang takut kehilangan sayang.”

“Scha tak ke mana-manalah. Hati Scha hanya untuk abang seorang. Jangan risau.” Ujarku lantas tersenyum.

“dahlah. Comel pulak suami Scha nangis tadi. Haha. Rugi tak snap picture!” usikku sambil mengesat air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience