BAB 2

Romance Completed 15916

Hari ini bermulanya sem baru. Suamiku sudah hampir menamatkan ijazahnya, dan aku masih tinggal satu sem lagi untuk menamatkan diploma. Selepas tamat diploma bermakna suamiku akan tamat ijazah. Aku dah tak boleh tengok wajah suami tersayang dengan kampus lagi. Huu.. Sedih!

“Betul ke sayang tak nak orang lain tahu yang kita dah kahwin?” tanya Syafiq, nama suami tersayangku. Hehe.

Aku mengangguk perlahan. Aku rasa lebih baik berita ini dirahsiakan dahulu. Aku masih tak bersedia nak mengumumkan kepada orang ramai. Malu? Hmm.. Adalah sikit.

“Kenapa?” tanya dia lagi.

“Nanti bila abang dah habis ijazah, barulah kita bagi tahu dekat orang lain. Boleh?” pintaku.

“Kenapa mesti lepas abang tamat ijazah? Abang baru aje nak tunjuk isteri abang yang cantik ni dekat orang ramai.” Dia memuncungkan mulut. Ololo. Comel!

“Ceh. Mengada lah! Biarlah abang sorang je tahu yang isteri abang ni cantik. Takyah nak tunjuk sangatlah.” Bidasku tajam.

Dia tersengih malu.

“Tapi, ingat! Bila ada orang lain nak ushar abang, abang kena cakap yang abang dah kena chop!! Ingat tau.!” Pesanku.

“Iya tuan puteri. Tuan puteri pun kena buat macam tu jugak tau!”

Kami berdua ketawa. Ada-ada sahaja suami aku ni. Haihh.. Sayang pulak nak lepaskan dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience