BAB 13

Romance Completed 15916

Pagi itu aku menunggu panggilan daripada Syafiq. Jam menunjukkan tepat pada pukul 12 tengah hari. Aku mengeluh hampa. Sibuk sangatkah dia sampai lupa nak call aku? At least text lah sekali. Itu pun seudah memadai. Ni tidak. Satu mesej pun takde.

Pening mula menyerang kepalaku. Tekak jadi loya lagi. Rasa nak muntah. Tapi tak jadi. Haish. Apa kena dengan tubuh aku sejak akhir-akhir ni? Pelik betul. Takkanlah aku betul-betul hamil? Tak mungkin!

***

Petang itu cuba menelefon Syafiq. Namun tiada jawapan. Aku hampa. Lantas aku menelefon Alia.

“Hello, Assalamualaikum. “ aku memulakan perbualan sebaik sahaja Alia menjawab panggilan.

“Wa’alaikumussalam. Scha!! Rugi kau tak join trip ni.”

“Kenapa?”

“Ada babak romantic antara Dira dan senior Syafiq.” Ujar Alia teruja.

Jantungku berdegup pantas. Romantik? Dira dan Syafiq?

“Kenapa dengan mereka?”

“Tadi Dira lemas, dan Syafiq buat CPR! Sweet gila..”

“Erk. CPR?” aku sentap.

“Ha’ah. Aku rasa Syafiq dan Dira masih couple.”

Aku mati ayat. Tiba-tiba rasa sebak.

“Ohh.. Kau ada belikan cenderahati tak untuk aku?”sengaja aku menukar topik.

“Ada.. Nanti dalam kelas aku bagi. Okaylah aku nak makan dulu. Tata.”

“Tata.”

Tup! Panggilan diletakkan.

Syafiq? CPR? Dengan Dira?

***

Hari ini peserta lawatan dah balik. Aku menunggu kepulangan Syafiq di rumah sendiri. Pintu rumah dibuka lantas aku bersalam dan mencium tangan suamiku.

“Sayang sihat?” Tanya dia sambil tersenyum. Muka dia terpamer wajah yang penat.

Aku tersenyum kelat.

“Sihat.”

“Abang masuk dulu,ya. Nak mandi.” Aku membiarkan dia masuk ke dalam bilik. Aku masih belum bersedia nak menyoal soalan yang bukan-bukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience