Bab 19

Romance Series 16378

Imanina tersenyum sambil membulatkan tarikh di kalendarnya yang berwarna biru itu.Hari ini adalah hari lahir suaminya.Suaminya baru saja keluar bertemu rakannya,Amar.Amar merupakan insan yang mempertemukan Tengku Haikal dan arwah Lyana

Imanina mahu keluar pergi shopping mall untuk membeli hadiah kepada suaminya yang tercinta.Dia mengenakan blaus jahitannya sendiri yang berwarna biru dan seluar jean levis.Tudung pula dia lilitkan di kepalanya.

Imanina tersenyum melihat pantulan mukanya di cermin.Dia menghidupkan enjin kereta Jazz pemberian Tengku Haikal.

Maju Mall kelihatan agak sesak.Maklumlah,hari ini hujung minggu.Imanina berjalan ke arah kedai yang menjual baju lelaki.Imanina membeli tiga pasang baju lelaki berjenama polo.

Imanina pergi pula ke arah Nia's Cake Shop untuk mengambil kek yang telah ditempahnya kelmarin.

"Err..cik.Saya nak ambil kek yang saya tempah semalam.Kek black forest tu"ujar Imanina

"Ohh..sebentar ya puan"balas penjaga kaunter itu sambil tersenyum

"Nah,ini dia cik..Harganya RM 98.90"

Imanina keluar dari kedai kek.Dia mahu pulang segera.Setengah jam lagi pasti Tengku Haikal pulang.Dia perlu segera.

Oleh kerana Imanina berjalan agak laju.Maka,jika orang di hadapannya berhenti secara mengejut,memang excident lah kan.

"Maaf,encikk..Saya tak sengaja"pohon Imanina.Mujur sahaja kek itu tidak jatuh

"Hishhh macam ni lah jadi nya kalau jalan tak pakai ma.."ayatnya terhenti di situ apabila menoleh ke arah Imanina

"Ehhh,takpe takpe.sokay.."sambung Doktor Zarul

"Hmmm,terima kasih ya"ucap Imanina lalu pergi dari situ

'Cantiknya dia..Nasib baik aku dah ada Rina..Kalau tak memang aku mengorat habis habis lahh.Eh jap,dia tu dah kahwin belum?Hahah'getus hati Doktor Zarul.Ikutkan hatinya,mahu sahaja dia meminta nombor telefon perempuan itu.Tapi,fikirkan dia sudah mempunyai girlfriend.Dia membatalkan saja niatnya itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience