Bab 1

Romance Series 16378

Hiruk pikuk di sekeliling tidak lagi menarik perhatian Imanina.Dia mahu mencari uminya untuk memberitahu bahawa Puan Sri Kirana mencari uminya itu.Namun,dia tetap tidak nampak kelibat mahupun batang hidung uminya

'Hah!Tanya jelah orang sekeliling.Bukan susah pun'desis hatinya sediri.

Imanina pergi ke arah dapur untuk bertanya kepada pembantu rumah disini.Rumah banglo tiga tingkat macam ni mesti ada pembantu rumah.

"Err bibik,maaf ganggu ya,saya nak tanya ada tak nampak Puan Saleha?"tanyanya teragak agak.Lagipun,suka suka hatinya sahaja memanggil wanita itu bibik.Entah betul ke tidak yang wanita itu bibik.Jika salah,pasti dia malu sendiri

"Oh?Puan Saleha ya?Rasanya dia ada tanya sama saya di mana tandas.Rasanya Puan Saleha berada di tandas."Kata bibik itu yang sedang mengesat tangannya yang basah setelah mencuci pinggan

"Terima kasih ya bik.Eh,tapi di mana tandas ya,"tanya Imanina.Walaupun dia sudah datang rumah agam ini banyak kali namun,dia tidak pernah ke tandas kerana segan

"Tandas di bawah ini sudah tidak boleh digunakan lagi.Cik naik tingkat tiga ya.Saya pasti Puan Saleha berada di sana.Oh ya,tandas itu berada di sebelah kiri ya.."ujar bibik itu lagi

Imanina terus naik tangga untuk ke tingkat tiga.Rumah agam ini sememangnya sangat mewah.Ia berkonsep kan simple tapi masih nampak elegen.Perabotnya juga pasti mahal.

Ketika Imanina hendak pergi ke tandas yang berada di kiri.Dia terdengar bunyi petikan gitar.Siapa pulak yang main gitar masa tahlil ni.Ishh,tak de adab betul

Imanina tidak jadi ke arah tandas.Perhatiannya masih melekat ke arah bunyi petikan gitar itu.Dia berjalan perlahan ke arah bilik yang berada di arah kanan itu.Pintu bilik itu sedikit terbuka memudahkan Imanina mengintip lelaki itu

Kedengaran pula lelaki itu menyanyi dengan penuh syahdu

Tak pernah terpikir olehku
tak sedikit pun ku menyangka
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
begitu sulit ku bayangkan
begitu sakit ku rasakan
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan
kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup ini terjadi 
karna ku sangat cinta

ini lah saat terakhirku melihat kamu
jatuh air mataku menangis pilu
hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
namun bagiku melupakanmu
butuh waktuku seumur hidup

Lelaki itu berhenti seketika.Imanina menjengukkan kepalanya untuk mengetahui kenapa lelaki itu berhenti.Ya Allah!Dia menangis.Imanina berasa sedikit pelik kerana lelaki itu menyanyi lagu hingga menangis.

"Nina!"Tiba tiba ,Puan Saleha menyergah anak daranya

"Opocot mak kau jatuh longkang"Oleh kerana terkejut,Imanina melatah

Bunyi Imanina melatah agak kuat untuk lelaki yang berada dalam bilik itu.Tanpa disedari lelaki itu sudah berada betul betul hadapan Imanina yang masih melihat uminya.

"Nina..Umi turun ya?Puan Sri dah panggil"Ujar Puan Saleha yang masih tidak menyedari lelaki itu dihadapan anaknya

Puan Saleha sudah turun untuk mendapatkan Puan Sri Kirana.Dia sakit perut sebentar tadi.Entah apa yang dimakannya

Imanina berpaling ke depan.Dan dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu dihadapannya sambil merenung tajam ke arahnya.Muka lelaki itu merah menyala.Menahan marah agaknya

'Ya Allah,kacaknya dia'getus hatinya.Siapa kata hero dalam novel tu tak wujud?Tengoklah di hadapannya sekarangnya. Walaupun muka lelaki itu dihiasi dengan jambang halus didagunya.Muka lelaki itu kelihatan seperti sedang bermasalah.Mata lelaki itu pula kelihatan sayu sahaja

"Woi!Kau tenung tenung aku buat apa?Yang kau memekak kat bilik aku ni kenapa?Kau mengintip aku ya?"sergah lelaki itu apabila melihat Imanina bagai patung lilin dihadapannya

"Ta..tak.Sa..saya tak mengintip encik.maa..maaf ya"ujar Imanina tergagap

"Dah yang kau ada dekat pintu bilik aku ni buat apa?Tandas kat sana lah!"marahnya lagi

"Yaa..Saya ba..baru sahaja nampak tandas tu tadi"balas Imanina perlahan

"Kau ni kan.."belum sempat lagi lelaki itu hendak memarahi Imanina,Puan Sri Kirana telah muncul

"Eh,Kal?buat apa kat luar pintu"tanya Puan Sri Kirana sambil mengerutkan dahinya.Biasanya,anaknya yang seorang ini memang takkan keluar dari bilik.Puan Sri Kirana berpaling pula ke arah Imanina yang terkulat kulat berdiri di hadapan Tengku Haikal

"Mama tanyalah perempuan ni..Dia yang memekak depan pintu bilik Kal"balas lelaki yang bernama Tengku Haikal tersebut

"Nina..Nina cari tandas tadi Puan Sri"kata Imanina sambil menundukkan kepalanya

"Tandas sebelah sana lah!Yang kau datang kat bilik aku tu kenapa hah!"Balas Tengku Haikal

"Tandas disana lah Nina.."kata Puan Sri lembut sambil menunjukkan tandas yang berada di kiri tadi.Imanina tahu bahawa dia yang salah.Dia yang pergi mengintip anak teruna orang.Tengok sekarang ni apa dah jadi.Tak sangka pulak yer Puan Sri ada anak lelaki.Kacak pulak tu.Tapi sayang,perangai hancur..

"Saya minta maaf Encik Haikal.."ucap Imanina

Tengku Haikal merengus marah.Dia menutup pintu biliknya kuat.

"Maaf ya Nina,anak auntie memang macam tu.Dia selalu badmood."kata Puan Sri Kirana.Puan Sri Kirana berasa geram dengan anaknya yang selalu badmood tidak kira di mana.

"Tak apa auntie.Nina yang salah.Nina pergi dekat bilik Haikal."kata Imanina dan Imanina terus turun diiringi dengan Puan Sri Kirana

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience