Bab 15

Romance Series 16378

Imanina tersenyum girang.Sudah 2 hari dia menunggu suaminya online.Dan kali ini,suaminya online.Mungkin kerana line disana slow

"Abang.."panggil Imanina apabila melihat wajah suaminya terpampang di skrin laptop nya

"Ye sayang..."sahut Tengku Haikal

"Nina rindu abang..."Imanina sudah menitiskan air matanya.Lantas dia menyeka air matanya

"Abang pun rindu sayang.Everything okay there?"tanya Tengku Haikal

"No,abang nak tahu?Baby ni kan,selalu tendang perut Nina tau.Dia cuba protes sebab papa dia selalu tinggal dia"usik Imanina

Tengku Haikal tersenyum gembira.Kandungan Imanina sudah membesar.Dia juga berharap ini adalah kali terakhir dia perlu berkhusus

"Baby,papa mintak maaf tau..Papa bukan sengaja nak tinggal baby.Lepas ni,papa janji tak tinggal baby dan mama yer.Baby janganlah tendang perut mama kuat sangat,nanti sakitlah mama"Tengku Haikal dapat melihat muka Imanina mula sayu.Tengku Haikal sebenarnya cuba untuk membuat Imanina senyum

Apabila melihat Imanina senyum,Tengku Haikal turut tersenyum."Tunggu papa yer sayang.Jaga mama baik baik"

Imanina berasa semakin tidak sedap hati namun dia memendamkan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience