Bab 2

Romance Series 16378

Imanina termenung.Dia memaksa telinganya mendengar lagu yang Haikal nyanyi tadi.Apa yang Imanina faham tentang lagu ini ialah lagu fasal orang yang disayangi telah mati.Siapa pulak yang mati?nak kata ibunya,Puan Sri masih lagi sihat walafiat.Nak kata ayahnya pulak,Tan Sri Sidik tu masih lagi kuat.Kalau main golf,memang nombor satulah .

"Anak umi termenung apa tu?fikir masalah negara ke?"Usik Puan Saleha apabila melihat anak daranya termenung

"Umi..Puan Sri tu ada anak lain tak selain Qalisha tu"tanya Imanina.Dia sebenarnya mahu tahu tentang Haikal.Tapi tak boleh lah nak 'straigh to the point'.Nanti apa pulak yang difikirkan uminya.

"Hmmm,Puan Sri ada 2 orang aje anak.Yang sulung namanya Tengku Haikal.Dan yang bongsu Tengku Qalisha

Mata Imanina sudah bersinar sinar apabila mendengar nama Haikal.Ohh,namanya Tengku Haikal.Hmmm,menarik namanya sama seperti tuannya

"Tengku Haikal tu kerja apa umi?"tanya Imanina

"Aikk,dah kenapa tiba tiba tanya ni,Nina terkenan kat dia ke?"usik Puan Saleha

"Mana ada lah umi.Tadi masa Nina nak cari umi kat tandas.Nina terjumpa Tengku Haikal tu.Lepastu,Puan Sri cakaplah yang tu anaknya"ujar Imanina.Hal yang dia mengintip Tengku Haikal itu dia mahu rahsiakan.Kalau tahu dek uminya,pasti uminya marah.

"Umi dah tak ingat umurnya.Kesian dia,Nina.Dia dah kahwin tiga bulan lepas.Lepas kahwin tu,diorang pergi bulan madu.Tapi umur isterinya tak panjang,mati masa bulan madu.Tahlil tadi tu untuk arwah isteri si Tengku Haikal tu lah"cerita Puan Saleha.

"Kenapa isteri dia mati umi?"

"Kemalangan.Masa tu Tengku Haikal dan Isterinya dalam perjalanan pergi pejabat Tengku Haikal tapi,kereta yang dipandunya bertembung dengan lori.Isterinya meninggal masa tu juga.Tengku Haikal pulak koma sebulan" cerita Puan Saleha Lagi.Sedih pula apabila teringatkan kisah yang diceritakan oleh Puan Sri Kirana tentang Tengku Haikal itu

"Tapi,bila Tengku Haikal sedar.Dia cari isterinya.Dia tak boleh terima yang isterinya telah meninggalkan dia selamanya .Lagipun,dia tak sempat nak tengok isterinya buat kali terakhir"sambung Puan Saleha lagi

"Ohhhh..Kesian Tengku Haikal kan umi.."kata Imanina

"Ya sayang,Tengku Haikal tu dulu bijak dan cergas orangnya.Tapi bila isterinya meninggal,dia tak nak kerja dah.Dia terperap dalam biliknya sambil tengok gambar gambar isterinya"ujar Puan Saleha lagi

"Tapi,Tengku Haikal tak boleh buat macam tu umi.Tengku Haikal patutnya redha.Tengku Haikal mesti teruskan hidupnya umi."ucap Imanina setelah lama mendiamkan diri.

"Betul Nina,tapi,bila kita terlalu sayang seseorang dan dengan tiba tiba dia tinggal kita sendiri buat selama selamanya.Mesti sedih kan Nina"kata Puan Saleha yang sudah mahu mengangkat punggung pergi ke biliknya.Dia mahu membiarkan Imanina sendiri memikirkan masalah tentang Tengku Haikal tu.Dia ada rancangan untuk menyatukan Tengku Haikal dan Imanina.Tapi biarlah,jika ada jodoh,kahwinlah kan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience