Bab 13

Romance Series 16378

Imanina melentokkan kepalanya di atas bahu Tengku Haikal.Sudah lama dia tidak bermanja manja begitu.Tengku Haikal pula sering berkhusus.Kadang kadang sampai luar negara.Rindu memang rindu.Tapi,Tengku Haikal kan mencari duit untuk menyara dirinya

Tengku Haikal mengusap ngusap kepala Imanina.Sayang rasanya mahu meninggalkan isterinya ini walaupun hanya 2 minggu.Sungguh,dia tidak sanggup berpisah lama dengan Imanina.Namun,dia terpaksa.

"Abang...."panggil Imanina.Dia merenung ke arah muka kacak milik suaminya ini

"yes sayang"sahut Tengku Haikal turut membalas renungan Imanina

"Nanti abang kena outstation lagi ke?"tanyanya sambil mengelus pipi Tengku Haikal

"Ya sayang..Kenapa?"balas Tengku Haikal

"Hurmm,takde lah.Nina rindu abang"luah Imanina.Dia memeluk Tengku Haikal erat
seeratnya bagai tidak mempunyai hari esok

"Sayang,janji dengan abang,tolong jaga diri bila abang tak de nanti ya"Tengku Haikal merenung mata bulat milik Imanina itu

"Ke ..kenapa abang cakap macam tu.Kenapa tak cakap 'masa' abang tak de"air mata Imanina mula menitis membasahi pipi mulusnya itu

"Alahai sayang,kan sama aje maksudnya tu"ucap Tengku Haikal.Pelik dia melihat Imanina yang terlalu sensitif.Sampai penggunaan kosa kata pun kena betul

"Tak sama..."lirih suara Imanina bersuara

"Dah lah,tak nak lahh nangis ni.Dah tak cantik wife abang.Senyum sikit...Ha kan cantik macam ni"pujuk Tengku Haikal sambil memegang pipi mulus Imanina

"Abang dah kemas ke barang barang abang?"tanya Imanina sambil menyeka air matanya.Sungguh,dia berasa tidak sedap hati.Entah kenapa

"Dah..Kan sayang yang tolong abang tadi"balas Tengku Haikal sambil mengusap air mata Imanina

Imanina masih lagi berasa tidak sedap hati.Rasa seperti tidak mahu melepaskan suaminya ini pergi.Dia tidak larat menanggung beban rindu kepada suaminya yang seorang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience