Bab 10

Romance Series 16378

Imanina merenung ke arah jari jemarinya yang dicelup dengan inai.Ya,dia telah berkahwin.Terasa bagai ini mimpi pula.Tengku Haikal yang mahu cepat menghalalkan hubungan mereka.

Imanina lega kerana semasa akad nikad tadi,Tengku Haikal tidak tersasul atau tergagap menyebut namanya.Tidak pula tersasul nama Lyana.

Imanina menanggalkan tudungnya apabila dia melangkah ke arah bilik yang telah digubah cantik.Tengku Haikal masih lagi di bawah.Sibuk melayan rakan rakannya.Ramai sedara mara yang memuji kecantikkan Imanina.

Imanina duduk di atas kerusi meja solek sambil menyisir rambutnya.Tiba tiba dia terlihat sebuah buku bewarna biru gelap.Imanina menyelak untuk mengetahui isi buku tersebut.Mengingatkan yang Tengku Haikal pernah membaca diarinya.Jadi,dia tidak teragak agak untuk turut membaca buku ini.

Kelihatan seperti ada beberapa muka surat sudah dilipat dan ditulis MEMORIES OF LYANA.Imanina tersenyum.Tiada alasan untuk dia cemburu dengan orang yang telah meninggal.Malah,apabila dia solat,selalu sahaja dia menyedekahkan 'hadiah' untuk Lyana agar dia tenang di sana

Selepas muka surat dilipat itu pula,tertulis
My Love Imanina.Imanina tersenyum bahagia.Tidak sangka ada juga namanya di dalam buku ini.

Thank you for being me one place.The places called LOVE

-15.3.2012-TH

Imanina tersenyum lagi.Itu merupakan tarikh perkenalan mereka.

Imanina Pelangiku
Kekallah menyinari hidupku

-19.3.2012-TH

Harini,Imanina sayangku menangis bila aku tiba tiba sahaja muncul dihadapannya selepas balik dari outstation.Dia kata yang dia rindu sangat.Dia tak tahu yang aku selalu sesak nafas rindukan dia

26.3.2012-TH

Imanina menutup semula buku itu.Dia mahu membersihkan diri.Sedari tadi dia tidak menukar baju pengantinnya.

Imanina menyisir rambutnya yang masih basah.Sesekali di mengesat rambutnya dengan tuala berwarna putih .Tiba tiba,pintu dibuka.Tengku Haikal masuk sambil tersenyum ke arah Imanina apabila melihat Imanina tidak bertudung.

Buat pertama kali dia melihat Imanina tidak bertudung begitu.Kelihatan cantik rambut Imanina.Rambutnya paras ketiak itu kelihatan seperti dijaga dengan teliti.

Tengku Haikal berjalan ke arah Imanina yang sedang duduk bersimpuh di atas katil.

"Sayang dah mandi?"tanyanya dengan nada kecewa yang dibuat buat

Imanina faham akan perangai suaminya itu.Saja lah tu nak menggatal

"Ha'ah.Dah mandi,tunggu abang tadi lambat sangat"balas Imanina sambil memuncungkan bibirnya

"Kalau macam tu,sayang mandi lah sekali lagi.Teman abang mandi?Boleh?"kata Tengku Haikal sambil tersenyum nakal

Muka Imanina sudah merah akibat malu terlampau.Itulah,tadi sibuk sangat bermain kata dengan Tengku Haikal.Tengok sekarang,kan dah malu sendiri

Imanina meletakkan sikat di atas meja solek.Sempat juga dia memperbetulkan semula buku biru gelap itu.Imanina turun ke dapur untuk melihat apa yang dilakukan oleh mak mertuanya.Ya,mak mertuanya iaitu Puan Sri Kirana

"Eh Nina,mana Haikal?"tegur Puan Sri Kirana sambil melihat wajah Imanina yang kelihatan lebih cantik apabila tidak bertudung.

Lagipun,dari awal lagi dia tahu bahawa anak Saleha ini memang cantik orangnya.Ditambah pula dengan perangainya yang sopan santun itu.Bagi Puan Sri Kirana,Lyana dan Imanina sama sahaja.Kedua duanya cantik dan baik

"Mandi"balas Imanina sambil tangannya sudah mahu memegang senduk untuk mengacau sayur labu air di dalam periuk itu.

"Eh Nina,takyah tolonglah.Nanti mummy panggil mak Som.Nina pergi lah panggil si Haikal tu turun makan"arah Puan Sri Kirana apabila melihat Imanina mahu membantunya.Hati tuanya senang melihat kelakuan Imanina yang baik dimatanya.

Imanina naik semula ke atas.Dia mahu pergi ke arah balkoni yang terletak di biliknya.Imanina memulas tombol pintu biliknya.Pintu tandas separuh terbuka menandakan tiada sesiapa di dalam.

Imanina menutup lampu bilik air.Ketika dia melangkah ke arah balkoni.Dia ternampak Tengku Haikal yang kelihatan baru keluar dari bilik air.Rambutnya basah membuatkan mukanya menjadi lebih seksi.Eh kau ni Nina,terlebih gatal pulak.

Tengku Haikal yang tidak berbaju dan hanya bertuala itu tersenyum miang ke arah Imanina yang seperti kelam kabut apabila melihat Tengku Haikal dalam keadaan begitu.

"Abang..pakai lah baju,mummy dah ajak kita makan malam"arah Imanina apabila melihat suaminya itu merenung ke arahnya

"Sayang ..tolong ambil baju abang"arah Tengku Haikal manja

Dan ketika Imanina datang menghampirinya.Dia sengaja menarik Imanina untuk berada didalam pelukannya.

"Abang!"marah Imanina.

"Habis basah baju Nina"kata Imanina sambil melangkah keluar dari bilik.Dia sebenarnya mahu membiarkan Tengku Haikal memakai baju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience