Bab 11

Romance Series 16378

"Abang.."panggil Imanina.Sesungguhnya dia berasa bersalah kerana memarahi Tengku Haikal kerana memeluknya tadi.

Tengku Haikal masih lagi dengan rajuknya.Dia memalingkan tubuhnya.Tidak mahu menghadap muka Imanina.

"Abang.."

"Nina minta maaf"ucap Imanina lirih

"Dah lah.Abang nak tidur!"keras dan dingin kedengaran suara Tengku Haikal

"Ok..Good night abang"kata Imanina sambil menahan air matanya supaya tidak jatuh

Imanina sudah tenggelam di dalam mimpinya.Tengku Haikal tersenyum melihat cara Imanina memujuknya.Manja sekali.Tengku Haikal ternampak lengan baju Imanina basah sedikit.Tengku Haikal terkejut apabila mengetahui Imanina menangis.Alahai,Imanina ni memang manja.Tapi,dia tetap mahu meneruskan rajuknya ini.Hehehe

Imanina bangun dan mandi.Tengku Haikal masih lagi tidur.Imanina tidak mahu menggangu Tengku Haikal tidur.

Imanina tersenyum melihat roti sandwich berbentuk hati itu yang dibuatnya.Di atas roti itu tertulis i'm sorry.Dia juga menulis nota kecil yang bertulis '

I can see that my behavior and attitude was hurtful and totally unnecessary. You did not deserve to be on the receiving end of my actions. I am normally not like this. While I am not excusing myself from my immature action, I believe I acted the way I did because of my fatigue. I hope we can move past this and you’ll forgive me.

Imanina meletakkan sarapan itu di atas meja yang berdekatan dengan katil.Semoga bila Tengku Haikal bangun,Senyuman manis menghiasi bibir seksinya itu

Imanina cuba mengejutkan Tengku Haikal.

"Abang...bangun"kejut Imanina dengan suara yang lembut

Tengku Haikal bangun dengan muka yang masam.Dia masih dalam rajuknya.Tiba tiba,dia ternampak roti sandwich berbentuk hati dan tertulis i'm sorry di atas roti itu.Imanina telah pun keluar .

Tengku Haikal membuka nota kecil yang terdapat di tepi sandwich itu.Tengku Haikal tersenyum kecil.Comel betul cara Imanina memujuknya.Hatinya berbunga riang.Rasa seperti dunia ini miliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience