Bab 18

Romance Series 16378

"Abang...bangunlahh"Imanina mengusap ngusap tangan suaminya.Dia memandang tubuh Tengku Haikal yang sarat dengan wayar.

"Abang...macam mana boleh jadi macam ni.Kenapa abang tinggal Nina...Abang dah janji nak selalu disisi Nina kan..."rintih Imanina sayu

Tiba tiba dia terasa tangan Tengku Haikal bergerak sedikit.Imanina terus menekan loceng kecemasan berhampiran katil.

Doktor Zarul terus datang bersama dua orang jururawat untuk memeriksa keadaan Tengku Haikal.Dia meminta Imanina keluar sebentar

Imanina berdoa kepada tuhan agar suaminya selamat sahaja.Sungguh,dia tidak mampu untuk hidup jika suaminya tiada di sisi.

Doktor Zarul keluar sambil mengeluh.Mukanya kelihatan bersalah."Maaf puan,kami dah cuba sedaya upaya tapi nampaknya,tuhan lebih sayangkan dia"

Imanina tidak memperdulikan Doktor Zarul.Dia mahu mengesahnya sendiri.Dia tidak sangka dan duga perhubungan dia dan Tengku Haikal berakhir di sini.

Tubuh kaku milik Tengku Haikal dipeluk erat.Imanina juga mengoncang beberapa kali tubuh Tengku Haikal supaya bangun.Namun,semua yang hidup pasti akan mati.

Imanina meraung di situ.Muka Tengku Haikal yang pucat itu dicium lama.

"Abang......Jangan tinggal Nina.."rintih Imanina.Air matanya laju mengalir

"Abang....Bangunnlaaahhhhh"Imanina masih tidak mahu menerima hakikat.Imanina sedar yang suaminya telah mati.Dia sudah tidak boleh buat apa apa

Imanina keluar dari hospital.Dia memandu ke arah tasik Tanjung Putera.Dia duduk di atas kerusi batu yang berhadapan dengan tasik.

Imanina meraung di situ.Dia tidak kisah jika orang memanggilnya gila.Biarlah,tiada gunanya lagi di atas muka bumi ini.

Imanina terlihat pokok yang ditoreh oleh Tengku Haikal.Imanina menangis pilu.Dia merindui Tengku Haikal.

Tiba tiba,dia terbunyi petikan gitar berhampiran dengannya.Imanina hanya mendengar tanpa menoleh siapa yang bermain gitar itu.Mustahil jika Tengku Haikal yang main.Tengku Haikal kan dah maa...maa..maa...Arghhh!Imanina tidak mahu menerima hakikat

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu,kamu,kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu... di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
di nanti ku......

Imanina menangis lagi.Jika dahulu,Tengku Haikal menyanyikan lagu ini untuk arwah Lyana.Kini,dia pula yang menyanyikan lagu ini untuk Tengku Haikal.

Imanina hanya duduk kaku di atas kerusi batu itu.Imanina merenung ke arah tasik.Matahari sudah mahu terbenam.

Tiba tiba dia terasa seperti seseorang memeluknya.Imanina menoleh,dia terkejut lalu menangis melihat tubuh Tengku Haikal dihadapannya.

"Sayang..Kenapa menangis?"Tengku Haikal menyeka air mata Imanina

"Abang ..jahat! Kenapa abang buat Nina macam ni?"kata Imanina sambil memukul dada bidang milik suaminya

"Abang nak tahu yang Nina ni sayang abang ke tak.."balas Tengku Haikal sambil memeluk tubuh Imanina

"Ada banyak lagi cara yang abang boleh buat tapi bukan dengan cara ni..."ujar Imanina lirih.Dia menangis lagi

"Dah,dah..Tak mau lah wife abang nangis camni.Tak cantik dah tau.."usik Tengku Haikal

"Sayang kan suka tersengih sampai nampak gusi"usik Tengku Haikal lagi

Lantas,satu cubitan hinggap di lengan Tengku Haikal.Mana ada dia sengih sampai nampak gusi.Over sangat dah tu

Imanina tersenyum semula dan berjalan pulang memegang erat tangan suaminya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience