Bab 3

Romance Series 16378

Sungguh dia tak sangka.Masih wujud lelaki seperti Tengku Haikal.Imanina pernah mengatakan bahawa dia mahu mencari lelaki yang menangis disebabkan perempuan.Itu bermakna lelaki itu sayang sangat sangat dekat perempuan tu.Sama seperti Tengku Haikal dan Isterisnya.Alangkah indahnya jika dia mendapat lelaki seperti Tengku Haikal.

Tetapi,apabila dia menyatakan fasal lelaki idamannya kepada rakannya iaitu Insyirah dan Qistina,mereka hanya ketawa dan mengatakan bahawa Imanina ni terlalu taksub dengan novel dan drama romantik.

Salah ke jika dia mahu lelaki yang betul betul menyanyangi perempuan hingga menangis apabila perempuan itu meninggalkannnya.
Insyirah dan Qistina berkata begitu kerana mereka tu selang satu semester mesti tukar boyfriend baru

Bertuah betul arwah isteri Tengku Haikal tu.Mesti dia bahagia sangat.Alangkah bagusnya jika Tengku Haikal menyukai dirinya.Oh!Indahnya dunia.

Imanina mula berangan dapat bersuamikan Tengku Haikal.Dia juga memasang niat untuk mendekati dengan lebih dekat lagi dengan Tengku Haikal.

"Woi!Kau ni buat kerja ke berangan?"sergah Insyirah yang sedari tadi menyedari Imanina asyik termenung

"Mana ada berangan.Tengah buat kerja lah ni.Tengah cari idea tahu tak?Kau tahu apa"balas Imanina

"Yalah Nina,aku tengok kau ni semacam aje.Dah jumpa lelaki idaman ke?"usik Qistina pula.Dia juga perasan akan perangai Imanina yang asyik berangan.

'Bang!'Tekaan Qistina memang mengena tepat tepat di hatinya.Pipi Imannina telah merah.Dia masih malu untuk menceritakan kisah yang dia telah jatuh cinta pada Tengku Haikal

"Ishh,korang niii.Buatlah kerja.Dah laa,aku nak pergi kafe depan sana sat"ujar Imanina

"Aku nak pergi jugaakk"kata Insyirah seperti kanak kanak ribena

"okeyh.Jom cepat"gesa Imanina.Sudah tidak dapat tahan lapar perutnya ini.Tadi ketika di rumah,dia tidak sempat bersarapan kerana terbangun lewat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience