Bab 12

Romance Series 16378

Imanina berasa pening.Ditambah pula dengan rasa loya.Dia sudah syak sesuatu sebenarnya.Dia telah pun membeli pregnant test.Dan hasilnya positif.

Imanina tahu yang dia mesti ke klinik.Namun,Tengku Haikal masih merajuk.Bagaimana dia mahu ke klinik?Tanpa ditemani oleh suami?Imanina tidak sanggup

Imanina berbaring di atas katil.Dia terlelap seketika.Tengku Haikal yang baru balik dari kerja berasa pelik apabila tidak nampak kelibat Imanina menyambut kepulangan seperti selalu.

Tengku Haikal melihat Imanina terbaring di atas katil.Imanina terbangun apabila dia terasa bagai ada tangan yang ingin menyentuh dahinya.

"Abang.."suara Imanina serak memanggil Tengku Haikal

"Ye sayang?Sayang demam ke?"soal Tengku Haikal.Di wajah kacak itu terukir wajah kerisauan

"Tak lah.Perut masuk angin aje kot"Imanina tetap mahu berahsia tentang kandungannya.

"Ohh kalau macam tu,abang mandi dulu ye.Badan dah melekit lekit ni"ujar Tengku Haikal

Tengku Haikal masuk ke dalam bilik air.Tetapi,tidak lama selepas itu,dia keluar kembali.Tangannya memegang pregnant test.

"Sayang?yang ni sayang punya ke?"Soal Tengku Haikal sambil menunjukkan pregnant test itu dihadapan Imanina

'Alamak,macam mana aku boleh terlupa ni'getus hati Imanina

"ha'ah lah.Takkan yang mummy awak pulak"sindir Imanina sinis.Hatinya tiba tiba menjadi sensitif.Apa taknya?Dia dah mencuba pelbagai cara memujuk namun,Tengku Haikal masih lagi merajuk

"Kenapa tak pergi klinik?"tanyanya lembut sambil duduk di tepi Imanina

"Abang akan tahu bila abang ada kat tempat sayang"balas Imanina.Sedih.

"Ye ye,abang minta maaf.Malam nanti kita pergi klinik sama sama ye"kata Tengku Haikal.Dia berasa bersalah kerana telah membuat Imanina sedih.Sumpah,jika dia tahu Imanina mengandung pasti sahaja dia tidak merajuk manjanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience