Bab 5

Romance Series 16378

"Menjahit tu tak elok berangan.Nanti lain yang kau tusuk"kedengaran suara Qistina menegur

"Kau ni Nina..Kau ni sebenarnya teringatkan siapa?Dari tadi lagi aku nampak kau termenung,berangan macam angaukan seseorang"seloroh Insyirah pula

"Tak de lahh..Aku risau tentang projek untuk final stage nanti"nafi Imanina lantas mencari idea untuk menutup hal nya yang terlalu sibuk berangan

"Kau jangan risua lah Nina.Kita kan dah nak siap semua.Tinggal blaus yang kau kena buat renda labuci kat bahagian lengan tu aje."kata Qistina

"Yang tu aku tak risau Qis,aku risau tentang model.Mana kita nak cari model lelaki yang hot?"tanya Imanina.Nampaknya dia berjaya mengalih topik.

"Elehh,kau bukannya tak kenal.Kau tu tak nak kenal kan"perli Qistina

"Mana ada"Nafi Imanina.Walaupun hakikatnya,memang betul apa yang dikatakan oleh Qistina.Dia sememangnya tidak pernah berkenan untuk berkenalan dengan lelaki yang asyik mengejarkannya.Hingga ada yang masuk meminang.Namun,semua itu dia menolak

"Kau takyah nak menafi perkara yang betul.Aku hempuk karang"ujar Insyirah

Imanina dan Qistina ketawa mendengar kata Insyirah.Insyirah sememangnya seorang yang selamba dan kelakar.Kadang kadang orang yang nak menangis pun tak jadi menangis bila dengar celoteh si Insyirah ni.

"Pasal model lelaki hot tu kau takyah risau.Biar aku uruskan"ujar Qistina

Qistina memang dikenali sebagai perempuan igauan lelaki.Begitu juga Insyirah dan Imanina.Oleh kerana ketiga tiga perempuan ini merupakan perempuan igauan para pelajar lelaki.Memang senang je kalau nak cari model lelaki hot.

Qistina dan Insyirah tahu yang Imanina memang tidak akan mengurus tentang model lelaki.Kerana boleh jadi ke lain.Imanina sememangnya cantik.Dengan mata bulatnya dan bibirnya yang merekah dan comel.Pipinya mulus.

"Eh,Nina.Dah pukul 4.30 lahh.Jom balik"kata Insyirah tergesa gesa

"Kenapa?kau nak pergi mana?"tanya Imanina hairan.Selama ini,mereka akan balik dari bilik bengkel itu pada pukul 5 petang.

"Alahh kau ni.Kau tak ingat ke?Kan ke kita kena pergi butik untuk tengok contoh contoh baju yang belum siap tu"kata Insyirah

"Ha'ah lhaa"kata Imanina dan Qistina serentak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience