Bab 22

Romance Series 16378

3 tahun kemudian..

"Abang....."panggil Imanina.Dari tadi dia sibuk melipat baju hingga tidak sedar dimana suaminya berada

"Yaaa!"sahut Tengku Haikal yang sedang berehat di atas kerusi rotan berhadapan dengan kolam renang

"Mana Aira?"Imanina juga tidak nampak kelinat si kecil itu.Budak kecil itu amat petah berkata kata

"Tidur lah sayang.."balas Tengku Haikal tersenyum

"Ohhh..."

"Sayang..abang sakit kepala lah"ujar Tengku Haikal sambil memicitkan kepalanya

"Hah!Kenapa?"soal Imanina sambil membantu suaminya memicit kepala

"Abang sakit kepala fikir bila masa yang sesuai Aira tu nak dapat adik"Sebaik sahaja Tengku Haikal berkata begitu,Imanina terus mencubit pipi Tengku Haikal.Terasa bagai dia tertipu dengan lakonan suaminya yang konon konon sakit kepala

"Abang kan demam ni.."Memang betul pun.Tengku Haikal demam akibat terkena hujan kelmarin

"Alahhh,dah sihat dah ni.."seloroh Tengku Haikal

"Hurmm.."Imanina lantas menjauhkan dirinya daripada suaminya.Dia mahu tahu setinggi mana kehendak suaminya itu

"Sayang jangan main main"kata Tengku Haikal pula

"Kejarlah kalau nak"Imanina sudah melarikan diri

Tengku Haikal mengejar Imanina.Imanina semoat mengelak tapi entah bagaimana,dia tersalah langkah lalu terjatuh dalam pelukan suaminya

Tengku Haikal mencuit hidung isterinya lalu berkata"Nak lari mana lagi sayang?"

Tengku Haikal mengunci pintu lalu medukung Imanina.

"Nakal lahh abang nii"Imanina menjerit kecil

Sesungguhnya,Imanina bersyukur Allah mempertemukan dia dengan insan yang bernama Tengku Haikal ini.Walaupun kadang kadang terjadinya perselingkahan kecil namun,Tengku Haikal pandai memujuk hingga hatinya cair dan mudah memaafkan.Imanina berdoa agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah.

TAMAT....Maaf jika bab ni terlalu pendek

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience