Bab 4

Romance Series 16378

"Nina"panggil Insyirah.Malu pula dengan waitress ni.Dari tadi lagi si waitress ni tunggu.Imanina pulak dari tadi termenung.Terkenangkan siapa pun tak tahu.Nak kata ada boyfriend,tak ada.Hah,ni mesti ada lah masalahnya ni.

"Imanina Sofiya!"Kali ini lebih kuat suara Insyirah sambil menggoncangkan bahu rakannya itu.Siap dengan nama penuh lagi.Nasib,dia tak ingat nama ayah Imanina.Kalau tak,dengan binti dia sebut

"Hah,ye ye.Apa dia?"Kata Imanina yang telah sedar dari lamunannya.

"Kau nak makan apa?Kesian abang ni tau,dari tadi tunggu."kata Insyirah sambil mengerling ke arah 'waitress 'tersebut.Bagi Insyirah,waitress tu mempunyai wajah yang sedap dipandang

"Bagi saya nasi lemak lauk ayam satu dan milo panas ya"pesan Imanina sambil memandang ke arah meja dihadapannya

Setelah pelayan itu pergi.Insyirah meneruskan misinya untuk mengorek rahsia rakannya yang suak sangat berangan.

"Nina,kau ada masalah ke?"tanya Insyirah.Prihatin.

"Tak..Tak ada masalah lahh.Kenapa?"tanya Imanina

"Tak de lah.Sebab kau selalu sangat termenung.Kau teringat boyfriend kau eh?"soal Insyirah

Imanina masih lagi memandang ke meja dihadapan.Dia ternampak Tengku Haikal dan Puan Sri sedang berbual bual dengan anaknya itu.Sesekali kelihatan Tengku Haikal mengesat airmatanya yang mahu menitis.Entah apa dibualnya.Pasti sahaja tentang arwah isterinya

Oleh kerana Tengku Haikal duduk berhadapan menghadap mukanya.Dia nampak yang Tengku Haikal kadang kadang menangis.Sedih pula dia melihat keadaan lelaki itu.

"Nina,makanan kita dah sampai."kata Insyirah

"ha?okay..Aku nak basuh tangan kejap"kata Imanina lantas mengangkat punggungnya dan pergi ke arah singki

Ketika melintasi meja Tengku Haikal dan Puan Sri dapat dia lihat dengan jelas yang mata Tengku Haikal sembab oleh kerana telalu banyak menangis.

"Eh Nina!"panggil Puan Sri Kirana

"Eh,Puan Sri.."kata Imanina.Pura pura yang dia tidak nampak Puan Sri Kirana dan Tengku Haikal tadi

"Marilah duduk sini.."pelawa Puan Sri

"Mummy!"panggil Tengku Haikal dengan membuat isyarat mata tidak membenarkann Imanina duduk semeja dengan mereka

"Eh,takpe lah Puan Sri.Nina datang dengan kawan Nina.Dengan siapkan projek untuk final nanti"Imanina sedaya upaya menolak pelawaan Puan Sri Kirana agar Puan Sri Kirana tidak berkecil hati

Imanina pergi ke mejanya dan makan.Imanina dapat merasakan yang Tengku Haikal memang nekad tidak mahu berkahwin lagi.Lagipun,Tengku Haikal dari awal pasti sahaja benci akan dirinya.Lihat sahaja cara dia memandang Imanina tadi.Seperti mahu menelan sahaja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience