Bab 7

Romance Series 16378

Tengku Haikal tersenyum apabila mengenangkan apa yang dia jumpa ketika di rumah Imanina.Ketika itu Puan Sri Kirana menyuruh dia meminta maaf kepada Imanina.Puan Saleha mengatakan bahawa Imanina ada di dalam bilik,Namun,apabila dia pergi ke dalam bilik,Imanina tiada.

Ketika kakinya hendak melangkah keluar dari bikik Imanina,dia terdengar bunyi telefon Imanina berbunyi .Dia terus pergi ke meja komputer yang dipenuhi dengan kertas dan buku .

Ketika sedang sibuk dia mencari telefon Imanina,dia ternampak satu buku yang tertulis dihadapannya 'DIARY'.Tengku Haikal tersenyum melihat gambar Imanina memakai tudung bewarna biru lembut sambil mengembungkan pipinya.Sangat cantik.Sama seperti arwah Lyana.

Tengku Haikal membuka diari Imanina dan ketika di muka surat tengah.Terasa seperti ada benda keras.Tengku Haikal menyelak muka surat tersebut dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat gambarnya tertampal di situ terdapat juga tertulis di situ

Ya Allah
Kali pertama aku memandang wajah Tengku Haikal
Dapat ku rasakan sesuatu perasaan yang sebelum ini tidak pernah ku rasa
Dia merupakan lelaki yang telah lama ku cari
Nina Loves Tengku Haikal

-Imanina Sofiya

Love me forever?will you?
-Tengku Haikal

Tengku Haikal meletakkan semula diari Imanina di tempat asalnya.Dia berasa lega dapat meluahkan perasaannya kepada Imanina.Jujur dia katakan,dia masih lagi mencintai arwah isterinya,Lyana.Namun,pasti sahaja Lyana tidak mahu melihat dia bersedih begini.Tengku Haikal sedar yang dia sudah jauh terpesong dari jalan Allah kerana tidak meredhai ketentuan Allah

Dia bersyukur.Allah mengambil Lyana dan memberikannya Imanina yang tiada cacat celanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience