Bahagian 13

Action Series 1845

Raja Asam Kelubi masih berdiam diri. Tiada sepatah pun perkataan yang terpancul dari bibirnya. Baginda memandang sekalian yang hadir itu dengan perasaan sayu.

Lalu syahbandar pun berkata,
"Ampun tuanku, kelihatan tuanku seperti orang berduka".

Raja Asam Kelubi pun bertitah,"Beta seperti dapat merasakan malapetaka besar akan menimpa Kota Sekangkang Kera".

"Gerangan apa yang membuatkan tuanku bertitah sedemikian?".

Baginda pun bertitah,"Beberapa hari yang lalu ketika beta sedang berehat di bilik peraduan.Tiba tiba dari celahan lukisan keluarlah seekor cicak. Adapun cicak itu hitam warnanya. Sepanjang hayat, ini lah pertama kali beta melihat cicak yang warnanya sedemikian rupa. lalu cicak itupun merayap rayap di dinding istana. Maka tiba tiba datang pula seekor burung helang yang masuk dari jendela yang terbuka luas lalu menyambar cicak itu. Maka terputus lah ekor cicak itu lalu jatuh ke lantai.

Terkejut beta melihat kejadian itu hingga beberapa hari tiadalah beta berselera untuk santap".

Kemudian Syahbandar pun mengemukakan pendapatnya."Alangkah baiknya hal seumpama ini kita lanjutkan kepada yang lebih arif".

Lalu Syahbandar menunding jari ke arah Menteri Adat Resam yang duduk dibarisan paling hujung.

Menteri Adat Resam pun berdiri lalu mengatur langkah dan duduk menghadap Raja Asam Kelubi. Tanpa sepatah kata, menteri itu pun menyelongkar beg yang diletak diatas riba.

Lalu dikeluarkan sebuah kitab. Jelas kelihatan kitab itu sudah terlalu lusuh dan tulisan pada kulit kitab itu telah pudar.

Lalu baginda pun bertitah,
"Kitab apakah itu wahai memanda menteri?".

"Ampun tuanku, bukankah kitab ini diberikan oleh tuanku kepada hamba beberapa tahun yang lalu. Barangkali tuanku sudah lupa".

"Mengapa kitab itu menjadi buruk sedemikian rupa".

"Adapun pada suatu malam ketika patik dalam perjalanan pulang ke rumah setelah habis bertugas di istana. Dihadapan patik berjalanlah seorang gadis bersama ibunya. Tiba di satu simpang muncul sekumpulan lelaki dari rimbunan semak dalam keadaan mabuk mengerumuni gadis itu. Tanpa belas kasihan, si ibu tadi telah ditolak lalu kepalanya terhentak di batu lalu pengsan. Patik pun segera mengalihkan si ibu tadi ke tepi jalan kerana bimbang dilanggar kereta kuda.

Demi menyelamatkan kesucian gadis itu. Patik memberanikan diri berdiri di hadapan mereka. Melihatkan mereka semakin hampir lalu patik pun mengatur kekuda dan menarik nafas panjang. Menyedari kudrat patik tidak segagah mereka lalu patik pun menjerit sekuat hati meminta tolong. Mungkin  kerana marah dengan tindakan patik itu. Mereka pun cuba mengejar dan menangkap patik.Memang benarlah kata orang. Sarang tebuan jangan dijolok. Nasib menyebelahi patik kerana terdapat sebarang anak sungai disitu. Patik pun terjun ke dalam sungai. Semalaman patik berendam di dalam air.

Setelah keadaan menjadi selamat. Barulah patik berani naik ke darat. Patik dapati kitab ini sudah basah dan lunyai. Setelah itu patik jemurkan dibawah sinaran matahari. Nasib baiklah tulisan di dalam kitab ini masih boleh dibaca.

"Bagaimana keadaan gadis itu dan ibunya?". Titah raja Asam Kelubi.

"Tiadalah patik tahu keadaan mereka. Setelah naik ke darat. Patik terus pulang ke rumah".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience