Bahagian 8

Action Series 1845

"Ketika patik hampir berjaya menewaskan Si Janggut Merah. Datanglah Raja Sang Kerakura dari arah belakang. Lalu menghayunkan pedangnya itu ke leher patik. Mujur patik sempat menahan libasan itu. Lalu pedang patik pun patah dua. Jika tidak, pasti leher patik berpisah dari badan.

Adapun sukar untuk patik membunuh Raja Sang Kerakura kerana tubuhnya dilindungi baju besi.  Kemarahan raja Sang Kerakura tiada dapat dibendung. Belum pun sempat patik mengatur langkah. Raja Sang Kerakura pun melibaskan pedang ke serata menyebabkan langkah patik menjadi sumbang. Patik pun tertiarap diatas pasir.

Ketika raja Sang Kerakura melompat ke arah patik. Tanpa bertangguh lagi, patik pun segera mengambil segenggam  pasir lalu patik taburkan pasir itu ke matanya. Ketika raja Sang Kerakura mencari air untuk membersihkan matanya. Kesempatan ini patik gunakan untuk merampas kuda yang diikat pada tiang di pintu gerbang.

Lalu patik menunggang kuda sejauh mungkin agar tiada dapat dikejar musuh. Kecederaan ini menyebabkan patik pengsan di atas kuda.

Patik bernasib baik kerana kuda ini tahu jalan menuju ke kota Sekangkang Kera. Jika tidak, entah ke mana patik ini dibawanya. Ampun tuanku, itu sahaja yang dapat patik cerita kan". Setelah habis berkata, Panglima Bentara Setia pun rebah ke lantai dan menghembuskan nafas terakhir.

Raja Asam Kelubi pun berasa dukacita. Lalu baginda pun memerintahkan bendahari untuk memberi ganjaran dua ratus tahil emas kepada waris panglima Bentara Setia manakala jasadnya disemadikan di makam pahlawan.  

******************

Didalam bilik rahsia,kelihatan seorang lelaki bergelar laksamana. Matanya liar Imemandang para. Segala kitab, manuskrip dan fail fail kerajaan  tersusun cantik dan sekata. Namun itu semua tiada lah memberi makna.Sudah dua malam laksamana berjaga. Tiada lah jendera walau seketika.

Perintah raja harus disempurna. Biarpun tergadai jiwa dan raga. Laksamana tidak boleh berputus asa kerana kejayaan tidakkan tercapai jika berhenti mencuba.

Setelah berdiri beberapa lama. Laksamana pun duduk di meja. Maka diambilnya salah satu fail yang bertimbun itu lalu helaian demi helaian dibuka. Jelas terpancar di wajahnya perasaan hampa dan kecewa. Maklumat yang diperlukan masih belum dijumpa.

Laksamana menjadi binggung seketika. Tugasan ini harus diselesaikan sebelum matahari hilang teriknya.
"Begini lah jadinya jika tidak mengikut pengurusan sistem kerja. Peraturan yang ada dipandang lewa. Masa yang singkat boleh menjadi lama".
Lalu laksamana mengambil sebuah fail putih kulitnya. Dilihatnya angka rujukan dan tajuk fail tidak bertanda.

Syahadan laksamana telah hilang sabar. Lalu tengkolok dan pedangnya pun diletakkan diatas meja. Dalam nada penuh keluhan.
"Sepanjang hamba bergelar laksamana. Tiadalah pernah hamba berhadapan dengan perkara serumit ini".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience