Bahagian 9

Action Series 1845

Pegawai medan tempur Nala Kurnia pun tersenyum pahit mendengar rungutan dari laksamana.  

"Benarlah apa yang laksamana katakan itu. Sudah dua hari kita tidak keluar dari tempat ini. Jika diteruskan juga, hasilnya pasti menjadi sia".

Nala Kurnia sudah tidak sabar untuk pulang kerumah.Sambil mengambil fail yang berselerakan diatas meja lalu disimpan semula ketempat asalnya .

"Sepengetahuan hamba, Sang Kupurama telah dipertanggungjawab untuk menjaga bilik rahsia. Alangkah baik jika laksamana memerintahkannya  datang untuk membantu kita".

Maka mendengar akan perkataan Nala Kurnia. Tanpa sepatah kata, laksamana pun mengeluarkan pena rupanya seperti bulu burung dan tinta dari celahan bajunya. Kemudian dirobek dua tiga helaian kertas dari fail itu.

Maka direnungnya helaian kertas itu tanpa berbuat apa .Tidak ada setitik tinta pun tertumpah pada helaian kertas itu. Laksamana pun memejamkan mata dan membayangkan dirinya duduk bersandar dikerusi sambil tersenyum melihat pena itu menari nari sendiri diatas kertas. Tatkala mata dibuka hati laksamana menjadi sayu kerana segala yang dibayangkan tidak menjadi nyata.

Arakian maka dipanggil Nala Kurnia datang duduk dekat kepadanya.

"Tok guru hamba pernah berpesan. Pena dan  kertas itu umpama dayung dan kolek. Jika tidak mahu tenggelam ke dasar air. Maka cari lah orang yang cekap untuk mengemudikannya. Berdetik dihati hamba, mungkin tuan hamba adalah orang yang tok guru hamba maksudkan itu".

Laksamana pun menyerahkan pena dan tinta kepada Nala Kurnia.
"Dayung sudah ditangan. Kolek pun telah hamba siapkan. Hendak tunggu apa lagi. Segeralah berlayar".

Nala Kurnia pun termanggu mendengar penjelasan Laksamana.

"Maksud tuan hamba?".

Laksamana pun tiada mahu berselindung lagi. Wajahnya menjadi pucat kerana rahsianya telah terbongkar.

"Karangkan sepucuk surat kepada Sang Kupurama".

Nala Kurnia pun mengangguk dan mengerti akan kehendak laksamana. Lalu mencoretkan sesuatu diatas kertas putih itu.

Hatta setelah selesai pekerjaan itu. Maka dibacakan kandungan surat itu. Laksamana pun berasa senang hati mendengarnya. Lalu Nala Kurnia menghulur surat itu kepada laksamana. Adapun kertas itu dilipat lipat menjadi lipatan kecil lalu diserahkan semula kepada Nala Kurnia.

"Jikalau benar apa yang tuan hamba sebutkan serupa seperti dalam surat itu. Segeralah utus kepada pengawal yang menjaga pintu bilik rahsia".

"Perintah laksamana hamba turuti".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience