Bahagian 15

Action Series 1845

Baginda pun berdiri lalu berjalan mengelilingi laksamana yang tunduk memandang lantai.

Tatkala ini baginda mendengus perlahan. Berkerut dahinya cuba untuk mengingati kisah yang telah lama berlalu itu.

"Kisah terjadi dua puluh tahun yang lalu. Ketika itu Kerajaan Kawah Berapi mengadakan majlis keramaian. Lalu beta pun hadir sebagai tetamu jemputan. Memandangkan beta telah kelewatan. Beta dapati tiadalah kerusi yang kosong. Semuanya sudah dipenuhi. Kelihatan seorang lelaki melambai-lambai mengajak beta duduk bersebelahan. Sebagai tanda perkenalan lalu kami pun bersalam salaman.

Beta kagum melihat rambutnya lain dari orang kebanyakan. Merah warnanya bukan kehitaman. Setelah itu beta pun bangun untuk mengambil juadah yang dihidangkan. Tatkala beta ingin kembali ke meja makan. Kaki beta tersandung pada akar kayu. Mangkuk yang berisi sup ekor lembu panas itu pun tertumpah diatas kepala lelaki itu.

Lelaki itu pun menjerit kepanasan. Baju yang dipakainya habis kebasahan. Tiada beberapa lama kemudian lelaki itu pun pengsan. Beta pun memikul lelaki itu segera kebilik perubatan. Setelah itu para petugas pun membukakan pakaian. Beta lihat tubuh lelaki itu melecur separuh badan. Rambutnya yang merah itu pun segera dicukurkan agar mudah diberikan rawatan.

Selesai pegawai perubatan membalut kepala lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu bangun dari pembaringan . Biarpun dilarang pengawai perubatan namun tiadalah diendahkan. Tatkala ini kelihatan lelaki itu menangis tersedu sedan. Lalu dikutip rambutnya diatas lantai. Setelah sudah rambut itu dikumpulkan. Maka diletakkan di atas kain dan dibungkuskan. Melihatkan lelaki itu ingin meninggalkan bilik rawatan. Demi menebus segala kesilapan. Beta pun cuba menghulurkan bekalan ubat-ubatan. Tetapi ditolak lelaki itu lalu ubatan itu pun jatuh bertaburan.

Lelaki itu memandang beta dengan penuh ketajaman lalu berkata,"ubat sapu itu hanya mampu menghilangkan parut dikepala tapi hati terluka apa obatnya?".

Baginda terus menyambung titah,"Belum pun sempat beta menjawab. Lelaki itu pun menghilangkan diri di tengah kepekatan malam. Sehingga ke hari ini tiadalah beta mendapat khabar akan lelaki itu".

Syahadan raja Asam Kelubi pun duduk semula di singgahsana. Kemudian laksamana meluahkan pendapatnya."Ampun tuanku, pada fikiran patik kedua-dua manusia itu pasti berasal dari salasiah yang sama. Mungkin salasiah lelaki berambut merah itu masih menyimpan dendam terhadap tuanku. Barangkali sebab itulah Si Janggut Merah telah bersekongkol dengan Raja Sang Kerakura untuk merampas kota ini".

"Harus apa yang perlu beta lakukan?",soal Raja Asam Kelubi.

Laksamana hanya termenung. Kepalanya ligat berfikir menyusun jawapan untuk menyedapkan hati baginda. Maka setelah lama berkeadaan begitu.

Laksamana pun berkata,"Biar Putih tulang jangan putih mata. Sebelum tuanku hilang takhta dan patik pula hilang pekerjaan. Alangkah baik jika kita memerangi mereka terlebih dahulu".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience