Bahagian 7

Action Series 1845

Lalu panglima Bentara Setia pun berkata."Terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan punah rancangan. Patik hanya berdiam diri dan tiada mampu berbuat apa kerana bilangan musuh terlalu ramai.

Pandangan patik tertumpu pada sosok manusia yang memakai jubah bersulam emas. Tubuhnya tinggi lampai, bahunya lebar dan berdada bidang. rambutnya kerinting mencecah bahu dan raut wajahnya bengis. Jika bertembung harimau didalam hutan sekalipun. Pasti harimau itu akan lari tercirit kerana gerun melihat raut wajahnya.

Kemudian sosok manusia ini pun melangkah penuh gagah menghampiri pengikut patik. Dalam nada penuh kemarahan. Sosok manusia itu pun bersuara.

"Siapa kalian dan gerangan apa hingga sanggup mencemar kota beta".

Sangkaan patik memang tepat. Sosok manusia tadi adalah pemerintah kerajaan Tulang Tenggiri. Melihatkan pengikut patik masih diam membisu.

Maka raja Sang Kerakura menjadi murka lalu memerintahkan pengawal mengambil batu asah dari gedung besi. Setelah batu asah berada ditangan. Raja Sang Kerakura pun mengeluarkan pedang dari pinggangnya. Lalu diasah pedang itu dihadapan pengikut patik.

Raja Sang Kerakura pun bertitah.
"Beta akan mengira dari satu hingga sepuluh. Jika beta masih belum mendapat jawapan maka kalian akan beta pancung".

Tatkala raja Sang Kerakura membuat kiraan. Terdengarlah suara jeritan dari pengikut patik.

"Biar pecah di perut jangan pecah di mulut!".

Kelihatan raja Sang Kerakura seperti tidak mempedulikan laungan tersebut dan terus mengira hingga tamat. Patik berasa kagum dan terharu  dengan keberanian yang dimiliki oleh pengikut patik walaupun nyawa mereka ibarat telur dihujung tanduk. Ketabahan dan semangat yang ditunjukkan pengikut patik menyebabkan darah satria yang mengalir dalam tubuh patik bergelodak.

Kesabaran patik sudah tidak dapat dibendung lagi. Lalu patik pun mengambil jamung yang digantung pada tiang istana. Lalu jamung itu patik lempar ke langsir istana. Maka asap pun keluar berkepul dari pintu istana. Keadaan menjadi kelam kabut.

Patik mengambil kesempatan ini untuk berlari keluar dan menuju ke arah pengikut patik. Setelah semua ikatan itu dibuka. Patik dan segala pengikut pun cuba melarikan diri. Tindakan ini disedari oleh pihak musuh.  

Tiba-tiba Raja Sang Kerakura dan Si Janggut merah berdiri berpeluk tubuh dipintu gerbang kota. Dipendekkan cerita, berlaku lah pertarungan yang sengit. Patik pun bertarung dengan raja Sang Kerakura. Manakala pengikut patik berhadapan Si Janggut Merah.

Sepanjang hidup, belum pernah patik bertemu dengan pahlawan sehebat itu. Setelah pertarungan tercetus beberapa lamanya.  Semua pengikut patik telah tewas ditangan Si Janggut Merah. Patik pula cedera parah kerana terpaksa berhadapan dengan mereka berdua".

"Bagaimana pedang mu itu boleh patah dua". Raja Asam kelubi pun bertitah penuh kehairanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience