Bahagian 4

Action Series 1845

Hatta pada suatu petang tatkala raja Asam Kelubi duduk di balai istana. Baginda berbicara dengan sekalian pembesar dan menteri kerajaan untuk mencari penyelesaian  menampung permintaan ubi keledek yang  semakin meningkat.

Menteri pertanian pun berdiri memberi hormat kepada raja lalu berkata dalam nada penuh keluhan.

"Ampun tuanku, sepurnama lalu sekumpulan babi hutan telah menyerang beberapa buah kampung dan ladang milik kerajaan. Patik telah turun padang dan mendapati banyak tanaman yang binasa. Rakyat jelata tiadalah berani bercucuk tanam kerana khuatir disondol haiwan itu. Bermacam helah telah patik gunakan untuk menangkapnya tetapi tiada hasil".

Maka sekalian pembesar dan menteri kerajaan berkerut dahi mendengarkan penjelasan itu. Setelah  beberapa lama mereka berfikir. Putera mahkota pun seraya berkata.

"Kota Sekangkang Kera mempunyai ramai tukang besi yang hebat. Kerahkan saja mereka untuk membina pagar yang kuat agar tidak diceroboh oleh haiwan itu".

Raja Asam kelubi pun sangat sukacita dan baginda memuji kecerdikan putera mahkota.
"Baik lah, beta berharap perkara ini dapat disempurnakan dengan segera mungkin".

"Patik sedia menjunjung perintah tuanku". Lalu menteri pertanian pun meninggalkan balai istana.

Setelah itu, terdengarlah riuh rendah di luar perkarangan istana. Kelihatan menteri pertanian kembali melangkah masuk sambil memapah panglima Bentara Setia yang cedera. Lalu panglima ini dibaringkan di atas lantai istana.

"Ampun tuanku, adapun ketika patik ingin melangkah keluar dari pintu istana. Tiba tiba berlari lah seekor kuda dalam keadaan laju menuju ke arah patik. Tatkala ini patik melihat panglima  bentara setia terhuyung hayang di atas pelana. Darah mengalir penuh dimuka,  bajunya carik, bercalar didada serta pedang ditangan terpatah dua".

Menteri pertanian menghentikan ceritanya lalu mengeluarkan sapu tangan dari celahan bajunya untuk mengesat peluh di dahi.

Menteri pertanian menyambung cerita."tanpa memikirkan keselamatan diri. Patik pun segera memaut leher kuda itu. Menggunakan ilmu pukau yang patik miliki. Lalu kuda itu pun rebah dan panglima pula tersungkur di atas tanah. Setakat itu lah yang dapat patik ceritakan. Selebihnya tuanku sendiri perlu bertanya kepada panglima Bentara Setia".

Maka dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Panglima Bentara Setia pun berusaha untuk berdiri. Namun baginda melarang perbuatannya itu.
"Panglima tidak perlu berdiri untuk memberi hormat kepada beta. Duduk saja di atas lantai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience