Bahagian 10

Action Series 1845

Adapun bilik rahsia itu letaknya dibawah tanah. Dari segi rekabentuknya tiadalah siapa dapat menduga bahawa sebuah bangsal menjadi laluan utama untuk sampai ke bilik rahsia ini.

Adapun dua tiga ekor kuda disimpan disitu. Tiadalah lain pekerjaan kuda itu melainkan diberi makan, minum dan tidur sahaja.  Jika diselak longgokan rumput itu terdapat sebuah pintu kecil. Setelah pintu diangkat, seseorang itu perlu menuruni  seratus anak tangga dan melalui sebuah terowong  tiga ratus kaki panjangnya.

Terdapat juga satu lubang kecil dibuat diatas tanah untuk membolehkan cahaya dan angin masuk. Sekiranya terjadi ancaman dari dalam atau luar kota. Maka terdapat sebuah lagi pintu didalam bilik rahsia yang menjadi laluan untuk membawa keluar segala manuskrip dan rahsia kerajaan agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh.

Syahadan laksamana berasa susah hati tatkala melihat cahaya yang masuk dari celahan lubang itu semakin kurang cerahnya. Laksamana kini kesuntukan masa dan mengharapkan keajaiban akan berlaku.

Sang Kupurama yang ditunggu masih belum tiba. Laksamana berjalan mundar mandir sambil berfikir untuk menyelesaikan masalah itu. Matanya menjeling kearah pintu dan mengharapkan tombol pintu itu dipulas.

Laksamana tidak senang duduk lalu mundar mandir lagi dan akhirnya berdiri dihadapan Nala Kurnia.

"Benarkah surat itu telah tuan hamba serahkan kepada pengawal?".

"Memang benar laksamana".

Nala Kurnia tiada dapat bertahan lagi lalu menguap tanpa menghiraukan laksamana yang berdiri dihadapannya. 

"Penantian itu sesuatu yang menyeksakan!". Laksamana mengeluh sendiri.

"Sedari tadi hamba melihat pedang tuan hamba sentiasa bersinar-sinar dan buatannya sungguh halus sekali. Dari mana tuan hamba memperolehinya?".

Nala Kurnia berasa ada satu semangat pada pedang itu yang cuba berhubung dengan dirinya.

"Kira-kira hampir sedekad lalu ketika hamba bertapa di gunung chempedak. Tiba tiba datanglah jembalang. Giginya panjang ekor dibelakang. Jembalang itu menangis dan menagih simpati. Agar diberi seteguk air dan sesuap nasi.

Hamba tidak boleh melanggar pantang. Biar apa ujian mendatang. Harus dihadapi penuh sabar dan tenang. Dengan rasa berat di hati. Segala permintaan jembalang itu hamba penuhi.

Malam itu mata hamba sukar dilelapkan kerana perut hamba merayu rayu minta diisikan. Tetapi hamba terpaksa bertahan kerana segala bekalan telah habis diberikan.

Setiap perbuatan baik pasti mendapat ganjaran. Tanpa hamba duga, dengan takdir tuhan. Jembalang itupun datang semula. Pakaiannya persis seorang penguasa. Hamba pun diminta membuat keputusan memilih selonggok emas berlian atau sepinggan nasi putih berlauk ikan".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience