Bahagian 11

Action Series 1845

"Mungkin jembalang itu ingin menguji laksamana", soal Nala Kurnia.

"Benar kata tuan hamba".

Laksamana menjeling lagi ke arah pintu. Keadaan pintu itu masih seperti tadi tertutup rapat.

"Ketika itu sukar untuk hamba membuat pilihan. Kedua-duanya amat penting dalam kehidupan.  Memandangkan diri hamba sedang kelaparan. Lalu hamba pun memilih nasi putih berlauk ikan.

Dan hamba pun membuat satu lagi permintaan. Agar diberi petai dan sambal belacan. Pembuka selera ketika makan. Jembalang itu tanpa bertanya soalan. Permintaan hamba itupun segera ditunaikan.

Setelah makan hamba pun terduduk kekeyangan. Melihat diri hamba tidak mementingkan kekayaan. Jembalang itu menyimpan semula emas dan berlian. Lalu sebilah pedang pun dihulurkan. Jembalang itu berpesan setiap kali mengambang penuh bulan diawan. Hamba perlu mengasap pedang itu diatas kemenyan".

Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri mereka. Nala Kurnia yang asyik mendengar laksamana bercerita  terkejut kerana tidak sedar masa bila pintu itu dibuka.

Kelihatan yang datang itu hanya lah pengawal yang menjaga pintu masuk bilik rahsia tadi.
Nala Kurnia pun segera bertanya.

"Bagaimana khabar surat itu. Sudah diserah kepada Sang Kupurama atau belum?".

"Sebentar tadi hamba telah membawa surat itu ke rumah Sang Kupurama. Namun hanya isteri dan dua anak kecilnya berada dirumah. Hamba pun bertanya kepada isterinya dan hamba diberitahu bahawa sudah empat hari Sang Kupurama berangkat ke menara gading".

Laksamana terkejut mendengar akan berita itu. Hatinya menjadi bertambah sayu.

"Apakah itu menara gading?"

"Gading gajahkah?.

Pengawal itu pun cuba menjelaskan kepada laksamana.

"Adapun menara gading itu tempat orang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi".

Laksamana masih tidak berpuas hati dan terus bertanya.

"Jauhkah menara gading dari sini".

"Tiadalah hamba tahu jauh atau dekat tempat itu. Hamba sendiri pun tiada pernah sampai kesana. Tapi hamba pernah mendengar cerita dari jiran hamba. Anaknya telah pergi kesana namun hingga saat ini masih belum pulang. Pada fikiran hamba mungkin tempatnya terlalu jauh".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience