Bahagian 6

Action Series 1845

"Begini tuanku, setelah mereka pulang ke rumah. Patik pun mengarahkan pengikut patik menggantikan tugas pengawal itu.

Ibarat rumah dimasuki pencuri, patik pun masuk kedalam istana seorang diri dengan langkah berhati-hati. Tiba tiba patik terdengar bunyi manusia sedang ketawa. Bimbang kehadiran patik disedari. Patik pun berhenti melangkah dan merebahkan diri ke lantai. Lalu patik merangkak perlahan-lahan dan bersembunyi disebalik gerobok kayu.

Dalam samar samar cahaya jamung. Patik pun mengintai dari gerobok kayu itu dan terpandang kelibat manusia sedang berbicara duduk  semeja. Tiada lah dapat hamba melihat wajah mereka. Tapi pada sangkaan hamba pasti mereka itulah Sang Kerakura dan Si Janggut Merah.

Lalu patik terdengar salah seorang dari mereka berkata."sungguh sedap kuih ini, siapakah yang membuatnya?".

Lalu pertanyaan itu pun dibalas segera."Siapa lagi jika bukan hamba".

"Bagus, setelah Kota Sekangkang Kera berjaya kita takluk. Boleh lah kita berkongsi modal membuka perniagaan disana. Sudah tentu untungnya berlipat ganda".

Lalu jawab yang seorang lagi."Itu sudah tentu, hamba setuju". Kemudian mereka berdua pun ketawa.

Panglima bentara setia terus menyambung cerita.
"Berpegang pada pepatah orang dulu-dulu. Ikut hati mati ikut rasa badan binasa. Maka patik pun bersabar.

Tiba-tiba patik terdengar bunyi kentung yang pada mulanya perlahan tetapi lama kelamaan menjadi semakin kuat diluar istana. Lalu Sang Kerakura dan Si Janggut Merah bergegas keluar. Kesempatan ini patik gunakan untuk bersembunyi dibelakang pintu istana.

Tatkala  itu, tentera musuh sedang berkeliling diluar perkarangan istana. kelihatan pengikut patik telah kena ikat ditangan.

Lalu salah seorang dari pengawal itu pun berkata.
"Ketika hamba melintas depan istana untuk pergi membuang hajat. Hamba terlihat sekumpulan pengawal dalam keadaan mencurigakan. Lalu hamba hampiri dan mendapati mereka sedang berjudi sambil menghisap rokok.

Sepengetahuan hamba, kawasan sekitar istana adalah tempat larangan merokok. Dan lagi satu, adalah menjadi kesalahan bermain judi semasa bertugas. Lalu hamba pun menyuruh mereka ke balai pengawal. Setelah diselidiki mereka bukanlah berasal dari kota ini".

Raja Asam Kelubi pun bertitah.

"Baru lah beta mengerti maksud yang panglima cuba sampaikan. Lanjutkan ceritamu itu. Beta ingin tahu bagaimana kesudahannya".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience