Bahagian 1

Action Series 1845

Syahadan maka bermula lah sebuah ceritera. Kisahnya berlaku ratusan tahun dahulu lamanya. Maka adalah sebuah kerajaan bernama Mega Alam Raya.Takluk jajahannya luas saujana mata. Namun kuasa tuhan mengatasi segala galanya. Kerajaan yang dahulu penuh dengan kemasyurannya. Kini telah hilang dari peta dunia.

Maka sesudah Raja Ulam Pegaga menikmati kari kepala ikan. Maka dipanggil lah pengawai yang menjaga pintu ruang makan istana.

Pengawai ini tampaknya kelihatan garang sekali. Kumisnya tebal berjambang dipipi.Lengannya berotot perut berisi. Keris dipinggang tersisip rapi. Sebagai lambang pahlawan sejati.

Pengawai ini bukanlah jaguh sembarangan. Dipilih dari kalangan jaguh tempatan. Gerangan berani majulah ke hadapan. Baru lah tahu betina ataupun jantan.

Pengawal ini dahulunya merupakan panglima di medan peperangan. Adapun pasukan yang sering dipimpinnya mengalami kekalahan. Banyaklah askar yang cedera dan terkorban. Maka untuk menggelakkan keadaan ini terus berlanjutan. Raja Ulam Pegaga pun segera memerintahkan panglima diturunkan jawatan menjadi ketua pengawal di ruang makan.

Raja Ulam Pegaga pun bertitah.

" Perintahkan segera Bendahara menghadap beta di anjung Istana sebelum sore menjelang tiba".

Lalu pengawal itu pun berkata.

"Ampun tuanku. Sembah hamba harap di ampun. Sepengetahuan hamba, tiada lah bendahara ketika ini di istana Kerana masih bercuti".

Tatkala mendengar perkataan pengawai itu, Maka baginda pun naik murka. Matanya menatap tajam ke wajah pengawai itu.

"Perkara ini tiada lah beta ambil peduli. Sampaikan perintah beta ini segera. Andai Bendahara tiada datang.Maka tuan hamba akan beta jatuh hukum seberat batu dilontar ke dalam kali".

Lalu tanpa menunda-nunda lagi. Pengawai itu meminta limpah untuk pergi.

Maka setelah membasuh kari dijari lalu Raja Ulam Pegaga pun berangkat ke anjung istana.

Sementara menanti bendahara tiba maka baginda pun berdiri di jendela istana. Raja Ulam Pegaga berasa bangga melihat kemasyuran dan kemakmuran yang dimiliki oleh Kerajaan Mega Alam Raya.

Syahadan adapun kedudukan istana yang terletak di atas bukit serta dikelilingi oleh hutan rimba yang tebal dan menghijau serta taman taman bunga yang berwarna warni sehingga mengeluarkan bau yang sangat harum tatkala di tiup angin. Lalu wangian dari bunga ini menerobos masuk ke lubang hidung menyebabkan hati baginda menjadi tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience