Bahagian 3

Action Series 1845

Sebermula, setelah genap umurnya dua puluh satu tahun maka Raja Asam Kelubi yang merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Sekangkang Kera telah menabalkan anakndanya  Asam Gelugor menjadi putera mahkota.

Upacara pertabalan ini telah diadakan gilang gemilang dalam suasana penuh tradisi dan adat resam. Sekalian pembesar, menteri,pegawai kerajaan serta sekalian rakyat jelata telah berkampung di dalam kota. Adapun upacara ini berlangsung tujuh hari tujuh malam. Maka segala rakyat jelata dalam kesukaan, tiada lah khuatir kerana makanan berlimpah ruah.

Arakian, maka adalah upacara itu telah disempurna. Segala sekalian yang datang itu telah keluar kota. Maka tinggal lah Raja Asam Kelubi berdiri sendirian di taman istana. Kelihatan mahkota nya senget di atas kepala. Wajahnya murung tanda berduka. Maka putera mahkota tiada lah sampai hati. Melihatkan ayahndanya  berkeadaan begini.

Maka putera mahkota pun segera menghampiri raja Asam Kelubi. Tatkala mata bertentang mata. Lidah menjadi kelu untuk berkata. Namun putera mahkota terpaksalah berkata. Mengapa ayahandanya menjadi sedemikian rupa.

"Tiada kah  ayahanda merasa girang  melihat anaknda bergelar putera mahkota".

Raja Asam kelubi hanya diam membisu dan memandang anakndanya dengan penuh kasih sayang.
Tiba tiba putera mahkota menampar pipi raja Asam Kelubi. Tiada lah terlalu kuat tamparan itu.

"Ampunkan anakanda,bukanlah niat anaknda untuk bersikap biadap terhadap ayahnda. Tetapi anaknda hanya menampar nyamuk yang cuba menghisap darah keturunan kita. Andai perbuatan anaknda tadi menjadi kesalahan. Maka anakanda rela dijatuhkan hukum".

Maka demi membuktikan kebenaran lalu putera mahkota menunjukkan nyamuk yang masih berdarah di telapak tangan.

Raja Asam Kelubi tiada lah murka lalu baginda pun memeluk erat anakanda itu. Maka Asam Gelugor menjadi hairan melihat kelakuan ayahandanya itu. Lain dari kebiasaan kerana sebelum ini tiada lah dirinya diperlakukan sedemikian.

Maka setelah raja Asam Kelubi berasa puas memeluk anakndanya itu  lalu baginda pun  mengajak anakanda itu masuk kedalam istana.

"Segala puji bagi tuhan, pemilik langit dan bumi kerana hajat ayahanda untuk melihat anaknda  menjadi putera mahkota telah tertunai. Jika suatu hari nanti ditakdirkan ayahanda mangkat. Dapatlah ayahanda pergi dengan tenang kerana kerajaan ini pasti akan menjadi milik mu".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience