Bahagian 12

Action Series 1845

Mendengar akan perkataan dari pengawal itu. Laksamana pun terduduk dikerusi dan berdiam seribu bahasa. Tiba-tiba kepalanya menjadi pening serta pandangannya pun menjadi gelap.

Tatkala beberapa lama laksamana membuka mata. Nala Kurnia kelihatan tersenyum sambil menyepit fail itu dengan jari telunjuk dan ibu jari lalu mengoyang-goyangkan fail itu.

"Bagaimana tuan hamba mendapatkan fail itu?".

"Sebenarnya pengawal tadi yang membantu kita menemukan fail ini. Sepanjang berada dibilik rahsia ini. Kita telah membuat kesilapan besar"

Laksamana mengusap rambutnya berulangkali sambil mengingati kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan selama dua hari itu.

"Keadaan rumit ini jika difikirkan pasti akan menjadi kusut. Segera lah tuan hamba perjelaskan".

"Malu bertanya sesat jalan. Maka bila sudah tersesat jalan terpaksalah hamba menepis rasa malu untuk bertanya. Mengertilah hamba mengapa kebanyakkan fail tiada bertanda. Perkara ini adalah kerana jika musuh berjaya menyelinap masuk kedalam bilik ini untuk mengambil fail kerajaan pasti mengambil masa yang lama. Keadaan ini mampu menyebabkan musuh menjadi jemu dan berputus asa.

Seperkara lagi, kita terlalu menilai seseorang itu dengan memandang sebelah mata. Walaupun pengawal tadi hanya menjaga pintu masuk bilik rahsia tapi segala khazanah yang ada dibilik ini didalam pengetahuannya. Barulah hamba tahu, fail itu berada dibarisan paling bawah sebelah kanan.

Andainya kita tiada membuat kesalahan sudah tentu ketika ini hamba sedang bersenang dirumah bersama isteri hamba sambil memberi burung hamba makan. Kasihan burung hamba sudah dua hari tiada diberi makan.

Setelah habis bercerita, Nala Kurnia pun menyerahkan fail itu. Ibarat pengantin baru dimalam pertama. Laksamana pun tanpa rasa sabar terus mengambil fail itu lalu membelek helaian demi helaian. Jelas kegembiraan terpancar diwajah laksamana.

"Jika berdiri, tuan hamba boleh pulang kerumah. Bersihkan diri dan selepas itu datang semula ke dewan mesyuarat segera mungkin".

******************

Sebermula maka pada hari itu berkumpul lagi segala pembesar istana, menteri dan kepala desa duduk bersama didalam dewan mesyuarat.

Dari kejauhan sayup kedengaran bunyi gendang dicanang menandakan keberangkatan tiba raja Asam Kelubi digerbang dewan. Kelihatan beberapa hulubalang berbaris panjang dengan bersenjatakan lembing dan tombak.

Sekalian yang hadir itu pun berdiri. Bahu dirapat tanda muafakat. Tanpa mengira pangkat dan darjat. Biarpun gigi kuning berkarat. Sembah diberi tandanya hormat.

Baginda pun melangkah masuk lalu duduk di singgahsana.Setelah itu sekalian yang hadir pun duduk seperti mana duduknya raja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience