Bahagian 5

Action Series 1845

Maka Raja Asam Kelubi pun berdiri dari tempat duduknya lalu menghampiri panglima Bentara Setia dan mengusap bahunya. Lalu baginda pun duduk sepertimana duduknya panglima itu.

Tatkala ini jelas terlihat panglima seperti menahan kesakitan.

"Ampun tuanku, mohon berikan patik air segelas dua kerana patik terlalu dahaga".

Raja Asam Kelubi pun memerintahkan syahbandar untuk mengambil kendi yang berisi air kopi diatas meja. Lalu kendi itupun diserahkan kepada panglima.

"Mana cawan nya", berkata lah panglima bentara setia kepada Syahbandar.

Syahbandar cuba menahan marahnya. Lalu kembali ke meja itu semula untuk mengambil cawan yang masih terlungkup. Setelah itu, syahbandar pun menghulurkan cawan itu kepada panglima Bentara Setia.
Maka habislah kendi berisi air kopi itu diminum panglima.

Arakian Raja Asam kelubi pun bertitah.
"khabarkan kepada beta, segala kejadian
ini dari permulaan hingga akhiran".

Panglima Bentara Setia pun mula bercerita.

"Adapun patik mendapat berita kononnya Raja Sang Kerakura pemerintah kerajaan Tulang Tenggiri telah bersekongkol dengan kepala penyamun Si Janggut Merah untuk menyerang kerajaan Kota Sekangkang Kera. Maka untuk memastikan kesahihan berita ini. Pada suatu malam patik bersama beberapa hulubalang telah menyamar sebagai pengawal istana. Lalu tanpa syak wasangka dari pihak musuh. Patik pun berjaya menyelinap masuk ke dalam kota tulang tenggiri".

Panglima Bentara Setia menyarungkan semula pedang yang patah itu dan mengubah duduknya lalu bersila.

Lalu panglima pun menyambung cerita.
"Setelah berada di dalam kota. Patik melihat dua orang pengawal yang menjaga pintu masuk istana sedang tidur sambil tombak masih ditangan. Pada fikiran patik mungkin pengawal itu dalam kepenatan. Peluang keemasan ini tiada lah patik persiakan. Patik pun menepuk bahu mereka berulangkali baru lah mereka sedar. Dalam keadaan masih terpinga-pinga, patik pun berlagak seperti pegawai ronda lalu memarahi mereka kerana tidur semasa bertugas. Setelah itu patik arahkan mereka pulang ke rumah.

Raja Asam Keluli pun bertitah."Jika begitu, kawalan di luar istana adalah sangat lemah. Benarkah begitu panglima?".

Panglima bentara setia menganggukkan kepala lalu berkata."Ampun tuanku, air yang tenang, usah disangka tiada buaya didalamnya".

"Wahai panglima, apakah maksudmu itu?".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience