BAB 7

Romance Series 4645

"Syikin!!" Auni berlari lalu memeluk Syikin erat beruniform pekerja kafe yang sah. Syikin membalas pelukan Auni sambil ketawa.


"Bos bos dah sampai!" seorang pekerja bahagian dapur mula bergelut. Kelihatan beberapa orang pekerja juga kecoh mencari tempat tugas hanya Auni dan Syikin yang masih blur.

"Selamat pagi, Tuan Hazim, Tuan Hakim" semua pekerja menunduk hormat serentak di hadapan Hazim dan Hakim.


"Pendatang asing 2 orang, ikut saya" Hazim terus berlalu memasuki pejabatnya.


Hakim pula masuk dan duduk di kerusinya. Oh, pejabat itu dibahagikan kepada dua. Maksudnya pejabat itu menempatkan 2 orang CEO iaitu Hazim dan Hakim.


Hakim terlalu mengantuk untuk mendengar apa yang Hazim beritahu. Matanya terlalu berat untuk celik.


"Syikin, bos awak ialah Hakim meja bertentangan saya yang tengah tidur tu.. And you, I'm your boss" Syikin mengangguk faham manakala Auni ingin membidas percakapan Hazim namun dihalang oleh Syikin.

"Please la.. Tak ada orang lain ke?" Auni mengerutkan keningnya. Tak sanggup dia jadi pekerja bawahan Mr Perfect 2.0 tu.


"Auni, awak jangan degil boleh tak?" Hazim membuka fail kerjanya.


"Dah daripada korang bertengkar baik korang buat kerja cepat. Auni, tolong tunjukkan Syikin apa yang perlu dibuat dan kawasan kafe ni" Hakim penat mendengar Hazim dan Auni bertengkar. Ganggu tidur lenanya.


Auni berdengus kecil dan menarik Syikin keluar pejabat dan memulakan sesi kenal mengenal.


Selesai segala sesi, Auni dan Syikin melakukan tugas yang diberikan.


"Auni?" Sofea memandang Auni beruniform khas atas bawah. "Tak sangka boleh terserempak dekat sini. Awak kerja sini? Dengan Hazim?" tanya Amir tersenyum pahit.


"Order?" malas nak layan makhluk ciptaan tuhan di hadapannya. "Alaa.. Jangan la marah marah" gurau Sofea.


"Look. Aku kerja bukan nak beramah mesra rancangan bersamamu.. Taknak order pintu dekat je" wajah Auni masih masam. Suaranya juga mendatar.


"Awak marahkan saya pasal break up?" soalan Amir membuatkan Sofea tersentak.


Auni menghentak meja separuh kuat. Bengang tahap gunung berapi nak muntahkan lava warna hijau.


"Aku? Marah sebab break up? Kau mimpi ke apa ni? Sorry la.. Aku tak hamak move on. Aku boleh hidup tanpa kau la.. Btw Sofea, kita tak rapat so jangan mengedik acah rapat dengan aku.. Oh, tolong jaga laki kau ni" Auni terus bla. Mood baiknya kini bertukar mood angin monsun.


Dari jelingan Auni, dia tahu wajah Amir berubah sedikit. Biar lah. Hati Auni lagi sakit tau! Humphh!!


Seorang pelayan pantas backup Auni dengan mengambil pesanan Amir dan Sofea.


"You so ugly" tersentak Auni melihat Hazim yang bersandar di dinding. "Mulut tu jaga sikit sebelum aku cili" Auni masih dalam mood angin monsun.


"Sooooo ugly when you make that annoying face" Hazim tidak mengendahkan amaran keras Auni.


"Kau ni kenapa ha?!" marah memang marah tapi suara kena kawal juga supaya tak menganggu kerja orang lain.


"Kenapa dengan saya?"


"Kenapa perlu cari gaduh dengan aku? Ramai lagi kot perempuan lain yang cantik kat sini. Tapi! Aku lagi cantik la"


"Cantik? Cik Safiyea, saya dah beli online cermin besar untuk gantung kat dinding kosong ni. Kalau boleh hari hari usya cermin dulu ya.."


"Kau nak kata aku tak cantik?!" Pen dihalakan ke leher Hazim. Acah nak cucuk pen dekat leher Hazim.


"Erk cantik cantik" risau jugak Hazim takut betul betul Auni cucuk. Bukan tak tahu perangai minah psiko. Eleh cakap je minah psiko tapi dalam hati suka juga.


"Tadi kata tak cantik" Auni berlagak comel. "Mana ada la.. Awak cantik sangat. Tapi saya rasa anak itik is better than you"


Auni mengenggam penumbuknya. Penumbuk ni kalau melayang memang baek. Lebam 1 minggu tak pun gigi patah.


"Kenapa 'cik burung belatuk' diam? Dah kalah ke?" perli Hazim.


"Know what, encik Shinchan? I f*cking hate you!" Shinchan? Bila tengok kening Hazim yang tebal membuatkan Auni teringatkan Shinchan.


"Ish tak baik benci benci.. Nanti awak suka saya baru tau.. Saya kan kacak, baik, kening tebal pulak tu"


"Haah tapi aku rasa anak ayam is better than you" ha ambik kau. What u give me, u get back.


"Dah pergi buat kerja!" merah telinga Hazim tahan malu. "Ish sikit sikit kerja.. Tak penat ke?" Auni mempertikai sambil memeluk diri.


"Auni Safiyea, kalau taknak kerja, berhenti! Tak ada siapa nak pekerja yang tak hormat majikan macam awak" Hazim sehabis tenaga menahan sabar.


"Alhamdulillah.. Kalau macam tu aku berhenti. Fikir aku tak ada duit untuk tanggung diri aku even tak kerja ke?"

{ Syikin POV }


Syikin dapat rasakan sebelah kirinya bahang amarah Hazim dan sebelah kanannya bahang letusan gunung berapi Auni.


"Better Ikin jangan masuk campur" Hakim yang baru lepas mengelap gelas berdiri di sebelah Syikin yang sedang menonton rancangan membahang antara Auni dan Hazim.


"Boleh tak panggil saya dengan nama saya?" Syikin mengerutkan keningnya. Kang ada jugak yang kena makan kasut.


"Apa? Nak I panggil U Sakinah? ke Siti?" Hakim menaikkan kening kirinya.


Pergh.. Panas beb.. Panas! "Just call me Syikin or Kin. You call me Siti or Sakinah, go and buy your own batu nisan" almaklumlah Syikin SPM bahasa Inggeris cukup cukup makan je so speaking pun agak kelaut la..


"U ni garang la" Hakim ketawa di hujung ayatnya. "Lawak ah?" Syikin membuat muka seposen.


"U kawan baik Auni kan? Boleh tak u cerita pasal dia?" Hakim memulakan menukar topik.


'Apa kehe nye dia tanya pasal Auni?' desis hati Syikin. Syikin agak terkejut apabila Hakim menariknya ke sebuah meja paling dekat dengan sudut kafe.


Mereka melabuhkan punggung di bangku dan memandang antara satu sama lain.


"U.. Eh. En Hakim nak tahu pasal apa" tersasul pula Syikin. Ye la terikut ikut panggilan yang Hakim guna.


"I nak tahu pasal dia la. Everythings about her"


"Why?"


"Kalau I bagitau, U jangan bocorkan rahsia tau. Kalau tak, U menganggur la sampai tua. Ingat sijil SPM yang cukup cukup makan senang dapat kerja ke?"


'Wah kau.. lebih ni.. Kang aku terajang mampos kat sini!' Syikin tahan sabar. Dia paling pantang orang ungkit pasal keputusan SPM dia.


"Hm.. Janji tapi En Hakim kena janji jangan ungkit pasal keputusan SPM saya"


"Haih.. Yela yela.. I ngan mummy I cadang nak satukan Auni dengan abang I sebab U tengok la tu" Hakim menjuihkan mulutnya ke arah Auni dan Hazim yang masih bertengkar.

"So? Apa kena mengena dengan I.. Eh Saya?!" Sakit pulak hati Syikin ber 'I,U' ni..


"U je yang I tahu paling banyak maklumat tentang diri Auni. Please.. Abang I tu dahla tua, awek pun takde" sambil merayu, sambil mengutuk.


"Bagitau kenapa En Hakim nak jodohkan kekasih saya dengan En Hazim?" Syikin main tarik tali dengan Hakim.


"Aish.. Banyak songeh la U ni! Kan I cakap abang I tu dah tua, awek pun takde. Lagipun I rasa abang I suka dekat Auni"


"Ee.. Marah lak En Hakim ni.. Saya tanya je" Syikin mencebik geram.


"Nama diberikan ialah Auni Safiyea oleh mummynya, Datin Suzzie. Tarikh lahirnya pada 25 November dan lahir jam 6.58 petang. Orangnya baik, penyayang dan sopan sebelum peristiwa hitam berlaku dalam hidupnya sewaktu dia berusia 14 tahun.


Selepas peristiwa hitam tu, dirinya 100% berubah. Bukan nak burukkan kawan sendiri tapi sikapnya mula angkuh, sombong, pentingkan duit dan tak hiraukan orang dalam kesusahan.


Dia ada 2 orang abang. Abang sulung bernama Aiman Shafiq dan abang kedua bernama Adam Syafiq. Auni sayang sangat dengan abang abangnya tapi tak tunjuk. Oh, dia juga kalau sayang, dia takkan tunjuk jadi susah nak tahu dia sayang seseorang tu.


Makanan kegemarannya semestinya western food like Chicken Chop, and lain lain.. Tapi 1 makanan paling dia suka ialah Puding Karamel. Kalau dapat makan, better jangan minta sikit. Tak dapat makan puding, dapat makan kasut je.


Dia ni cepat marah, cepat merajuk, cepat makan, cepat siap bersolek tapi satu je yang dia lambat.. Lambat jatuh hati so.. tu jela yang saya boleh bagitau En Hakim"


Hakim yang mendengar hujah panjang Syikin mendiamkan diri.


"Apa maksud U peristiwa hitam?" tanya Hakim.


"Itu I.. Hish! Saya tak boleh bagitau!" spoil pulak mood Syikin asyik tersasul ni sampai tertinggikan suara dengan Hakim.


Terhenjut bahu Hakim. Nak gelak takut kena flyingkick pulak.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Ok untuk bab ni saya lambat post sebab saya agak sibuk buat kerja rumah.. Hehehe.. Kerja rumah yang 2 minggu lepas punya.. Susah gak bila cikgu nak kutip buku. Bukan malas tapi terlebih rajin jadi pemalas. #RIPmyself

BTW, terima kasih yang komen dan yang baca novel saya.. Kalau best, bagitau kawan lain. Kalau ada kekurangan kome supaya saya boleh betulkan. Panjang lak saya membebel..

•See you next chapter~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience