BAB 13

Romance Series 4645

"Auni, did you still mad at me? Sorry lah.. Fon saya habis bateri. .Tak perasan awak mesej, call banyak kali.. Bukan saya merajuk" Hazim berbicara lembut. Auni masih mendiamkan diri tanda masih merajuk.


"Aih.. Look, I'm sorry even that not my fault" sambung Hazim dingin. Minta maaf bukan tanda kalah tetapi tanda kita sanggup turunkan ego demi orang yang disayangi. Cehh..


"Huh! Aku maafkan tapi aku still merajuk! Pujuk cepat! Kalau tak aku taknak kerja esok"


"Erm.. Apa kata saya bawa awak dinner malam ni?" cadang Hazim.


"Taknak! Nak tengok wayang and kau yang belanja!" Auni bersikap budak kecil. Dia nak test tahap kesabaran Hazim melayan karenahnya.


"Okay, saya booking movie sekarang.. Pukul 8.40 malam saya ambil awak ye?" Hazim mula bersemangat.


"Opp!! Nonono.. Kau tunggu sana nanti aku pergi.. Aku ada hal kejap" tolak Auni. Setelah siap merancang dan mematikan panggilan, Auni menoleh memandang Syikin.


"Malam ni.., kita tengok wayang!" Auni mengambil biskut Oreo dan memakannya. Rezeki jangan ditolak katakan..


"Taknak lah! Kau pergi lah date ngan bos Hazim tu aka hubby-to-be kau tu.. Aku taknak jadi orang ke-3.." Syikin merampas kembali bungkusan biskut Oreo daripada Auni. Kalau dibiarka memang habis..

"Please teman aku.. Taknak aku berdua duaan dengan dia.. Lagipun aku ada plan lain" Auni senyum membunuh.


"Kau jangan la senyum macam tu.. Berdiri bulu roma aku" Syikin menyapu bulu lengannya yang berdiri takut melihat senyuman Auni.


"Teman lah... Teman eh?" Auni memeluk lengan Syikin. Syikin mengeluh dan mengangguk setuju sambil tersenyum. Auni bersorak gembira.

{ Hakim Hakimi POV }


"Nak pergi mana tu hensem sangat?" tanya Hazim yang sedang pakai minyak rambut. Hakim memandang Hazim curious.


"Malam ni along jangan nak gay sangat! Hakim tau la Hakim hensem but jangan nak terpesona sangat!" Hakim menjauhkan diri daripada Hazim.


"Hakim nak jumpa someone jap" sambung Hakim menjawab soalan Hazim. "Important?" tanya Hazim lagi. Hakim tersengeh dan mengangguk.


"Along? Pergi mana selekeh selekeh ni?" perli Hakim. Hazim memeriksa dirinya sekali lagi.


"Selekeh ke? Along biasa pakai kemeja hitam or putih je.."


"Serius la? Along tak pernah pakai baju casual ke? Ish ish ish.. Come with me!" Hakim menarik tangan Hazim naik ke bilik Hazim.


"Erkk.. Did you attract to me too?" Hazim memegang erat tangan Hakim. Hakim cepat cepat menarik tanganya dan lari ke atas.

{ Auni Safieya POV }


"Mana dia ni?! Lambat sungguh! Jalan macam siput" Auni membebel sorang diri. Syikin memandangnya ke hulur ke hilir dari tadi.


"Kau ni ke sana ke sini dari tadi tunggu siapa? Penat la aku tengok kau" luah Syikin tak puas hati.


"Ada lah.. Kalau penat tak payah tengok! Kang kat sini jugak kita WWE" Auni naik geram dengar Syikin membebel dari tadi.


"Sorry lambat! Ada hal kat rumah tadi" seorang lelaki tersengeh menghampiri mereka berdua.


"B..Bos?! Bos buat apa kat sini?" Syikin memandang Hakim atas bawah. Dari mana jembalang ni muncul?


"Don't call me boss outside cafe. Just call me Hakim or Kim" Hakim tersengeh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.


"Ew.. No. I'll call you EN Hakim" sengaja Syikin menebalkan nada suara pada perkataan 'EN'(encik) supa Hakim sedar siapa dirinya.


"Up to you, honey bee" Hakim melembutkan nada suaranya. "Stop, En Hakim. I'm not familiar with you and I'm not neither your lover nor your family" Syikin jual mahal dan memeluk diri.


"Sebelum bisa bee ni hinggap kat muka korang, baik korang masuk kereta cepat!" Auni menunjukkan penumbuknya. Sekali kena, murah rezeki. Hakim ketawa masuk ke dalam kereta diikuti Syikin yang memasamkan mukanya.

{ Hazim Hakimi POV }


"Kata pukul 8.40.. Ni dah pukul 9.20 and movie start pukul 9.30.. Baguslah! Lambat lagi biar aku tidur sini sorang diri" Hazim membebel sambil menghirup air Sprite yang baru dibelinya.


Tiba tiba Hazim berdiri setelah matanya terlihat bayangan Auni. Bibirnya yang mengukir senyuman kembali kelat.


"Hi, Mr.. I mean Hazim!" Auni berdiri di hadapan Hazim dengan senyuman nakal. Wajah Hazim memang meminta penjelasan.


"Well, tak elok kita berdua duaan so aku ajak lah Syikin.. Untuk lebih menarik, aku ajak Hakim.. So dia jadi macam double date lah" Auni ketawa besar selepas ditumbuk oleh Syikin dibahunya.


"Jom! Kau beli movie apa? Mula pukul berapa? tanya Auni tidak sabar.

"Saya beli tiket untuk 2 orang jelah.. Tak tahu pulak Cik Syikin dengan Hakim ada sekali"

"Kau belanja la diorang.. Kau kata kau belanja kan?" Auni tahu hati Hazim berapi memaki Auni.


"Yelah yelah.." Hazim mencebik geram. Dia terus berjalan laju ke arah kaunter. 'meh sini aku ajar kau, Auni' Hazim ketawa jahat di dalam hatinya.


Selesai membeli tiket, Hakim mengheret Syikin ke tempat lain. Katanya nak explain 'something'. Auni hanya mengangkat bahu sambil memakan sedikit popcornnya.


Auni dan Hazim masuk ke pawagam dulu dan mengambil tempat duduk. Auni dengan senang hati mengambil tempat duduk. Sekali pusing kepala, hatinya berdegup kencang.


Berdegup bukan kerna cinta tapi kerna rasa nk maki hamun gitew.. Amir senyum di sebelah Auni. Auni rasa mual tengok senyuman fake Amir.


"Sayang, best ke movie ni?" Auni berlakon di hadapan Amir. Dia harap Hazim sedar dan ikut berlakon.


"Erk.. Ni cerita seram tau.. Sayang ok ke tengok dengan Azim?" Hazim tersenyum tanda faham maksud Auni.


"Takpe.. Selagi sayang ada di sisi Saf, Saf ok je sebab Saf tahu sayang akan sentiasa pastikan Saf selamat" dengan suara gediknya memeluk lengan Hazim.


"Ehem.. Eh, Hazim. Tak sangka jumpa kat sini" celah Amir tersenyum memandang Hazim dan Auni silih berganti.


"Amir.. Apa khabar?" dingin suara Hazim menjawab. Mukanya yang tersenyum juga terus bertukar masam.


"Khabar baik.. Korang buat apa kat sini?" tanya Amir tanpa berfikir.


"Ingat cinema ni kau punya sorang ke sampai kitorang pun takleh masuk?" Auni mencelah selamba badak sambil menyuap popcorn ke dalam mulutnya.


"Erk.. Hehe terlupa pula.. Dah terbiasa tanya soalan tu" alasan tak munasabah yang dikeluarkan oleh Amir yang tersenyum kekok.


"Movie belum start, sayang.. Jangan la habiskan popcorn tu dulu" lembut suara Hazim menegur. Nak tersedak Auni dibuatnya. Mula mula suara jantan tetiba keluar suara betina pulak.


"Biar la.. Suka hati ak.. Saf la.. Saf makan tanda Saf gembira.. And now, Saf happy sangat dengan sayang!" nasib baik Auni tak terlepas cakap tadi.. Kalau tak, sia sia je lakonannya.


"Korang.. Bercinta ke?" Sofea bertanya dalam nada gurauan setelah lama mendiamkan diri.


"Haah.. 2 minggu lagi nak kahwin dah pun.. Kan sayang?" Auni tersenyum lebar melihat wajah merah Amir.


Perbualan mereka tamat apabila movie start. Auni terasa ingin menyumpah seranah Hazim kerana memilih cerita seram. Dah tahu Auni jenis penakut ambil jugak!


"Sayang, popcorn Saf dah habis" rengek Auni manja. Hazim yang kusyuk menonton movie mengalihkan pandangannya ke arah Auni.

"Mak oi! Movie baru start 2 minit, popcorn dah habis? Awak ni mesin makan ke apa?" bisik Hazim di telinga Auni.


Auni mencebik geram. Nasib tak boleh balas je. Dahla Syikin dengan Hakim gagalkan rancangan dia.


Tiba tiba hantu muncul mengejut di skin pawagam membuatkan Auni terjerit kecil dan jatuh terduduk di lantai. Rasa nak menangis semua ada.


Hazim cepat cepat menarik Auni duduk di kerusinya. "I'm sorry.. Nah pegang baju Azim" Hazim menyuruh Auni memegang hujung lengan bajunya kalau takut.


Auni menundukkan wajahnya sambil memegang hujung lengan baju Hazim. Bukan kerana rasa terharu tapi tengah takut nak tengok skrin.


Habis sahaja movie tu, Auni dan Hazim keluar dari situ. "Oh, Amir. Jemputlah datang weeding kami nanti. Nanti aku bagi kad jemputan" Hazim berbicara spontan melihat Amir.

Amir tersenyum dan mengangguk lalu meninggalkan mereka berdua. Selepas bayangan Amir dan isterinya hilang, Auni menumbuk bahu Hazim.


"Berani kau pilih cerita hantu?! Kau tahu kan aku tak suka cerita seram! Eeii!!" Auni masih melepaskan geram.


"Sabarlah, sa..ya..ng!" sakat Hazim sambil ketawa. Auni mengigit bawah bibirnya. "Sape sayang kau?!" Auni terus meninggalkan Hazim yang masih ketawa.


"Erk.. Hai, bos Hazim" sapa salah seorang pekerja di kafe Highgold. "Oh, hi Elena" sapa Hazim kembali tetapi dengan senyuman nipis dan suara yang agak mendatar.

{ Syikin POV }


"En Hakim nak explain apa? Cepatlah nanti Auni bebel pulak tunggu lama" Syikin ingin lari daripada Hakim dengan kadar segera.


"I nak explain kat U yang... kita tak sama pawagam dengan Auni and my bro.. Sebab.. I nak diorang berdua lebih rapat.. U tahu la diorang kan dah nak kawin.. Taknak lah nanti masam muka.. and..-" belum sempat Hakim habiskan ayatnya, Syikin mencelah.


"I already know, Mr Hakim. Saya ternampak bos Hazim beli 2 tiket cerita seram untuk ajar Auni sebab kenakan bos Hazim"


"How did you know that fast?!" Hakim melopong memandang Syikin. "Aih.. Saya malas je nak bangga tapi saya ni boleh baca situasi dengan mudah.. Ish.. Malas nak bangga sebenarnya"


"Jangan bangga diri kembang sangat hidung tu cukuplah badan U yang kembang" ejek Hakim lalu ketawa.


"Saya tahu lah badan saya tak selangsing Auni, tak sempurna macam Auni.. Tapi sekurang kurangnya saya ada badan! Sebelum badan En Hakim yang saya patahkan, baik masuk cepat!" arah Syikin tegas.

"U macam tak rela je tengok wayang dengan I.." Hakim merendahkan nada suaranya. "Memang pun.. Tapi rezeki jangan ditolak.. Dah orang belanja, ambik jelah" Syikin selamba duduk di kerusi.


"Um.. Kerusi kita belah sana, U" Hakim menahan ketawa melihat ke'blur'an gadis itu.


"Ops... Maaf encik.." Syikin bangun dan duduk di tempat sebenarnya. "I tak tahu beza mana U mana dia tadi.. Badan hampir sama" gurau Hakim.


"En Hakim nak tahu tak.. Saya kan pernah tau badan macam tu dulu.. Lepastu saya ada lah confess dekat sorang mamat ni yang saya suka dia. Lepastu dia reject sebab saya hodoh and gemuk. Sejak tu saya nekad nak kurus.. And now, dia yang asyik kacau saya" Syikin ketawa di hujung ayatnya diikuti gelak tawa Hakim.

"Beraninya U confess dekat lelaki.. Kebanyakkan perempuan malu nak mulakan hubungan.."


"Kita confess bukan bermaksud kita nak berhubungan terus. Kita confess supaya dia tahu yang kita sukakan dia.. Faham?"


"Kalau U suka lelaki tu and lelaki tu pun sukakan U?" Hakim bertanya ingin tahu. "Why can't be BFF or TTM?"


"What does TTM means?" Hakim mengerutkan dahinya sambil makan popcorn. "TTM means Teman Tapi Mesra.. Its more like siblings"


"Banyaknya soalan En Hakim ni! Ingat saya ni apa? Google?" rimas pulak Syikin dengan pelbagai soalan daripada Hakim.


"Siapa lelaki tu?" tanya Hakim aka pakcik bawang hangus.


Syikin senyum hambar. You'll know.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience