BAB 8

Romance Series 4643

Sejak hari pergaduhan antara Auni dengan Hazim, Auni mula menjauhi Hazim. Kalau terserempak pun buat tak kenal je.


"Auni, awak marah saya lagi?" Hazim pula tidak putus asa memujuk Auni.


Auni yang sedang bertarung mengelap meja mengabaikan Hazim. Auni mengeleng perlahan.


Hazim merampas kain yang berada di tangan Auni. "If you didn't mad at me, look into my eyes"


Auni masih menunduk memandang meja yang baru dilapnya.


"Hazim Hakimi, I have a family problem. Tolong jangan ganggu aku. Don't worry, 1 hari nanti aku akan jadi Auni yang biasa. Yang degil dan panas baran." Auni senyum hambar dan menarik kain di dalam gengaman Hazim.


Hazim pantas mengangkat kain lap itu ke atas supaya Auni tidak dapat mencapainya.


"Please don't make that ugly face"


Auni tak rasa nak marah orang lain lepas dapat mesej dari seseorang yang dibencinya. "Hazim.." Auni memanggil Hazim perlahan. Suaranya juga agak lemah.


"Ye, saya"


"Kenapa Tuhan uji aku macam ni? Benci sangat ke Tuhan dekat aku? Tuhan benci aku sebab aku benci ayah kandung aku? Kenapa aku yang lalui semua ni?!" Air mata mula mengalir. Hatinya terlalu lemah menahan bebanan.


"Kalau awak nak luahkan sesuatu pada saya, saya sedia mendengar. Saya janji tak bagitau orang lain" Hazim mengerling jam tangannya. Jam 6 petang.. Kafe miliknya juga telah ditutup. Syikin, Hakim dan pekerja lain telah pulang selepas 1 hari berperang di kafe itu.


"Tak ada apa lah.. Malas aku nak berdua duaan ngan kau. Kang jadi benda lain pulak!" Auni terus mengemas barangnya.


"Ish ke situ pulak awak ni.. Saya sebagai manager kena la tau masalah pekerja" Tadi menangis ni garang pulak. Minah ni memang DRAMA QUEEN!


"Ye ke.. Entah entah.. Kau suka aku ek?!" bulat mata Auni memandang Hazim. "Yang muka kau merah tu apasal? Marah ke? Lek ah" Auni yang masih mentah untuk tahu tentang cinta cintun mengejek Hazim.


"Taknak lah saya suka awak. Nanti hari hari kena hadap awak punya bebelan macam nenek saya" Hazim ketawa menutup rasa di hati.


"Heyy! Suatu hari nanti kau suka aku, aku takkan suka kau balik! Biar kau suka sorang sorang. Padan muka!" Auni membuat riak bangga.


"Lepastu bila saya dah tak suka awak, time tu lah awak suka saya.. Awak ckp awak tak mampu hidup tanpa tengok wajah hensem saya" turn Hazim pula untuk bangga.


"Merepek la kau ni! Dah aku balik lu" Auni terus keluar dari kafe itu dan menunggu pekerja papanya menjemputnya.


Auni tersengeh apabila driver papanya tiba tepat pada masanya. Tanpa berlengah, Auni masuk ke dalam perut kereta mewah itu.

{ Hazim Hakimi POV }

Hazim tersandar di meja kafenya. Kain yang digunakan oleh Auni digenggam erat. "Sh*t. Apasal la hati ni taknak bagi kerjasama" Hazim mengeluh perlahan.

Dia melihat Auni yang tersengeh masuk ke dalam perut kereta BMW. Hazim senyum nipis.


Hazim mencapai kunci keretanya dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Benda paling utama dia buat di rumah ialah makan! Yumyum!


Ting! Mesej dari nombor yang tidak dikenali dibiarkan tanpa dibaca. Yang penting sekarang ni Hazim nak balik rumah.


"Assalamualaikum, Zim dah balik" sunyi. Ruang tamu yang gelap menaikkan bulu roma Hazim.


"Who's there?" Hazim mendekati sofa yang agak diterangi lampu kecil. Berpeluh Hazim dibuatnya.

Tiba tiba pintu utama tertutup kuat membuatkan Hazim terkejut dan hampir tergelincir. "Jangan la main main!" Suaranya tegas memarahi. Hazim ingatkan itu hanyalah adiknya, Hakim.


Hazim rasakan ada tangan yang memeluknya dari belakang. Apa lagi? 'Orang' yang memeluk Hazim itu disiku diperut dan dikilas tangan kanannya.


"Aaa sakit long.. sakit.. aaa" suara serak lelaki itu minta dilepaskan. Dalam gelap itu mata Hazim diikat dengan kain hitam.


Lelaki itu kemudiannya melepaskan diri dan mengunci badan Hazim supaya Hazim tidak melarikan diri.


'Ya Allah, apa dah jadi ni? Apa salah aku? Kenapa seksa aku macam ni? Korang ni siapa? Kenapa aku?' Persoalan itu hanya bergema di dalam hatinya.


"Bismillahirahmanirahhim! Dengan nama Allah aku tak takut pada kau, wahai syaitan durjana! Nyah kau dari rumah aku! Aku tak kacau kau! Aku hanya takut pada Allah SWT! Berambus kau dari hidup aku, Syaitan iblis ikan bilis!" Hazim tidak sedar apa yang baru dituturnya. Serentak dengan itu, suasana riuh dengan gelak ketawa. Sekali lagi buru roma Hazim berdiri tegak.

"Surprise! Happy Birthday Hazim Hakimi bin Raiq! May Allah always bless you!" Lampu dibuka serentak apabila kain dimata Hazim dibuka.

Hazim terkesima. Hiasan belon, kek dan potretnya membuatkannya terharu. "What is this?" menitis air mata kelakian Hazim.


"Mana Hazim Hakimi yang cool and dingin yang kami kenal? Kata anak lelaki tulen. Kena sikit dah menangis! Adik kamu tu kena kilas tangan rileks je" sindiran Dato Raiq membuatkan semua orang di dalam rumah ketawa besar.

"Terima kasih semua.. Zim tak tahu nak cakap apa dah.. Terharu sangat.. Bukan tak gembira raikan birthday tahun sebelum ni cuma ye lah.. Kita sibuk.. Zim ingatkan semua dah lupa hari jadi Zim" sekali lagi air matanya mengalir.


"Along.. Kami tak pernah lupakan tarikh kelahiran putera sulung keluarga ni. Along lah yang berjaya buat keluarga kita hidup senang. Segala penat lelah along selama ni, kami akan ingat sampai hujung akhir hayat kami. Ye tak, semua?"

"Kami sayang Tuan Hazim" serentak semua pekerja dan pembantu rumah bersorak. Walaupun Hazim seorang yang garang, dia tetap ada sifat belas kasihan.

"Tak payah drama over sangat. Penat mummy pegang kek ni" Ungku Fathia memasang wajah tidak bersalah.

Mereka semua gembira meraikan hari jadi Hazim.

{ Auni Safiyea POV }

Tepat jam 12 tengah malam, Auni bangun dan keluar dari biliknya. Dia mengalami kesukaran untuk tidur.

Tv tu sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa. Saluran pagi sentiasa membosankan. Auni ke hulur ke hilir di dalam rumahnya sambil dibaluti kain selimut tebal putih.


Auni dapat idea. Memandangkan Syikin sentiasa tidur lewat, lebih baik dia mengajak Syikin lepak.


"Hello, Syikin.. Aku tak boleh tidur" rengek Auni perlahan supaya keluarganya tidak terjaga dari tidur lena.


"Aku boleh. Bye"


Auni memandang telefon bimbitnya dengan pandangan kosong. Kau letak call, Syikin? Kalau depan aku ni, memang aku siat siat kulit kau!


Auni membatalkan niatnya untuk lepak. Aish.. Hatinya mula memaki hamun Syikin. Panas beb.. PANAS! Bak kata orang skema, 'banyak dosa lettew'


Tiba tiba telefon Auni bergetar menandakan ada orang mesej. Pantas tangannya menekan mesej itu. Oh.. Harris..


>Tak tidur lagi ke, Saf?<


Berkerut dahi Auni membaca mesej itu. Hang ni pasaipa duk mesej aku pagi pagi buta ni? Hang ok ka?

Krekk! Salah satu pintu bilik keluarganya terbuka. Boleh jadi mummynya.. Boleh jadi papanya.. Boleh jadi abang abangnya... Auni cemas. Alamakk!! Alamakkk!!!

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Bello guys.. Ok kali ni memang saya betul betul minta maaf sebab lama tak update. Haritu dah buat sampai separuh cerita bab lepastu fon terpadam.

Dah kena mula dari awal balik.. Lepastu saya mula tak ada mood nak sambung. Merajuk dengan novel ni. Insya Allah saya akan cari balik mood saya untuk sambung buat novel ni..

Doakan saya jumpa mood saya.. Apapun, terima kasib baca, komen dan simpan novel saya. #moodmu_moodku_jua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience