BAB 4

Romance Series 4645

"Sya bangun" Syikin mengejutkan adiknya yang berselimut tebal di sebelahnya. 'Lain macam pulak badan si Sya ni.. Dah gemuk ke?' kata hati Syikin mamai.


"Morning, sayang"


Bulat mata Syikin melihat orang di sebelahnya. Damn you, Isham!


"A.. Apa dah jadi?!" semasa Syikin ingin keluar daripada katil, kepalanya berdenyut denyut.


"Careful, sayang.." Isham tersenyum nakal. Dia cuba untuk 'membantu' Syikin dengan memeluk pinggang Syikin.


Syikin tak mampu membuat apa apa. Otaknya sesak, nafasnya tersekat sekat. Hanya air mata yang mengalir laju.


"Kin.. Saya tak buat apa apa... Sumpah! Awak tertidur di bahu saya pagi tadi. Saya tak tahu rumah awak dekat mana jadi saya bawa awak balik ke rumah saya ni. Masa saya nak keluar bilik, awak tarik tangan saya sampai saya terbaring sebelah awak.. Saya pun mengantuk jadi saya tertidur" jelas Isham gelabah.


Kegelisahan Syikin sedikit reda. Bajunya tidak ditanggal malah rambutnya yang diikat juga tidak serabai.


"Ha.. Habistu kenapa panggil saya sayang and peluk saya?!" jerkah Syikin geram.


"Saya tahu apa dalam fikiran awak jadi saya nak gurau la tak tahu pula awak akan nangis" Isham memain jarinya sambil menundukkan wajahnya.


Syikin berlari keluar bilik itu. Mak oi kayanya! Fokus, Syikin! Cari jalan keluar!


Setelah jumpa jalan keluar, Syikin mencapai kasutnya dan terus berlari. Nak menangis rasanya tinggal motosikal depan 7eleven.


"Kan aku kata.. Aku nak 'jaga' korang je" dari tingkat atas, Isham memandang Syikin berlari lari anak.

{ Auni Safiyea POV }


Auni bergolek golek di atas katilnya.. Dia mengeluh panjang. Itulah hukuman papa dan mummynya. Bilik kurungan selama 2 hari tanpa telefon bimbit.


Auni mencapai alat kawalan jauh aircond. Dia bermain main dengan butang on/off.


"Semua salah Rina! Kalau dia tak bagi aku arak tu mesti aku takkan berbau arak! Damn you, Rina!" jerit Auni.


"Kalau lah aku tuang arak tu dalam pasu macam Syikin buat mesti arak tu tak percik kena aku!" jerit nya lagi. Histeria dia dibuatnya tanpa telefon bimbit. Yang paling penting, hilang duitnya.

Tiba tiba, Datin Suzzie dan Dato Safreezal masuk ke dalam bilik Auni. "Nak apa lagi?" tanya Auni dingin. Sakit hati kerana ibu bapanya tidak mempercayai setiap kata jujurnya.

"Macam ni lah.. Apa kata Auni kerja? Papa ada kenal seorang usahawan ni.. Dia buka kafe.. Boleh la Auni kerja kat situ" straight to the point.

"What?! No!" Auni mengerutkan dahinya. "Auni, mummy dengan papa nak ajar Auni cara cari duit yang sebenarnya. Mummy nak Auni tahu betapa penatnya Mummy dan papa cari duit untuk Auni, Aiman dan Adam" jelas Datin Suzzie memeluk anaknya.

"Still No" Auni berkeras. Auni ni pemalas dia lain macam. Pemalas dia tahap makan pun malas kunyah. Ni kan pula kerja.


"No, Auni kena jugak! Kalau tak, Mummy dan papa takkan bagi 1 sen pun dekat Auni dah" ugut Datin Suzzie.

"Yelah yelah!" akhirnya Auni mengalah. Berdebat dengan mummynya sampai tahun depan belum tentu habis.


"Ok.. Bersiap ikut papa sekarang" Dato Safreezal tersenyum lebar tanda bahagia.

Auni melangkah masuk ke dalam kafe besar itu. Hiasan moden dan mewah itu menarik perhatian Auni. Aroma lavender membuai fikiran Auni.

"Uncle baru sampai?" seorang lelaki tinggi lampai menghampiri mereka berdua. Mukanya dihiasi senyuman nipis.

"What the..!" terjerit kecil Auni apabila melihat lelaki yang berada di belakangnya. Adakah dia bos kafe ni?

"Duduk dulu" pelawa Hazim tersenyum nipis. Dato Safreezal dan Auni duduk di tempat yang disediakan.

"Macam ni.. Macam kamu tahu, uncle datang nak hantar pekerja asing ni.. Uncle harap kamu bertahan la dengan perangai nakal dan keras kepala dia.. Uncle nak dia rasa macam mana bekerja.. Uncle izinkan kamu hukum dia kalau dia buat salah.. Jangan sampai mati sudah" Hazim ketawa kecil manakala Auni masih loading.

"Esok boleh kerja?" Hazim bertanya serius. "Boleh!" jawab Auni ringkas.


"So.. Saya harap Cik Safiyea bertolak ansur dan saling berkerjasama dengan pekerja lain. Dekat sini tiada istilah 'aku lagi berduit dari kau' or apa apa yang merendahkan diri seseorang itu" bebel Hazim.

"Dah settle kan? Pa.. Jom balik" Auni menarik lengan papanya yang masih duduk membatukan diri.

"Ya Allah, budak ni. Hormat sikit orang tua tengah bercakap. Ilmu tu ambil masuk otak" Dato Safreezal menggelengkan kepalanya.

"Dia dah habis cakap tadi so Auni cakap jela! Auni simpan ilmu tu dalam poket je" Auni mencebik lalu terduduk dek kerana tarikan graviti(tangan) Dato Safreezal.

"Uncle harap Hazim ajar Auni ni cukup cukup. Eh tak. Ajar dia cari duit sepenuhnya. Dia lah satu satunya anak perempuan uncle" Dato Safreezal mengetuk kepala Auni manja.

Beberapa minit berborak, Auni dan Dato Safreezal meminta diri untuk pulang ke rumah.

{ Hazim Hakimi POV }


"Along ni dah kenapa pandang macam dia pencuri?" pelik Hakim melihat perangai abangnya yang mengintai di celah tingkap kafe di bahagian bayaran.


"Along dah dapat kesan pencuri hati along" Hazim jawab mendatar. Ingatkan bagi Hakim itu lawak hambar tapi tak sangka pula Hakim ketawa sehingga keluar air mata lelakinya.


"Siapa pencuri tu? Auni Safiyea?" soalan Hakim benar benar membuatkan Hazim terkesima.


"Kalau taknak gaji kena potong, pergi buat kerja!" arah Hazim. Telinga Astro nya memerah tanda malu.


"Eleh.. Suka tu cakap jela.. Kang melepas menangis tak berirama" Hakim gelak lalu menyambung kerjanya mengelap meja.


Dalam diam Hazim mengukir senyuman. Ya, dia gembira dapat lihat wajah gadis yang mencairkan tembok pertahanan hatinya.

Auni yang bermanja manja dengan papanya dilihat lama. 'Amir.. Kau dah tipu aku.. Kau kata aku akan cinta dia je. Kau tak cakap pun siangku angau.. Gilakan kau.. Malamku kacau.. Gilakan kau(maaf kalau salah lirik)' Hazim mengeluh kecil melihat Auni masuk ke dalam kereta.


"Auni.. Siapa dalam hati kau sekarang?" tanya Hazim berseorangan perlahan. "Ha kan Hakim dah cakap! The lucky girl will be Au..-" belum sempat Hakim menghabiskan ayatnya, Hazim menekup mulut Hakim.

"Pada bulan ini, gaji bersih anda hanyalah RM150.. RM50 tu bonus kerajinan.. Sepatutnya dapat RM100 je" kata Hazim mendatar dan terus berlalu pergi. Damn you, Hakim!


Raungan Hakim meminta belas kasihan diabaikan. Sekali tolak RM2400 bhaii.. Kalau tolak RM10-RM40 ok lagi..

{ Syikin POV }


"What the...?!" bulat mata Auni mendengar cerita Syikin. Auni masih dalam mood terkejut.


"Siti Sakinah binti Dato Salem! Kau taknak buat report ke?!" kuat suara Auni berbicara. Macam nak terkeluar jantung apabila Syikin mengatakan bahawa 'tidur sekatil dengan Isham'


"No! Kalau umi dengan abi aku tau mesti teruk aku kena! Aku taknak umi dengan abi salahkan kau je" Syikin laju menggeleng kepalanya.


"Tapi kau ok kan? Are you still virgin?" tanya Auni tanpa insurans mulut.


"Kepala buku lali kau la! Aku ok je. Dia tak sentuh aku pun!" Syikin memandang ke arah lain tanda merajuk.


"Alaa jangan la merajuk intan payung, gunung ganang, bukit bukau, menteri mentera, cekepak cekepuk" Apa jenis pujukan pun Auni tak pasti. Itu sahaja yang terlintas di otaknya.


"So kau nak buat apa sekarang ni?" tanya Auni menukar topik. "Serius aku nak jauhkan diri dari lelaki tak guna tu!" Syikin membalas geram.


"Hahaha.. Adoi!" Tiba tiba bahu Auni dilanggar kasar.


"Ah, cik! Maafkan saya. Saya kena cepat ni" pohon lelaki itu tergesa gesa.


"Aduh.. Lain kali jalan tu pandang la orang jugak! Tak ada mata? Dah buta?!" jerkah Auni mengurut bahunya.


"Saya dah lambat ni, cik. Lagipun saya jalan pandang jam bukannya saya jalan borak lambat macam siput"


"Kau nak perli perli aku pulak! Dah berambus dari mata aku!" Auni mengalihkan pandangannya ke arah lain.


Selepas lelaki itu beredar bersama mantera kutukannya, Syikin mendapatkan rakannya yang masih mengurut bahu.


"Kau ok tak?" tanya Syikin cemas sambil mengurut bahu Auni perlahan. "Kenapa kau tak tolong aku tadi?! Kau memang tak kenang jasa kan? Selama ni banyak aku tolong kau! Dahla semua kawan sama je!" Auni bangun dan meninggalkan Syikin berseorangan.


"Auni!" Nama Auni dipanggil berkali laki oleh Syikin yang setia mengejarnya dari belakang.


Auni cepat masuk ke dalam kereta dan terus beredar meninggalkan Syikin yang mengah dan berpeluh di tempat parking kereta Auni sebentar tadi.


"Sampai hati kau, Auni.. Kau tinggal aku sebab tak tolong kau.. Kau tau tak lelaki tu.." Syikin terus didatangi perasaan sebak.


"Why? Who made you crying like a baby?" tanya seseorang di sebelah kiri Syikin sambil memberikan sebotol air Coca-Cola kepada Syikin.


"Mind your business" jawab Syikin mendatar dan mengambil langkah untuk pergi jauh daripada lelaki yang bernama Isham itu.


"Hey, we're friend right? Why won't you tell your problem to me?" tanya Isham menyengetkan kepalanya memandang Syikin.


"Sape kata kita kawan?! Saya tak kawan dengan Mamot!" Syikin terus berlari lari anak ke arah tasik. Mamot?


"Syikin, saya tau saya salah.. But people can get another chance right?" pujuk Isham duduk di atas bangku kayu manakala Syikin berdiri menghadap tasik.


"Cik Syi'kuin' boleh tak bagi saya 1 lagi peluang? Saya, Is'king' berjanji akan jaga dan melindungi cik sebab saya King kepada Queen"


Anda kurang faham? Jangan risau.. Syikin juga kurang faham lebih kepada tak faham langsung.


Entah kenapa hatinya ringan memberi 1 lagi peluang kepada Isham. Isham bersorak seperti kanak kanak hyperactive.


"Hooray!!" sorak seseorang dari belakang mereka berdua. Syikin terkejut beruang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience