BAB 15

Romance Series 4643

Lagi 1 minggu Auni dan Hazim bakal disatukan jadi Hazim bagi Auni cuti sehinggalah mereka sah sebagai suami isteri. Auni tak tahu nak gembira atau sedih.


"Mummy.. Nanti bila Auni dah takde dalam rumah ni, confirm sunyi kan? Dah takde orang nak curi makanan dalam peti sejuk, dah takde orang bukak sound kuat kuat time tengok kartun.. Hm.."


"Auni, apa ni cakap macam tu.. Kami memang akan rindu semua tu tapi ini jelah jalan yang kami rasa sesuai dan jalan yang benar untuk Auni.." Datin Suzzie mengusap pipi gebu Auni.

"Auni nanti bila dah jadi isteri, jaga makan minum dia, jaga penampilan dia, jaga kesihatan dia dan yang paling penting, jaga hati dia.. Jangan sakitkan hati seorang suami. Nanti tak bau syurga orang kata.. Redha suami menjamin syurga isteri.. Lagi satu, Auni janganlah kasar sangat dengan dia.. Hazim tu baik orangnya.. Mummy yakin dia mampu jaga Auni dengan baik.. Insya-Allah "


Tanpa sedar, air mata Auni mengalir deras. "Mummy.. Auni taknak masuk neraka tapi Auni taknak kehilangan mummy, daddy, along dengan angah.. Auni.. Auni sayang semua! Huaaa"


"Ok, cut! Perfect drama!" celah Adam sambil tersenyum lebar. "Apa cut cut?! Tak nampak ke Auni sedih ni?" Auni menumbuk bahu Adam perlahan.


"Betul tu apa yang mummy cakap.. Kami pun sayangggg sangat dekat Auni.. Walau jauh mana Auni pergi, kami akan sentiasa ingat dan doakan kebahagiaan Auni.. Ingat tu" Adam memeluk bantal sofa dan memandang Auni sayu.


Kesian tengok adiknya yang kahwin tanpa rela hati dan mendahului abang abangnya. Tapi nak buat macam mana..


"Dah dah.. Lagi 1 minggu kan? Baju kahwin pun tak tempah lagi kan? Pergi ajak Hazim tu pergi butik pengantin cepat" arah Datin Suzzie.


Ah sudah. Jarang bakal pengantin perempuan yang ajak bakal pengantin lelaki pergi cari baju kahwin. Auni tersenggeh dan terus lari masuk ke dalam biliknya.


Tiba tiba telefon Auni berdering. Panjang umur si Hazim ni. Baru je sebut nama dah menjelma dalam telefon.


"Sayang, jom pergi butik pengantin!" ajak Hazim ceria. Auni memandang skrin telefonnya berkali kali.


"Kau ni sakit ke apa? Otak dah tak betul? Sayang.. sayang.. Puiihh! Lek ah kau ni.. Semua dah siap kan? Tinggal baju je belum.. Ha yang pasal kau heret aku pergi beli cincin sampai aku tak sempat bagitau Harris tu pun satu hal.. Lama tau dia tunggu aku depan restoran and aku tak muncul sebab kau.. Kesian dia!"


"Can you stop talking about him? You annoyed me by talking about that man!" suara Hazim di hujung talian agak marah.


"I annoyed you? Ok.. Harris Harris Harris Harris Harris Harris Harris Harris Harrisss" Auni sengaja sakitkan hati Hazim.


"20 minutes from now. I'll come to your house and we'll go to the weeding's boutique" Hazim memberi arahan kemudian meletakkan panggilan. Auni ketawa seorang diri. Lawak jugak mamat ni merajuk.


"Boleh tak kau jalan slow sikit? Bukannya butik tu nak lari pun! Biar lambat asal selamat la" Auni mencebik. Marah la tu, marah!


"Awak tu yang jalan lambat!" Hazim jawab dingin. "Eh salahkan kite pulak dia ni.. Aku bukak ilmu silat kang" Auni membebel sorang diri di belakang Hazim.


Auni terpegun melihat butik di hadapan matanya. Auni menarik lengan baju Hazim masuk ke dalamnya. Hazim hanya mengikutnya.


"Kita tempah baju dekat sini ke, Zim?" tanya Auni teruja. "What did you call me? Say it again" Hazim tersenyum lebar. Telinganya terasa seperti mendengar panggilan yang manis.


"What? Zim? Zimbakwe? Sesuai ngan kau" Auni masih leka dengan gaun yang disarungkan pada badan patung. "Baik awak letak Zimbakso je terus" rungut Hazim.


"Well.. Kata nak tempah baju kahwin.. Cepatlah" Auni berkelip mata berkali kali tanda teruja. "Siapa kata tempah? Kita beli" kata Hazim selamba dan terus ke kaunter.


Auni melopong sambil memegang lengan baju pengantin itu. "Laki ni dah gila ke? Pakai sekali je buat apa nak beli. Fine kalau dia murah hati sangat nk belanja aku. Apa salahnya pilih baju mahal sekali sekala kan?"


Auni memandang Hazim yang sedang berborak dengan pereka gaun di kaunter. Sotong semacam je pereka gaun tu.


"Pilih yang mana awak suka" Hazim berdiri di hadapan Auni sambil tersenyum manis semanis kurma.

{ Unknown POV }


"Sayang.. Kenapa sayang senyum dengan lelaki tu? Sayang dah lupakan abang ke? Sayang curang dengan abang eh? Nakalnya sayang..."


"Aku sayang kau.. tapi kau bergembira dengan dia.. Aku siapa pada kau?! Kau akan jadi milik aku selamanya!"


"Kita akan selamanya bersama kan sayang? Siapa yang ganggu kita, akan abang bunuh dan kalau sayang pertahankan orang ke3 tu, sayang tahu lah akibatnya"


"Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun tak akan dapat kau! Kau tunggu dan tengok macam mana aku hapuskan orang yang halang hubungan cinta kita!"

{ Hakim Hakimi POV }


"Bos, macam mana abang bos boleh suka kawan saya?" Syikin bertanya sambil menikmati jus orennya.


"Well, ni dah masuk kali ke-18 u tanya benda yang sama dekat i.. Btw, i don't like when you call me 'bos' or 'en Hakim'.."


"Loh.. Habistu nak panggil apa? Cekodok? Cendol? Siput?" Syikin mengangkat keningnya. Dari gadis yang pemalu dan lemah lembut bertukar gadis selamba dan garang. Ini semua berkat hasutan Auni si gadis nakal.


"Haip.. I boss u tau.. jangan nak selamba sangat.. hormat I sikit" Hakim memeluk tubuh tanda merajuk. "Dah awak nak saya hormat awak sikit je.. Kalau saya tak hormat awak, dah lama saya pijak pijak awak.. Ber 'I,U' bagai.." Syikin mencebik.


"Ewah ewah... Dah pandai melawan eh? Sape ajar?" Hakim mengangkat keningnya sambil menyedut air minumannya.


"Tunang saya ajar. Dia tahu yang saya ni cantik, menawan, comel tambah pulak manis orangnya mestilah laki beratur minta nombor telefon.. So saya pun ikut jela apa yang bakal suami saya ajar" terang Syikin selamba badak berendam.


"Bakal suami? I tak tahu pun u dah tunang" Hakim berhenti menyedut airnya. Melepas peluangnya kalau Syikin dah bertunang.


"Awak boleh call Auni untuk kepastian" kata Syikin yakin sambil menunjukkan cincin di jarinya.


Hakim lama mendiamkan diri. Lalu dia mengeluarkan telefon bimbit. "Nak nombor tunang u.. Yela I taknak dia salah sangka pulak kita keluar berdua ni" Hakim memberi alasan.


"Boleh.. 01X XXX XXXX.. Call lah"

{ Auni Safiyea POV }


"Auni, awak ni jangan gelojoh sangat boleh tak? Haih.. Comot mulut tu" Hazim menghulurkan sehelai tisu kepada Auni yang sibuk makan keknya. Setelah penat membeli baju pengantin, Hazim membawa Auni makan di Secret Recipe.

"Eh.. jap Syikin mesej" Auni menolak tisu Haxim dan mengeluarkan telefonnya.


Syikin > Auni! Kau kena tolong aku! Si Hakim ni haa!!

Syikin > Aku kata aku dh tunang.. pastu dia minta nombor telefon 'tunang' aku sbb nak bagitau apa tah la! Pastu aku bagi nombor kau!! Please! Aku merayu!

Syikin > babyyyy!!! huaaa (×_×) (×_×)

Tak sampai 5 minit kemudian, telefon Auni berdering. Auni pun semakin cemas. Tiba tiba telefonnya berhenti berdering.


"Wei, kau kena tolong aku!" Auni menghentak meja separuh kuat memandang Hazim. Hazim mengerutkan keningnya pelik.


Auni pun ceritalah panjang lebar kenapa Auni perlukan pertolongan Hazim. "What can I do? I'm his brother. He'll know my voice.." Hazim mengangkat bahu. Auni menundukkan wajahnya membuat muka sedih.


"Haih.. Meh sini telefon tu" Hazim merampas telefon Auni. Tiba tiba telefonnya berdering kali kedua. Hazim angkat. Jelas kelihatan wajahnya cuak.


"Ye saya..erk.. saya" Hazim memandang Auni meminta tolong. Auni menunjuk keychain namanya pada beg tangannya.


"Saya Aufi, bakal suami Syikin.. Kenapa dengan tunang saya?"


"Ok, saya faham. Tapi jangan melebih ye. Saya tak suka orang melebih lebih dengan tunang saya"


"Oh ok.. Pesan pada Syikin supaya dia sentiasa jaga diri dia ye.. Bye, assalamualaikum.."


Hazim menamatkan panggilan. Dia menghembus nafas lega. Auni pula cepat menghulurkan air kepada Hazim untuk membasahkan tekak yang sakit kerana terpaksa menekan nada suara supaya menjadi lebih garau dan mengeluarkan suara dalaman.


"Yeayy!! Superhero Hazim menyelamatkan hari yang indah ini!" sorak Auni gembira. "So apa balasannya?"


"Ni?" Auni menunjukkan penumbuknya.
Dia tahu penumbuk Hazim lebih besar tapi penumbuk kecil ni lah yang pernah hinggap di muka ex bf sebelum Amir. Well dengan rupa paras Auni yang cantik tu, mustahil lah tak ramai lelaki yang beratur nakkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience