BAB 3

Romance Series 4643

Masa Auni dihabiskan dengan melepak. Keluar pagi balik pagi. Kalau dia rajin, malam tu dia akan clubbing dengan kawan kawannya.


"Saf, rasa ah" Zana menghulurkan secawan kecil air ke arah Auni. Pedih hidung Auni membau minuman itu.

"Takpe ah" Auni bangun dan menuju ke arah kawan kawannya yang sedang menari sakan di tengah khalayak ramai.


Setelah hampir 15 minit menari, mereka semua yang terdiri daripada 4 orang termasuklah Auni dan Syikin duduk di tempat yang disediakan.


Tiba tiba beberapa orang lelaki mendekati mereka yang sedang berborak borak.


"Ni Sam, Harris, Isham dan Brian" Zana memperkenalkan mereka kepada Auni, Syikin dan Rina. "Mula dari hujung sana Saf, Kin dan Rin" kata Zana lagi.


Auni perasan Harris asyik memandangnya. "Minum?" Zana tersenyum panjang sambil meletakkan 2 botol arak di atas meja.


Mereka semua mengambil sorang satu cawan kecil kecuali Auni dan Syikin.


"Why?" Rina kelihatan kecewa. "Kami tak minum arak.." jelas Syikin memeluk bahu Auni. "Try la.. Sedap" Sam menghulurkan 2 cawan arak kepada Auni dan Syikin.


Auni dan Syikin saling berpandangan. Tepat jam 2 pagi, Auni dan Syikin meminta diri untuk pulang.


"Kau minum?" tanya Auni semasa dalam perjalanan ke motosikal mereka. "Tak.. Aku tuang dalam pasu" kata Syikin sambil ketawa kecil.


"Aku tak jumpa pasu so aku tuang jela dekat lantai" Auni menyambut tawa Syikin. "Aku datang nak isi masa lapang bukan mati dalam mabuk" kata Auni mengeluarkan kunci motosikalnya.


Syikin mengangguk setuju. Mereka kemudiannya berpisah arah. Auni terus pulang ke rumah manakala Syikin singgah 7eleven.


Auni berjalan seperti penyamun memasuki rumah orang. Sekali lampu buka daa.. Kantoi sudaa..


"Pergi mana?" Terkejut Auni dibuatnya. Sepatutnya mummy dan papanya pulang 3 hari lagi. Wajah Datin Suzzie merah padam memandang anaknya.


Aiman mendekati adik bongsunya lalu menghidu sesuatu. "Auni pergi mana?!" jerkah Aiman bukan main terkejut. Datin Suzzie dan Dato Safreezal turut terkejut melihat reaksi Aiman.


"Kenapa, Aiman?" tanya Dato Safreezal menahan marah. Sepanjang dia menjadi ayah tiri kepada Auni, Aiman dan Adam, belum pernah mereka bertiga membuat hal serius.


"Bau... Arak" jawab Aiman perlahan dan terus menuju ke arah Datin Suzzie. Aiman duduk di sebelah Datin Suzzie lemah.


"Bagitau kami Auni pergi mana?!" pertama kali dalam sejarah, Auni dimarahi oleh papanya. Auni diam membisu memandang lantai.


"Kenapa Auni buat kitorang macam ni? Auni tak sayang kitorang ke?" tanya Datin Suzzie lemah memandang anaknya.


"Oh.. Auni ingatkan papa dengan mummy dah tak heran kan Auni" kata Auni perlahan dan sinis. Datin Suzzie dan Dato Safreezal saling berpandangan.


"Mummy dengan papa asyik asyik overseas tak pernah ada masa. Salah ke Auni nak cari tempat luangkan masa Auni?! Auni dah besar la. Auni tahu la jaga diri Auni. Just focus on your work!" Auni berani memandang tepat anak mata orang tuanya.


"Salah Aiman.. Aiman tak pantau Auni pergi mana, dengan siapa, bila balik dan lain lain." Aiman berdiri dan menuju ke arah Auni.


"Nak hukum.. Hukum kami berdua" Aiman menarik tangan Auni ke tingkat atas rumah lalu masuk ke bilik Auni. Panggilan Datin Suzzie dan Dato Safreezal diabaikan.


"Tell me what happen" Aiman memandang wajah Auni sayu. Dia gagal jalankan tanggungjawabnya sebagai abang.


"Listen, I didn't drink that f*cking alcohol. It misunderstanding! Look" Auni membuka mulutnya luas untuk buktikan dia tidak minum arak.


"Kenapa clubbing? Kenapa clubbing yang Auni pilih untuk luangkan masa?" tanya Aiman memicit kepala.


"Sebab.... dekat sana Auni boleh have fun and lupakan masalah Auni. Lagipun orang dekat sana semua kenal and mesra dengan Auni"


"Membaca boleh lupakan masalah. Main game dekat rumah boleh have fun" Aiman semakin tidak faham perangai adik bongsunya.


"Ah! Semua tu boring la, long.."


"Look, esok Adam balik sini. Dia dari tahfiz.. Jangan disebabkan aktiviti Auni, orang pandang rendah pada family kita. Auni nak orang cakap 'Si abang keluar tahfiz, si adik masuk neraka'? Tak pun 'Harap je keluar tahfiz, tapi keluarga sesat'.. Auni nak macam tu?" bebel Aiman panjang.

"Bla bla bla.. Mulut orang kita tak boleh tutup" Auni bangun dan menolak abangnya keluar dari biliknya.


Aiman menggelengkan kepalanya. Auni semakin hari semakin lain. Perangainya berubah 80%

{ Syikin POV }


"Sakit tekak aku tak minum" Syikin mematikan enjin motosikalnya di hadapan 7eleven. Sepanjang masa yang dihabiskan di dalam kelab malam, Syikin dan Auni tidak minum air langsung. Mereka was was air dicampur arak.


Masuk sahaja 7eleven, dia terpandang seorang lelaki tunduk mengambil air. "Hai, Isham" sapa Syikin mesra.


Isham mendongak memandang Syikin. Dia mengukir senyuman manis lalu berdiri menghadap Syikin.


"Hai, Kin.. Sorang je? Mana Saf?" Isham memegang sebotol air Sprite dan sebungkus roti coklat.


"Saya sorang je.. Saf dan balik dulu.." jelas Syikin. "Mak ayah awak tak risau balik lambat? Nak dekat pukul 3 pagi dah ni" Isham mengerling jam tangannya.


"Parents saya bukannya kisah pun saya dah balik ke belum.. Kalau saya tak balik langsung lagi diorang happy ada lah" Syikin mencebik.


"Kalau awak sudi, jom lah lepak sekejap" Isham mengangkat kening kirinya.


"Saya ok je.." Syikin hilang dalam pandangan lelaki Isham. Sungguh kacak! Tapi kenapa pipinya ditutup plaster luka?


Selesai membeli, mereka lepak di bangku kayu berdekatan taman permainan. Gelak tawa mereka memecahkan kesunyian.


Syikin leka menceritakan aktiviti yang dilakukan ketika dia berusia 7 tahun di taman permainan itu.

{ Hakim Hakimi POV }


"Haih.. Dari tadi along tengok apa?" Hakim menggeliat mengantuk di dalam kereta dan sedar Hazim sedang khusyuk melihat ke luar tingkap.


"Kalau along tak tinggal semua kerja tu mesti kita dah balik awal" Hakim mencebik memandang Hazim.


"Shut your mouth" dengan 1 arahan Hakim terdiam dan memandang depan. "Uncle.. Uncle kerja dengan mummy berapa tahun?" tanya Hakim memandang driver kereta itu.


"Uncle kerja dengan mummy Hakim dan Tuan Hazim dah 20 tahun.. Time tu Tuan Hazim baru 6 tahun. Hakim pulak 3 tahun" jelas Uncle Ming mengingat kembali kenangan lama menjadi driver Ungku Fathia.


"Wah.. Daebak!" itulah perkataan Korea Hakim yang selalu digunanya. perkataan Daebak(hebat) menunjukkan Hakim benar benar kagum dan bangga.


Kenapa dengan Hazim formal dan dengan Hakim unformal?


Hakim : "Kita sesama manusia. Yang membezakan kita hanyalah pangkat. Tapi Hakim taknak orang lebih tua dari Hakim, panggil Hakim tuan. Nampak macam Hakim ni sombong"


Hazim : "Call me Tuan Hazim. Ingkar? Pecat"

Uncle Ming ketawa kecil melihat perangai kebudak budakan Hakim.

{ Hazim Hakimi POV }

'Aku tahu tu dia! Aku pasti sangat!' kata hati Hazim. Dia memandang tepat wajah gadis yang sedang ketawa bersama rakannya.

'Ini yang dikatakan baik? Amir, kau gila!' sejahat jahat Hazim yang menyakitkan hati orang, dia belum pernah menjejakkan kaki ke kelab malam.


'Apa la reaksi Dato Safreezal nanti' Hazim tersenyum sinis.


Senyumannya mati apabila melihat seorang lelaki bertopi menutup muka mengekori Auni dan Syikin.


"Wah.. Daebak!" Hakim menaikkan ibu jarinya je arah Uncle Ming.


"Uncle Ming. Stop. Wait for me. Kereta ni bergerak seinci, potong gaji" Hazim terus keluar daripada kereta.


Hazim mengekori langkah lelaki itu senyap senyap. "Tak penat buat kerja ni?" Hazim menarik lelaki itu memasuki lorong gelap.


"Eh, Hazim buat apa kat sini? Selamatkan gadis kesayangan?" lelaki itu tersenyum. Hazim menggenggam penumbuknya.


Dengan sekali tumbukan, lelaki itu jatuh terbaring. Lelaki itu mengelap darah di pipinya yang terkena jam Hazim.


"Isham, kau jangan sesekali sentuh diorang. Kau sentuh, tamat riwayat kau" Hazim memandang jijik ke arah Isham yang ketawa seronok.


"Kereta aku dekat sana lah.. Dekat dengan motosikal diorang " Isham berdiri semula.


"Ada aku tanya? Aku dapat tahu kau lepak dengan Auni dan Syikin. Aku tak kisah asalkan kau tak cederakan atau buat benda tak elok pada diorang berdua. Kau nak buat apa pada Zana dan Rina aku tak kisah" Hazim memberi amaran keras kepada Isham lalu pergi meninggalkan Isham seorang diri.


"Aku takkan cederakan or buat benda tak elok pada diorang.. Aku nak 'jaga' diorang je"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience