BAB 16

Romance Series 4643

"Hai, sayang.. Jauh termenung" sape Hazim lalu duduk di sebelah isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. Hazim bersyukur majlis pertunangan dan perkahwinannya berjalan lancar.


"Sape sayang kau?" Auni langsung tak pandang muka Hazim. Merajuk lah katakan. Lepas je habis bersanding, Hazim terus menghilangkan diri meninggalkannya seorang diri terkontang-kanting melayan tetamu.


"Saya la sayang awak" Hazim memeluk bahu Auni tanpa meminta kebenaran. Suami kan.. Dah halal katakan..


"Hm k.. Tapi kan.. Mak kau macam tak suka aku je.. Yela pandang aku macam nak makan aku je" sambil bercakap, Auni menepis lengan Hazim yang dari tadi di bahunya.

"Eh ke situ pulak dia.. Mummy ok jelah.. Memang la mummy nampak garang, sombong tapi percayalah mummy memang baik tau.." tak boleh peluk bahu takpe.. Hazim menurunkan tangannya di pinggang Auni pula.


"Tak sekarang ni apa masalah kau nak raba raba aku ni? Tumbuk kang" Auni menunjukkan penumbuknya yang tak berapa besar.


"Ha try la tumbuk" Hazim menghalakan bahunya ke arah Auni. Memang sah sah la melayang tumbukan Auni di lengan Hazim. Nampak tak kederhakaan isteri.. Tak sampai 24 jam jadi isteri dah derhaka.


"Haih.. Tu lah.. Pukul suami lagi.. Dah derhaka kat suami.. Kan dah sakit tangan tu.." Hazim ketawa melihat wajah Auni yang sedaya upaya menahan sakit akibat menumbuk lengan Hazim.


"Lengan kau ni besi ke batu? Ke kau makan besi hari hari?" Auni mengerutkan keningnya memeluk diri.


"Haah.. Saya makan zat besi hari hari.. Meh sini" Hazim menarik tangan Auni dan meniupnya. "Pain, pain go away!" telatah Hazim membuatkan Auni ketawa.


"Kecil kecil dulu bolehlah pujuk cara tu.. Pikir aku termakan lagi ke pujukan tu?" Sebenarnya Auni juga tak sangka selepas Hazim melafaskan jampinya rasa sakit di tangannya berkurang. Memang sah laki ni bomoh!


"Dah dah.. jom turun.. Tak manis pulak lepas habis bersanding duduk dalam bilik je tak keluar tolong apa yang patut" ajak Hazim menarik tangan isterinya.


"Aish.. Kena tolong ke? Malas la.. Satu lagi.. Aku tau la dah halal tapi please ah jangan main tarik aku sesuka hati" Auni mencebik lalu membaringkan badannya di atas katil.


"Kena la.. Dah majlis tu untuk kita.. Kita la kena tolong kemas balik.." terang Hazim duduk di sebelah Auni.

"Ish kau ni. Hm kat luar nanti nak bagi gelaran apa?" tanya Auni malas. Dia sedar panggilan 'kau,aku' akan menimbulkan rasa curiga dalam kalangan sanak saudara Hazim.


"Apa kata 'abang,anje' barulah sweet" Hazim ketawa di hujung ayatnya.


"Ew.. taknak lah! anje.. anje.. dah macam anjing pulak.." tolak Auni tanpa rasa bersalah.


"Macam mana kalau 'abang, sayang'? Macam pasangan lain"


"Taknak.. Kita bukannya 'pasangan lain' tu pun.. Lagipun geli lah!"


Hazim lama mendiamkan diri. "Ajim,Fiyea?"


"Hm.. ikut kau lah nak panggil apa pun asalkan orang tak syak kita ni kawin paksa" Auni bangun dan mengikat rambutnya.


"Kau jadi tiang lampu dah kenapa? cepatla.. kata nak turun!" Auni menegur Hazim yang mengelamun entah ke alam mana.

{ Hazim Hakimi POV }


"Along.. Along ada dengar tak khabar berita yang orang tu dah balik dari England?" tanya Hakim yang sedang menolong Hazim mengemas kerusi meja.


"Hm tahu.. Biarlah dia.. Pandai buat, pandai tanggung" Hazim menjawab acuh tidak acuh. Malas nak ambil tahu tentang 'orang tu'.


"Ha lagi satu along.. Kalau Kim tanya ni jangan marah eh? Apa dah jadi dengan Naura?" Hakim tanya dengan berhati hati.


"Sakit jiwa" jawab Hazim ringkas. Naura. Gadis pujaan hatinya semasa tingkatan 2. Hazim minta putus atas sebab Naura yang kurang memahami dan suka mengongkong dirinya. Akhirnya Naura hilang tanpa pesanan atau kata akhir. Tiba tiba dapat berita Naura dah mendarat di hospital sakit jiwa.


Mungkin sebab itulah Isham sangat marahkan Hazim. Isham, abang kepada Naura yang bersedih kerana kehilangan adik kesayangan hanya kerana putus cinta.


Pertengkaran Hazim dan Isham di hospital membongkar misi Isham yang cuba mendekatkan diri dengan Auni terutamanya Syikin. Rupanya Isham bukannya ingin melawat Auni di hospital tapi melawat pakciknya yang patah kaki akibat terjatuh tangga.


"Auni will be mine. Sebab apa dia akan jadi milik aku? rahsia!" kata kata Isham berlegar di dalam fikiran Hazim. Rahsia apa?


"Tak sangka cinta boleh buatkan seseorang hilang akal" keluh Hakim. Bukan kecewa abangnya punca Naura masuk ke hospital sakit jiwa tapi kecewa kerana sesetengah manusia sekarang tak mampu kawal diri dan hati nak move on tapi takde usaha (cakap kosong)


"Ya, along salah dalam hal ni tapi bukan salah along sorang. Salah dia juga terlalu mengongkong along sampai nak makan dengan member dekat kantin pun tak boleh, main bola dengan member pun tak boleh sebab takut perempuan lain usya.. Lagipun along minta putus dengan cara yang elok bukannya along cakap 'kau kongkong aku. Kita putus. Jangan cari aku' pun.." luah Hazim panjang lebar.


"Kalau Kim la eh.. Kim akan buat dia annoying contoh mcm jealous tak tentu pasal biar dia rimas. End up dia yg minta break dulu.. Bijakkan?" Hakim tersenyum bangga dengan kebijaksanaannya.


"Ha abang dia macam mana pulak?" tanya Hakim lagi tak puas hati.


"Erm.. Macam tu lah.. Still salahkan along atas apa yang dah jadi" jawab Hazim. Malas dia nak kupas semula ceritanya.


"Ni akak ipar Kim tahu tak?" Hakim tersenyum nakal.


"Nope and never. Along rasa tak perlu kot bagitahu dia. Tahu jela dia tu. Kang dia pergi bakar hospital tu pulak. Dia pun mental gak tu" memang nampak jahat si suami mengutuk isteri tapi itulah hakikatnya.


"Ha sape mental?" tanya seseorang dari belakang sambil memeluk tubuh. Ungku Fathia yang berada di sebelah Auni ketawa kecil.


"Ni ha Hazim cerita pasal pelanggan mental" alih Hakim. Kang malam pertama pengantin lelaki tidur atas sofa je.


"Biarlah kaum adam duduk luar ni.. Jom, Auni kita sembang dekat dalam. Kena aircond sejuk sejuk" Ungku Fathia menarik tangan Auni lembut.


"Eh eh.. Nak masuk jugak" Hakim dah cemas ditinggalkan di luar apabila Hazim ikut masuk rumah sekali.


"Kamu ni kaum apa? Mummy kata kaum adam duduk luar" usik Ungku Fathia. Auni hanya mengangkat kening dan tersenyum.


"Aihh.. Isteri kena dekat dengan suami.. Tak boleh berjauhan walau seinci tau.. Kan, sayang?" Hazim memandang Auni yang tersenyum mengejeknya.


"Ala takpe jauh sikit.. Orang kata biar jauh di mata tapi dekat di hati.. Kan, mummy?" Auni menyorok di belakang Ungku Fathia apabila Hazim cuba menarik tangannya.


"Dah pergi panggil Kim tu masuk. Dah macam apa je mummy tengok kat luar sorang sorang tu" Ungku Fathia ketawa melihat anak bongsunya yang 'loner' kat luar rumah.


Hazim mengangguk dan menuju ke arah adiknya yang sedang duduk termenung di halaman rumah.


"Huh! Along! I remember her!" jerit Hakim teruja. Hazim duduk di sebelahnya pelik. "Siapa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience