BAB 11

Romance Series 4643

"Awak buat apa kat sini?" Auni memandang tepat muka Harris yang bakal dibaling selipar jepun.

"Saya nak melawat awak lah" Harris laju bersalaman dengan Aiman, Adam dan Dato Safreezal. "Kan saya dah cakap..."

"Ish Auni ni.. Tak baik lah. Orang dah datang takkan nak halau.." Datin Suzzie tersenyum penuh makna.

"Ok fine" Auni mencebik. Tak boleh tengok orang senang dengan family mesti nk kacau. Mereka semua meninggalkan Auni dan Harris sebilik dan menuju ke kantin hospital untuk makan petang.


'Jap. Ditinggalnya aku dengan laki ni? Wait. Berdua duaan? Wtf?!' Auni rasa serba tak kena. Rasa tak selesa dipandang Harris.


"Don't worry lah.. Saya takkan buat benda buruk dekat awak. Awak tengok la sekeliling awak.. Takkan la saya nak apa apakan awak.." Harris ketawa kecil. Jelas sekali kerisauan di wajah Auni.

"I mean ni petak katil saya la.." Memang la ada orang tapi masalahnya, perlu ke duduk sebelah? Mari bincangkan.


"Hm.. Awak kata awak tunggu saya keluar wad baru melawat" Auni memecahkan kesunyian antara mereka setelah lama mendiamkan diri. "Lama sangat laa.. Saya melawat jela.. Lagipun mak ayah awak tak kisah pun"


"Saya kisah.." Auni memuncungkan bibirnya. Geram je hati tengok muka Harris ni. Nak tumbuk pun ada.


"Hm.. Yela.. Orang tu tak kisah kalau bos kesayangan datang melawat kan? Suka lagi ada lah.."


"Gerak hati saya kata sesuatu.. Awak cemburu eh?" Auni ketawa di hujung ayatnya. Baginya itu 1 gurauan sahaja.


"Kalau saya kat ya?" Harris cuba mencapai jari Auni.


"Ramainya peminat saya. Biasa lah gadis kacukan Thai dengan Filipina kan?" Auni ketawa lagi menutup rasa awkward.


"Hm.. Yela yela.. Saya minta diri dulu.. Kena kerja ni" Harris berdiri dan senyum nipis. "Oh ok.. Hati hati" Auni melambai ke arah Harris.


Auni menghantar Harris dengan pandangan kosong. 'Kenapa perlu libatkan Hazim? Salah ke bos melawat pekerja? Dia ada hati ke? Eh opkos la dia ada hati.. dia manusia.. Maksud aku, dia ada hati dekat aku ke?' desis hati batu Auni.


"Eh, Hazim. Melawat Auni ke?"


Hazim menoleh ke belakang apabila namanya diseru. "Eh, Uncle Reezal. Haah nak melawat Auni.. Maaflah datang tak bagitau"


"Eh ke situ pulak dia.. Hazim kan majikan Auni.. Tak salah pun melawat.. Pergi lah melawat dia.. Uncle dengan auntie kena pergi sekarang ni.. Ada kerja.. Aiman kena lapor diri kat pejabat hospital.. Dia kan bakal doktor.. Adam pula hantar uncle dengan auntie.. Nanti tolong bagitau Auni ye.. Uncle tak sempat ni" Dato Safreezal menepuk bahu Hazim lalu meminta diri.


"Insya allah, uncle. Hazim melawat dia dulu ye.." Hazim terus masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Auni dan 3 orang pesakit lain.


Pintu bilik dibuka. Hazim berdiri kaku memandang Auni.


"Hai...?" Auni tersengeh. Pintu almari kecil di sebelah katil ditutup lambat. Kotak air Milo di tangannya disorokkan dalam selimut.


"Ehem.. Haritu bukan tolak ke bila saya bagi air Milo tu?" Hazim mendekati Auni dengan senyuman nakal.


"Mana ada! Aku ambik ni sebab nak bagi dekat... dekat budak tu.." Auni memanggil anak kecil berusia dalam lingkungan 7 tahun itu lalu memberikan kepadanya.


"Oh.. Awak dah boleh kerja esok?" Hazim tahan senyum melihat Auni yang masih termenung memandang air kotak Milo yang berada di tangan anak kecil itu.

"Oh.. Aku dah boleh keluar?" Auni mula bersemangat.

"Tak.. Saya tanya awak dah boleh kerja ke esok?" Hazim mengerutkan keningnya. Salah ke nada aku? Aku rasa nada aku tengah menyoal.

"Aku.. nak.. keluar!" kuat suara Auni menghentak meja sisi. Ni buat orang meroyan.

"Sape suruh awak degil? Padan muka awak duduk la sini sampai minggu depan. Blekk"


"Apa kena mengena hah?! Kalau datang nak bebel je baik tak payah! Buat cair tahi telinga aku je!"


"Eleh.. Tak suka saya tapi air Milo yang saya beli awak nak pulak" Ops.. Bencana alam!


"Ye la.. Air Milo tak annoying macam kau! Kau annoying gila.. And btw, aku tak miskin sangat sampai air Milo pun tak mampu beli. Aku tak terhegeh hegeh pun mintak kat kau! Kalau takde pape lagi boleh bla la kot!"

Hazim menghembus nafas perlahan. Kepalanya tunduk menutup rasa di hati. Dia mengigit bawah bibirnya sambil jari bermain wayar yang menyambung ke tangan Auni.

"Yang kau main wayar tu kenapa? Nak aku mati cepat ke camne ni?" Hazim masih diam.


"Alahai maknyah oi... Takkan tu pun terasa? Benda betul kot apa yang aku cakap. Aku tak miskin. Aku mampu. Kalau kau rasa aku salah walaupun aku rasa aku tak salah, boleh lah pergi sambung kerja"

Hazim tiba tiba berdiri. Hazim keluar dari bilik wad tanpa sebarang kata malah tidak memandang Auni walau dari sudut mata.

Hatinya agak sakit dan pilu dilakukan begitu. Salah ke kalau kita caring kat someone? Kalau salah, dosa ke? Kalau tak salah, kenapa Auni tak suka?

Satu per satu soalan muncul di benak fikiran Hazim. Hazim ke keretanya dan terus ke kafe miliknya.

{Syikin POV}

"Are you kidding me?! Kau.. halau dia?!" terbeliak mata Syikin memandang Auni yang selamba mengangguk.

"So what..? nak pecat aku? do it! nak bagitau papa? dengan segala hormatnya dipersilakan!"

"Apa yang kau dapat? Puas? Puas tengok orang terasa hati dengan sikap kau? Tak Hipster pun buat orang macam tu.. Bayangkan lah.. Dia pecat kau, syarikat papa kau mengalami kerugian.. Mana kau nak cari kerja?


Aku dapat kerja ni pun dikira bersyukur gila dah. Jangan angkuh hidup mewah. Tuhan boleh tarik bila bila masa sahaja" Syikin meluahkan apa yang dia pendam selama ini


"Chit chit chat chat.. Aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu aku angkuh. Aku tahu kau tak suka aku so tak payahla nak talam 2 muka sangat"


"Masya allah, Auni! Kau sedar tak apa yang kau cakap?! aku kawan dengan kau hanya 2 sebab.. Sebab 1 ialah aku dah janji dengan abang kau untuk jaga kau.


Sebab 2 ialah aku ikhlas kawan dengan kau. Aku tak rasa ramai yang akan sabar dengan perangai kau yang big boss ni.. Aku tak pernah mengharapkan balasan.. Aku cuma nak kau hargai aku sebagai kawan kau"


Lama Auni diam membuatkan Syikin gelisah. Kang terbalik meja hospital ni sapa nak ganti? "Apa aku nak buat sekarang?"


"Ha.. boleh pun lembutkan suara.. baru ayu gitew.. Aku rasa... bla bla bla" muncullah segala idea mak nenek Syikin keluar gara gara nak pujuk atuk tua yang merajuk(Hazim).


"Kau yakin boleh berjaya?" Syikin mengangguk laju.

{Hazim Hakimi POV}


"Kau dh kenapa? Muka minta penampar?" Dani, kawan Hazim bertanya sambil melipat kertas kerjanya.


"Entah la.. Aku buat tu salah, buat ni salah. Tegur salah, diam salah.. Apa aku patut buat?" Hazim bersandar di kerusinya.

"About... Auni?" Dani meneka. Hazim mengangguk perlahan. Tiba tiba Dani ketawa tidak berhenti. Pelik Hazim memandangnya.


"Aku rasa kau patut pura pura mati je. Well selagi kau macam kacau dia, selagi tu dia akan mengamuk"


"Daripada aku pura pura mati baik aku mati betul betul je.. Dengan masalah kafe lagi" Hazim meraup wajahnya lembut.


"Ada betulnya juga. Aku pun dah meluat tengok muka mintak penampar kau" gurau Dani.


"Tapi better aku bunuh kau dulu, baru aku bunuh diri" Hazim mencapai gunting tajam di atas meja Dani.


"Itu aku tak galakkan.. Kalau aku mati, sapa nak handle hotel daddy kau ni?"


"Kau lupa aku ada adik?" Hazim bangun dan mendekati kerusi Dani.

"Apa benda kau ni? Bahaya la! Hazim!" Mulalah pergelutan mereka berdua berserta gelak tawa mereka. Akhirnya Hazim terduduk di atas paha Dani menghadap Dani.


"Dani, saya nak keluar.... Korang buat apa ni?" Dato Raiq bertanya pelik melihat anak sulungnya di atas riba Dani.


Baju tak kemas, rambut dah serabai, duduk atas riba, ketawa sama sama, nafas makin laju, berpeluh sakan.. macam lain je ni.. Aishh hampa semua jangan nak otak kuning sangat. Kan depa WWE tadi?


"Erkk, daddy!" Hazim bangun dan berdiri di sebelah Dani. Dani turut berdiri dan tundukkan wajahnya tanda hormat.


"Eee.. Kalau ye pun along tak laku jangan lah sejenis" entah dari mana Hakim muncul terus ke sebelah Dato Raiq.

"Hey.. Tadi kitorang WWE jelah! Mana ada apa apa.. Tak percaya pergi tengok CCTV" ops.. kang tengok CCTV nampak pulak Hazim cuba bunuh Dani guna gunting.


"Maaf, Tuan Raiq. Kami hanya bergurau sikit tadi" jelas Dani. Tadi bukan main perangai harimau bila boss besar masuk terus jadi kucing.


"Haha.. Don't worry.. Saya faham lagipun korang berdua kan dah lama tak jumpa.. Nak dekat 2 tahun dah kan?"


Dani dan Hazim mengangguk laju. Mereka berdua dah berkawan dari tingkatan 4 sehingga lah sekarang.


"Oklah.. Dani, saya nak keluar jumpa kawan lama.. Apa apa masalah report pada saya segera" Dato Raiq kemudiannya mengheret Hakim keluar dari bilik Dani.


"Sayang..~" Hazim memanggil Dani lembut. Suka dia menyakat Dani. "Wey, Hazim. Ni last aku kawan dengan kau"


Hazim ketawa besar. Tidak lama kemudian dia berhenti. Dia memandang wajah Dani. Akhirnya dua dua pecah dalam tawa.

{Auni Safiyea POV}


"Udah udah lah tu dik.." Adam memandang adiknya pelik. Dari tadi tengok macam 'hidup sedang mati tak mahu'.


"Dia tak balas! Am I joke to him?! Tahu la adik salah tapi perlu ke camni?! Tak gentleman langsung! Sibuk buat apa je hari cuti ni?!" Auni mula meroyan sorang diri.

"Wait.. 'him'? Are you talking about who? Who hurt you bebeh?!" Aiman entah dari mana muncul di tepi Auni.


"No oneee!!! I just.. You know... Salah.. merajuk.. still.. argh.. badmood.. busy..." Auni rasa awkward nk bagitau siapa lelaki tu.


"Perlukan masa bersendirian?" Auni mengangguk perlahan. Aiman mencuit Adam. Mereka berdua bangun dan meninggalkan Auni seorang diri.

"I admit.. It's my fault" Auni memandang telefon bimbitnya sedih. "But really?! Am I joking right now?!" Ops sedih + marah = meroyan!

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Sorry guys.. After final exam, telefon saya kena rampas.. Sedih gila.. Result? Actually result saya ok je.. No 1 pulak tu dalam kelas and dlm aliran tingkatan no 8.. Cuma kurang memuaskan hati mak ayah..

Luahan hati saya : bukan senang nak dapat straight A! Bukannya order kedai mamak! "Ane..! final exam straight A kurang manis!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience