BAB 10

Romance Series 4645

Beep.. Beep.. Beep.. Beep.. Auni dapat dengar suara suara sayup di telinganya. "Bismillahirahmanirahhim.. Yaasin.."


'Alamak.. Alamakk! Aku dah mati ke?! Cakap ni mimpi please! Please!!'


"Innalillahiwainnahirojiun.."


"Arghh!!! Aku taknak mati!" jerit Auni sekuat hati terduduk di atas katil.


Aku memandang sekeliling. Oh. Rupanya jiran depan katil yang baru sahaja menghadap ilahi. Buat suspen je.


"Sedarlah bahawa kematian itu satu perkara yang pasti dan akan berlaku pada setiap umat di seluruh dunia. Kita tak boleh lari dari kematian"


"Ee.. Aku taknak pun ceramah kau tu. Nak ceramah pergi la duduk masjid!" Auni mencebik geram.


"Kalau saya taknak?"


"Boleh pergi berambus dari sini" kasar nada suara Auni. Naik rimas dia dengan kehadiran Hazim.


"Kenapa awak benci sangat dengan saya? Apa salah saya?" sayu suara Hazim sambil menundukkan wajahnya.


"Aih.. Aku.. Aku tak benci tapi sekarang ni aku perlukan masa bersendirian. Tolong jangan sakitkan hati aku" Karang merajuk orang tua tu sapa nak pujuk?


"Buat apa bersendirian? Merajuk dengan kala jengking bin lipan tu sebab hampir buat awak mati?"


"Ha ha ha.. Lawak la En Hazim" Auni membuat muka menyampah. Nak bersendirian pun salah ke?


"Kenapa awak berani mati selamatkan dia? Tapi bila dah dekat hospital takut pulak nak mati" ejek Hazim menghirup air Milo.


"Wei, kau minum air aku tu!" Auni menngerutkan keningnya. Geram pulak dengan Hazim ni.


"Eh, hello. Saya beli air ni ok? Sejak bila air ni jadi awak punya? Awak je pengsan tadi" Hazim membuat muka annoyingnya.


"Oh, ye eh? Nak sikit" Auni cuba merampas air kotak Milo dari genggaman Hazim namun gagal.


"Mana boleh! Saya lelaki dan awak perempuan. Haram lah!" Hazim tiba tiba mencari sesuatu di dalam almari.


"Ee.. Kedekut la kau ni! Bos jenis apa kau ni?" Auni memuncungkan bibirnya sambil memeluk diri.


"Nah, ambik!" Hazim meletakkan 1 set air Milo kotak di depan Auni. Melopong Auni melihat air Milo kotak di hadapannya.


"Saya ni pari pari.. Semua dalam genggaman saya" Hazim masuk bakul angkat sendiri.


"Kau pikir aku tak ada duit ke nak beli?! Eh, aku petik jari terus dapat la! And btw, kau bukan pari pari, kau kupu kupu!" Auni terus membaluti dirinya dengan selimut melepasi kepala tanda merajuk. Perempuan memang overthinking eh?

{ Hazim Hakimi POV }


Hazim tersenyum. Dia masih mendengar Auni membaca mantera sumpahan ke atas dirinya. Hazim menulis sepucuk surat dan diletakkan di bawah set air Milo kotak di atas meja sebelah Auni.


Hazim perlahan lahan bangun dan menuju ke arah pintu. Dia faham maksud Auni sebenarnya. Auni perlukan masa bersendirian.


Kakinya laju menapak ke arah kereta BMW hitamnya. Kunci dikeluarkan dan terus membuka lock pintu.


"Eh, Hazim. Kau buat apa kat sini?" kedengaran suara seseorang di belakang Hazim. Niatnya nak masuk ke dalam perut kereta terbatal.


Hazim menoleh ke belakang dan memasang riak muka cemberut. Moodnya yang bahagia bertukar gunung berapi nak meletus.


"Kau nak apa?"


"Aku saje datang nak melawat Auni.. Tetiba jumpa kau tu yang aku tegur. Salah ke?"


"Kau jangan berani sentuh Auni! Sekali kau sentuh, tahu la apa aku nak buat!"


"Ha elah.. Kau pahal nak emo sangat ni? Auni will be mine. Sebab apa dia akan jadi milik aku? rahsia!" lelaki itu ketawa lalu meninggalkan Hazim bersendirian.


"Kau jangan berani!" jerit Hazim. Suara kelakiannya bergema di tempat letak kereta itu. Lelaki itu menoleh dan tersenyum penuh makna.


"Aku tak berani sentuh dia sebab aku sayangkan dia tapi aku berani bawa dia dengan aku.. Hahaha.. Just kidding! Mengaku jela kau cintakan dia"


Hazim mengenggam penumbuknya. "Apa masalah kau, jantan?! Apa yang kau tak puas hati dengan aku?!"


"Naura" sepatah lelaki itu jawab lalu meninggalkan Hazim berseorangan.


Hazim terkesima. Gadis itu...

{ Harris POV }


Tiba tiba pulak dalam hati terasa ingin melawat Auni. Dia dapat berita daripada Zana mengatakan bahawa Auni terlantar di wad hospital.


Harris menelefon Auni untuk memberitahu kedatangannya.

"Saf, saya nak datang melawat awak ni"

"Eh tak payah susah susah.. Esok kalau bisa dalam badan saya dah dibuang sepenuhnya, saya dah boleh balik... Lagipun.."


"Nope! Saya nak melawat jugak!" pintas Harris.


"But.. Keluarga saya otw datang sini"


"Oh.. Takpelah.. Nanti dah keluar saya melawat awak" Harris tersenyum tawar. Walaupun tak dapat dilihat oleh Auni, entah kenapa hatinya rasa seperti Auni tidak sudi berjumpa dengannya.


"Oh ok.. tapi kalau tak boleh jangan paksa diri datang.. Menyusahkan awak pulak.. Takpe.. Saya kuat la. Gagah perkasa bagaikan anak saudara badang"


"Hey hey.. Bangga lebih pulak dia nih. Apa jadi sekalipun, saya akan melawat awak. Demi melawat awak, saya akan harungi segala rintangan untuk jumpa awak"


"Eh dia ni.. Kata je orang lebih dia pun sama naik je"


"Naik pi mana ni?" Harris senyum protes.


"Naik 'atas' nak?"


Atas? Jangan kata maksud dia 'atas sana'. Dia nk aku mati ke? Macam betul je. "Hello.... hello?! Auni!"


"Maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.. Tuttt.."


Harris membaling telefon bimbitnya di sisi katilnya. Senyuman manis diukir. Auni.. Auni..

{ Auni Safiyea POV }


Laki ni dah kenapa? Tiber. #annoyingface. Auni memandang telefon bimbitnya.


"Sape tu? Boyfriend ehh??" Datin Suzzie mencuit anak bongsunya. "Entah la mummy. Tiber je cakap dia sanggup harungi rintangan demi Auni. Geli la! Report polis jom mummy" Auni memeluk erat lengan Datin Suzzie.


Seram jugak dengan Harris ni. Kadang kala rasa curiga mendatang bila berborak dengan Harris.


"Ha sape yang gatal sangat nak dekat anak papa ni? Nak jugak meh sini mintak restu" Entah dari mana Dato Safreezal mencelah.


"Tah la papa.. Tiba tiba je otak senget. Keracunan otak mungkin"


"Daripada papa risau pasal Auni, lebih baik papa ngan mummy risau dekat anak teruna sulung tu. Dah macam orang kena sampuk dengan jembalang tanah" bibirnya muncung ke arah Aiman yang sandar di penjuru bilik wad sambil tersenyum mencium telefon bimbitnya.


"Udah udah la tu long.. Kalau dah suka bawak je gadis pilihan tu suruh ambik exam kat sini" Adam dan Auni ketawa membuatkan Aiman malu sendirian.


"Exam apa?" Datin Suzzie memandang anak anaknya silih berganti. "Alaa.. Exam pilihan menantu laa" jawab Auni dan Adam serentak.

"Insya Allah.. Minggu depan muncul lah gadis misteri itu" Aiman tersengeh malu manakala yang lain ketawa besar.

Tok..tok..tok.. Pintu bilik wad terbuka. Seorang jejaka tampan bersama sejambak bunga tersenyum manis.

"Ha.. Harris?!"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


I'm so sorry.. 2 minggu sebelum cuti raya ada exam pertengahan tahun(awal kan? memang xpuas hati! T_T) lepastu cuti raya cari baju, tudug semua kelengkapan raya lah kiranya.. and the end LUPA nak sambung.. alasan budak sekolah menengah memang boleh masuk universiti antarabangsa antaraplanet..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience