BAB 1

Romance Series 4643

"Auni, jom sayang pergi majlis Amir" Datin Suzzie menarik anak bongsunya yang masih baring di atas sofa sambil makan popcorn.


"Auni nak tengok cerita ni lah!" Auni mengerutkan dahinya. Buat apa pergi majlis perkahwinan EX? Buat sakit mata je!


"Kamu tu dah 22 tahun bukan 2 tahun lagi. Takkan layan Tom and Jerry lagi?" Datin Suzzie menampar bahu anaknya manja.


"Mummy.. Bagi 10 sebab Auni kena ikut mummy" Auni masih baring sambil menonton televisyen. " Sebab kalau Auni tak ikut, mummy dengan senang hati akan tarik balik semua kad bank kamu" ugut Datin Suzzie.


"5 minute!" Auni berlari menaiki tangga dan memasuki biliknya. Kenal benar Datin Suzzie dengan anak bongsunya yang mata duitan itu.


Auni mengenakan gaun merah jambu paras peha. Rambut ditarik ke sisi kanan dan kiri. Pelembap bibir dioleskan sedikit dan terus berlari keluar bilik.

Auni memuncungkan bibirnya melihat Datin Suzzie tertawakannya. "Apa gelak gelak?!" Auni sedikit tidak puas hati dengan mummynya.


"Mummy tahu dia tu EX kamu, tapi Auni kena fikirkan family kita. Mak dia rakan kongsi syarikat papa. Kalau mak dia putuskan kontrak? Mana kita nak cari rakan kongsi lain?" Datin Suzzie menjongketkan keningnya.


Auni mencebik. Sikit sikit syarikat. Jarang luangkan masa dengan anak anak yang kian membesar.

Auni terkaku melihat hiasan dalam dewan perkahwinan itu. Gabungan warna harmoni membentuk suasana yang mewah. Auni rasa sebak. Kalau lah Amir tidak berjumpa Sofea, mesti Auni yang akan berada di atas pelamin mewah dihias itu.

Sementara Datin Suzzie berbual bual dengan Datin Kirana, ibu kepada Amir, Auni duduk di salah satu meja.


Matanya tidak berkelip melihat tetamu yang semakin ramai. Matanya tertumpu pada Sofea yang lawa mengenakan gaun puteri berwarna royal blue tersenyum berbual dengan tetamu.


"Auni.. Auni Safiyea!" panggil Datin Suzzie. Auni yang baru sedar dari lamunan memandang Datin Suzzie.


Auni bangun dan berjalan ke arah Datin Suzzie dan Datin Kirana. "Aaa OMG! You look more gorgeous now" Datin Kirana melagakan pipinya dengan pipi Auni.


Jelas kelihatan wajah tidak selesa Auni. Demi syarikat papanya, Auni sanggup menebalkan mukanya.


"Auntie! OMG! I miss you so much!" Auni bersuara gedik di khalayak ramai. Datin Kirana seperti tidak peduli dengan mata mata yang memerhati.


Mereka berborak borak sambil bergelak ketawa.

{ Amir Naufal POV }


"Kau nampak perempuan gaun pink tu?" Amir menjongketkan keningnya sambil menuding jari ke arah Auni yang gembira berborak dengan Datin Kirana.


Hazim mengangguk perlahan. "Cantik?" tanya Amir lagi. Sekali lagi Hazim mengangguk.


"Kau rasa dia macam mana?" Amir tidak berputus asa. "Tak kenal" Hazim jawab dengan selambanya sambil makan Choki-choki.


"Serius lah? Dia tu anak Datin Suzzie la.. Diorang rakan kongsi syarikat family aku" jelas Amir.


"So?" pelik Hazim melihat kawannya yang banyak soal itu. Nak kata gatal, bini baru je dapat tadi. "Dia EX Girlfriend aku" mendatar suara Amir berbicara.


"Serius la?! OMG! Kenapa aku tak tahu?" keluar suara gedik Hazim. "So apa kena mengena dengan aku?" suaranya kembali mendatar. Mukanya turut kembali serius menghabiskan Choki-chokinya.


"Takde lah.. Aku tengok kau ni lepas break time tingkatan 2 terus solo sampai sekarang. Aku nak carikan kau jodoh ni" Amir ketawa seronok melihat wajah merah Hazim tanda marah.


"Jangan risau pasal aku. Aku tak mati pun kalau single" Hazim memandang Amir lama. Kemudian dia menumbuk bahu pengantin lelaki itu separuh kuat.


"Jangan berani ingatkan aku pasal dia!" Hazim mengerutkan dahinya. Gadis 8 tahun lepas kembali bermain main di dalam kotak memorinya. Kini umurnya 26 tahun dan masih tidak menjumpai gadis itu.


Amir memandang Auni. Gelak tawa itu sama seperti ketika dia bersama Auni. Sinar matanya tidak pernah padam. "Aku doakan kau temui cinta yang lebih mulia dari aku" tanpa sedari, Amir terlepas cakap di hadapan Hazim.


"Kenapa korang break?" tanya Hazim ingin tahu. Tengok gaya kawannya macam nak luahkan sesuatu.


"Aku yang minta putus. Aku tahu dia kecewa dengan aku. Aku kahwin dengan Sofea sebab mak aku yang nak sangat. Aku rasa simpati dekat Auni. Aku tahu mak aku tak sukakan dia" Amir terus menatap wajah Auni.


"Kalau aku rampas dia dari kau?" mendatar tanpa emosi suara Hazim. "Ambil lah wei.. Dia bukan milik aku" Amir tersenyum memandang Hazim.


"Eww.. Taknak aku perempuan gedik macam tu" Hazim mengurut belakang lehernya akibat lama tunduk bermain telefon.


"Hahaha.. Ayat itu lah mula mula aku jumpa Auni. Bila lama nanti, aku confirm kau jatuh cinta dekat dia" Amir menepuk bahu Hazim.


"Aku kena pergi. Bini dah panggil" Amir ketawa lalu pergi meninggalkan Hazim seorang diri.

Auni leka bermain telefon bimbit sambil memegang secawan air masak. Tekaknya sakit pura pura ketawa di hadapan Datin Kirana.

"Auch! Hey, tak ada mata ke?! Erghh habis basah gaun aku! Ingat murah ke?!" Auni memandang orang yang melanggarnya. Mak ai tingginya!

"Cik Burung Belatuk, saya rasa cik yang bersalah" ujar lelaki itu tenang.


"What the.. Burung Belatuk?! Hey, jaga sikit mulut tu sebelum aku cili mulut kau!" kasar Auni berbicara. Bengang dia hari itu. Ramai mata yang memerhati.


"Diam lah Burung Belatuk! Bising je" lelaki bercermin mata gelap itu menarik Auni ke 1 lorong antara 2 buah dewan.

"Ha cakap la apa yang cik nak" lelaki itu membuka cermin matanya. Aishhh.. Cair hati pandang wajah kacak lelaki itu.


Auni pun mula membuka wasiat 107 keturunannya. Lelaki itu hanya bermain telefon bimbitnya.


"Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" jerkah Auni tidak puas hati diabaikan. Dia mencekak pinggang di hadapan lelaki itu.


Auni ingatkan lelaki itu ingin mengeluarkan sejumlah wang kepadanya untuk mengganti gaun merah jambu Auni. Harapannya musnah apabila lelaki itu mengeluarkan Choki-choki dan dimakan sedikit.

"Saya tak bercakap dengan burung belatuk" lelaki itu kemudiannya meninggalkan Auni yang menjerit seorang diri. Auni menghentak kakinya dan terus menuju ke arah Datin Suzzie dengan muka masam mencuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience